Sunday 23 June 2013

Makan di Port Dickson

Jerebu datang lagi ke Kuala Lumpur. Maka dengan bersemangatnya kami ke Port Dickson dan menginap di Glory Beach Resort. Dari tingkap 10 penginapan kami, pantai berbalam-balam seolah-olah dikelilingi kabus....Kabuslah sangat....

Malamnya jalan-jalan cari makan. Pilihan tempat makan yang dicadangkan oleh Rusni memang superb.
Nak tahu sedap tak sedap, lihat pelanggan yang ada. Setiap meja penuh dengan pelanggan. Kami bernasib baik tidak perlu menunggu lama.

Menu kami
1. 2 ekor ikan siakap masak stim
2. 15 ekor ketam masak cili (saiz besar dan banyak isi)
3. 3 pinggan sayur kailan ikan masin
4. 3 pinggan asparagus masak entah lupa pulak masak ala thai tu
5. 2 jug jus tembikai

Total RM380/= untuk 15 orang. Berbaloi-baloikan



Pilih..pilih...

tulisan...alahai..

Lokasi di Teluk Kemang...senang je nak cari..

Dengan kepalanya sekali aku makan

Mari mari cuba

Fresh gitu

Kailan ikan masin...

Asparagus....adoiiii sedap bah



Ketam masak cili....macam ada campur black-pepper 

Tuesday 18 June 2013

Melbourne Part 6 - Queen Victoria Market

Post terakhir untuk Melbourne. Bila dah masuk kawasan bandar ni, aku tak tahu nak cerita tentang apa. Tumpuan utama untuk shopping di sini selain DFO, sudah semestinya Queen Victoria Market. Apa yang ada di sini? Macam-macam ada. Tapi QVM tidak dibuka setiap hari...

Tuesday & Thursday 6am-2pm

Friday 6am-5pm (General Merchandise to 4pm)
Saturday 6am-3pm

Sunday 9am-4pm

Closed Mondays, Wednesdays & Public Holidays

Pastikan semak dahulu sebelum pegi..kalau tidak potih mata jadinya.

Mood menulis sudah kurang. Jadi post gambar sajalah....






Friday 7 June 2013

Melbourne Part 5 - Puffing Billy

Alhamdulillah cuaca cerah semasa kami ke Puffing Billy. Apa yang ada di Puffing Billy? Berbaloi ke bayar tiket mahal-mahal?
Ye...berbaloi...Puffing Billy ni keretapi wap@steam zaman dulu yang melalui kawasan bukit-bukau dan perkampungan yang indah permai. Juga melalui kawasan sekolah, kanak-kanak comel itu akan melambai-lambai dengan riang bila keretapi melalui sekolah mereka. Info lanjut boleh klik link ini  http://www.puffingbilly.com.au/

Untuk ke sini cukup mudah. Pergi Flinders Station dan beli tiket ke Belgrave (Platform 2 atau 3). Harga tiket AUD12 pergi dan balik. Perjalanan akan mengambil masa selama sejam setengah. Belgrave ialah stesen yang terakhir jadi x payah risau terlepas stesen. Sampai di Belgrave, ikut saja signboard ke Puffing Billy. Lebih kurang 400 meter jalan kaki.

Kami ke Lakeside sebab itu saja pilihan yang ada untuk hari itu
Semasa kita beli Myki (macam kad touch & go dan boleh digunakan untuk naik semua pengangkutan awam di sana kecuali Sky Bus) jangan buang kupon yang ada di dalamnya. Ada diskaun 20% untuk tiket Puffing Billy ni.

Opps telebih sudah.....
Aksi duduk melunjur kaki di tingkap ni bukan kami sesuka hati buat..tapi memang dibenarkan duduk  seperti ini  :)

Konduktor yang peramah. Sempat ajar dia ucap "apa khabar?"

Mula bergerak meninggalkan platform
Kereta api ini dihidupkan dan dijalankan mengikut cara dulu-dulu...bau asap agak busuk....acummm!

View yang cantik menyebabkan Che Nida lupa akan kegayatannya


Terserempak dengan kanak-kanak comel ini di Lakeside
Metro Limited Express
Balik semula ke Melbourne



Melbourne Part 4 - Mornington Peninsula dan Philip Island

Dua tempat menarik ni kami cover dalam masa sehari. Agak rushing sebenarnya. Sepatutnya tidur semalam lagi kat Sorento ni. Dari Queenscliff, feri akan berlabuh (amboi bahasa!) di Sorento. Dari Sorento menuju ke Mornington Peninsula untuk mencari lokasi colourful hut di Brighton Beach. Tapi oleh sebab kesuntukan masa, terpaksa berpuas hati dengan pondok warna-warni yang ada di sepanjang pantai Sorento. Jadilah untuk melepaskan gian bergambar.

3 pelancong Malaysia yang sesat di Sorento


Pondok inilah yang jadi tarikan utama kami ke sini.
Efek gambar akan jadi lebih cantik kalau ambik semasa sunset. Tapi memandangkan kami tidak bermalam di sini, terpaksa berpuas hati dengan apa yang ada. Sesiapa yang merancang datang ke sini, ajaklah saya sekali ye..(sponsorlah tiket sekali huhuhu ).

Dari sini kami bergerak ke Philips Island. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Cuaca sejuk menyebabkan mata berat semacam. Namun tugas kepada rombongan negara sebagai penunjuk arah, kugagahi juga mataku untuk terus berjaga. Cuma 30 minit terakhir sebelum tiba, aku tewas juga hehehe.
Philips Island ni terkenal dengan penguin parade atau penguin pulang petang. Kalau nak ikut tour dari Melbourne City pun ada juga. Tapi kami lebih berminat untuk lihat kanggaru dan koala di Nature Wildlife Park. Sebelum itu, kita ke Philip Island Chocolate Factory dulu. Di dalam ada restoran halal. Hajat di hati nak makan nasi dan kari udang..malangnya tak ada rezeki sebab dapur dah ditutup untuk hari itu.

Pelbagai bentuk coklat dijual di sini. Kalau berani, cubalah makan kasut coklat :)


Nature Wildlife Park ini terbahagi kepada dua segmen i.e kanggaru dan koala. Siap ada notice board suruh berhati-hati dengan shy snake! Aiyakkk....dahlah aku ni paling geli dengan bentuk ular tu.

Paling menarik kat dalam bangunan juga ada diterangkan kitaran hidp koala dari baby hingga dewasa. Jadi selain menjamu mata, dapat juga lebih pengetahuan tentang koala yang gebu ini. Nampak saja gebu tapi koala mempunyai kuku yang sangat tajam.
Amaze'n Things
Tak jauh dari habitat koala kami jumpa bangunan ni. Amaze'n Things ni ala-ala Puzzling World di Wanaka, NZ. Sebab dah pegi Puzzling World tu jadi x ralat sangat sebab tak dapat masuk ke sini. Alasan tak masuk : Dah tutuplah weii..dah hampir 5 pm..

Seperkara yang tak seronok kat Aussie ni, hampir semua kedai, kompleks beli-belah, tempat pelancongan etc etc ditutup jam 5 pm. Musim autumn ni pulak 5 pm dah gelap. 5.30 pm dah maghrib. Subuh pulak jam 6 pm. Pendek kata, kalau bulan puasa musim autumn....berbahagialah hidup.

Sebenarnya tak puas lagi menjelajah Sorento, Mornington Peninsula dan Philip Island ni. Banyak tempat lagi tak explore. Kalau korang ada plan datang ke sini, pastikan tidur semalam lagi di sini dan jangan lupa ajak saya sekali :D

Thursday 6 June 2013

Melbourne Part 3 - Carisbrook Cottage, Quenscliif & Searoad Ferries

Checked in di Carisbrook Cottage, Queenscliff. Jadi kami dapat menjimatkan masa dan tidak perlu berpatah balik ke Melbourne untuk ke Philip Island. Sewa satu malam AUD145. Lengkap dengan dapur. Pemilik juga menyediakan sebotol besar susu  segar (sedap dan punca aku diarrhea), sebotol jus oren, sebuku roti, pek jem dan butter serta pek minuman panas untuk sarapan. 
Kami sampai dalam pukul 8.00 pm. Sunyi-sepi dan aman. Cottage ni antara yang paling murah untuk disewa di Queenscliff. 

Carisbrook Cottage boleh memuatkan lima orang penghuni.
Satu katil queen, 2 katil single dan satu katil boleh lipat (foldable)

TV dan pemain cakera padat DVD pun ada disediakan


Semua katil ada electric blanket jadi tak la sejuk sangat bila tidur....rasa suam aje...

Boleh memasak

Pokok limau tepi kotej. Ijal petik limau ni untuk dicampurkan dalam sardin kami. Katanya, adat berjiran hendaklah berkongsi apa yang ada di halaman :)

Tenang dan aman saja kawasan ni...rasa macam nak pencen kat sini je

Feri yang membawa kami ke Monington Peninsula
Layari link di bawah untuk info :







Dalam feri

Melbourne Part 2 - Great Ocean Road

Oleh sebab trip kami berlima, maka lebih mudah dan murah untuk sewa kereta ke Great Ocean Road. Kata seorang rakan, tak sah trip ke Melbourne kalau tak ke Great Ocean Road. Ntah hukum mana dia ikut ntah :)

Berbalik pada sewa kereta, rata-rata company yang dah establish  sewanya agak mahal. Jadi pilihan kami...
Agak berpatutan untuk 3 hari dua malam.

Undang-undang jalanraya di sini agak ketat. Tali pinggang semua penumpang perlu dipakai setiap masa. Had kelajuan jalan raya juga perlu dipatuhi ( 90 - 100 kmj sahaja...mengelupur driver bila jalan cantik tapi tak boleh tekan minyak ). Kalau rasa-rasa dah kaya tu, cuba-cubalah langgar had kelajuan tu. Nasib tak baik, adalah kereta patrol datang mengiringi.
Untuk memudahkan perjalanan, kami sewa kereta ini beserta GPS sekali. Wanita AU tu siap set kan GPS supaya kami tidak perlu melalui jalan bertol. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Australia dan New Zealand. Jadi tak payahlah korang susah-payah buat lesen memandu antarabangsa tu atau nak pegi beratur panjang-panjang kat JPJ untuk buat translate pada lesen korang. Sekali lagi diulangi...lesen memandu Malaysia boleh dan sah digunakan di Australia dan New Zealand.

Mitsubishi Outlander

Driver merangkap bodyguard kami.

Untuk ke GOC, kita hanya perlu memandu melalui Princess Highway atau cari saja M1. Senang je, tak payah risau sesat dan sebagainya. Memandu ke luar bandar Melbourne sangat mudah. Pemandu AU sangat berhemah dan bersopan-santun di jalan raya. Pejalan kaki sangat diutamakan. Letak je kaki di laluan zebra tu, semua kereta akan berhenti untuk beri laluan pada pejalan kaki. Kalau kat Malaysia......sendiri jawablah :)

Lukisan atas udara

Dalam perjalanan kami terserempak lukisan atas udara. Kagum tak kagum u all...Memang kreatif sungguh.


Singgah sebentar di tasik yang cantik ini. Kawan-kawanku teruja melihat buaian yang tak pernah nampak kat KL ni.

Apollo Bay

Perjalanan dari Melbourne ke Apollo Bay mengambil masa selama tiga jam sebab kami berhenti di banyak tempat yang menarik. Ditambah dengan faktor had kelajuan itu. Di sini juga ada restoran halal, Iluka, untuk mengisi perut.
Pemandangan cantik sepanjang perjalanan menyebabkan rasa rugi kalau tidur 

12 Apostles
Destinasi seterusnya ke 12 Apostles. 1 1/2 jam dari Apollo Bay. Peringatan : Anda dinasihatkan memakai pakaian tebal semasa berada di sini. Ikat tudung anda dengan ketat. Sesiapa yang berbadan ringan, pastikan anda memegang rakan anda kerana kebarangkalian anda diterbangkan oleh angin adalah sangat tinggi ( ayat terakhir itu tidak benar, tapi yer...angin memang sangat kuat dan sejuk di sini ). Pemandangan....Subhanallah....


London Bridge is falling down
London Bridge hanya terletak setengah jam pemanduan sahaja dari 12 Apostles. Keindahan suasana...sukar digambarkan dengan kata-kata. Malahan gambar pun tidak mampu menzahirkan keindahan alam yang sebenar....

Kalau ikut travel agent, dari 12 Apostles bas akan berpatah balik ke Melbourne. Rugilah kalau macam itu. Jadi, keputusannya, kami bermalam di Queenscliff, dan esoknya terus ke Monington Peninsula dan Philip Island. Queenscliff sejauh dua setengah jam memandu dari London Bridge melalui Princess Highway. Tempat penginapan aku sudah tempah awal-awal melalui Agoda. Di mana kami menginap...? Tunggu pos yang akan datang :)








Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...