Wednesday, 25 June 2014

Gangchon Rail Park

Sudah masuk hari ke-8 kami di sini. Cepat saja masa berlalu. Aktiviti hari ini ke Gangchon Rail Park. Info lanjut boleh baca di sini..

http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=1889922

Tempat ini dalam laluan yang sama kalau kita mahu ke Petite France, Morning Calm dan Nami Island. Bezanya, kalau ke Morning Calm, Petite France dan Nami Island perlu turun di Stesyen Gapyeong atau Stesyen Cheongpyeong. Tetapi, untuk ke Gangchon Rail Park, turun di Stesyen Gamyujeong (Gyeongchun Line). Naik, turun, tukar subway...perjalanan lebih kurang hampir 2 jam. Ini merupakan kali pertama smencuba aktiviti rail bike...jadi ada rasa keterujaan di sini :D

Dalam subway nampak gerabak yang penuh dengan basikal. Ada gerabak khas untuk basikal rupanya.


Reka bentuk Stesyen Gamyujeong yang ala-ala pagoda. 

Keluar dari exit 1, ke kanan dan akan nampak pintu gerbang Rail Park ini.

Bangunan Rail Park yang berbentuk seperti buku. Kreatifkan.

Di tengah perjalanan ada tiang kamera, jangan lupa senyum dan beli gambar itu. Kami beli dengan harga 10000w tanpa frame. 

Kalau datang musim panas, pakai sunglass, topi atau payung. Kami redha je mandi matahari. Almaklumlah perasan kulit ala-ala mat salleh.

Jadual perjalanan bermula dari jam 9.00 pagi dan terakhir jam 5.00 petang. Tiket dua tempat duduk berharga 25000w dan untuk empat tempat duduk 35000w. Oleh sebab kami bertiga, kami pilih 4 tempat duduk.

Boleh buat sendiri. Tapi tak sempat sebab hampir jam 11.00 pagi untuk bertolak :'(


Kami pilih laluan Gimyujeong - Gangchon sebab laluan ini yang paling menarik sekali dan kurang memenatkan. Lebih kurang 1 jam perjalanan ( 7.5 km ). Sampai di Stesyen Gangchon, kami beli gambar kami yang ditangkap oleh kamera tiang :)
Shuttle bus disediakan di Stesyen Gangchon untuk kembali semula ke Stesyen Gimyujeong.

Mamat topi oren ni beri penerangan tentang keselamatan (agaknyalah...sebab dia cakap bahasa Hanggul). Kami buat-buat faham ajelah. Yang pasti, perlu pakai tali pinggang keselamatan.

Memulakan perjalanan. Sila jarakkan bike anda dengan bike di hadapan. Dilarang keras melanggar bike di hadapan (kami faham sebab mamat korea yang berkulit cantik itu memberikan arahan dalam bahasa Inggeris semasa periksa tali pinggang keselamatan kami). 

Kereta pun perlu beri laluan pada kami dahulu tau...

Pemandangan pada musim panas. Sawah padi dan bukit bukau menghijau. Pemandangan pada musim sejuk mesti serba putih. Tapi rasanya separuh nyawa jugalah mengayuh pada musim sejuk. Bukan automatik ye...kena kayuh macam basikal. Petua supaya tidak terlalu letih mengayuh, pilih tempat duduk belakang supaya orang di hadapan tak perasan apabila kita berhenti mengayuh. Jadi, kurang sikit rasa bersalah itu hehehe...


Gua pertama biasa-biasa saja. Tak ada yang menarik.

Gua seterusnya...romantik u....ada kabus, lampu romantik, sejuk dan lampu ala reman-remang cahaya. Tapi yang paling besttttttt, ada gua yang memainkan lagu Oppa Gangnam Style dan Gentleman lengkap dengan lampu disko! Totally fun and hilarious to see everyone dance and sing along!



Penat mengayuh? Jangan risau. Ada shortbreak dan ada tandas juga. 

Menghampiri Stesyen Gangchon. Naik shuttle bas, kembali ke St Gimyujeong dan balik ke Seoul. Tidur dalam subway.

Seterusnya kami ke sini. Tiada dalam itinerari. Orang Korea sangat menghargai air. Terusan ke sungai ni? Tempat ini juga antara tempat menarik yang sentiasa dikunjungi oleh penduduk tempatan.


































No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...