Tuesday, 3 June 2014

KTX ke Seoul dan J&B Studio, Myeongdong

lo1 Jun 2014

3 hari 2 malam di Busan lebih dari cukup untuk merangkumi hampir kesemua tempat menarik di Busan. Cuma kami tidak pergi ke pantai yg cantik itu. Nampak dari atas bas semasa ambil pakej pemandangan malam. Kenapa aku tidak bercerita tentang pakej malam? Sebab aku mabuk darat hehehe.

Kami bertolak dari Busan ke Seoul dengan menaiki KTX jam 9.20 pagi. Subuh di Korea pada musim panas jam 3.30 pagi ( 2.30 pagi waktu Malaysia ). Pendek kata, jam 5.30 pagi dah terang benderang seperti jam 8 pagi di Malaysia. Train kami no. 120 gerabak nombor 11. Tempat duduk 11A, 11B dan 11C (saya). Tiket boleh dibeli secara online dengan harga 57300w (Standard).







Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Singgah di beberapa stesen seperti Dongdaego, Daejeon dan Gwangmyeong. Dari atas keretapi boleh nampak sawah-sawah padi yang menghijau.







Tiba di Stesyen Seoul dengan selamat. Ada tempat untuk menyimpan beg di sini dengan bayaran mengikut saiz beg masing-masing.

Kami naik teksi dari Stesyen Seoul untuk ke J&B Studio yang terletak di 49, Chungmuro 3-ga, Jung-gu Seoul, Korea Elcru Metro City. Bilik kami nombor 1105. Alternatif lain, boleh naik train dari Stesyen Seoul dan turun di Stesyen Chungmuro dan keluar di exit 6. Jalan terus ke hadapan dalam 200 - 300 meter belok kiri dan masuk melalui Daehan Cinema. 

Katil queen yang selesa untuk kami bertiga.

Ada wifi :). Boleh tengok Running Man.

Bilik yang cantik.

Ada dapur yang lengkap dan mesin basuh.

Bilik air moden dan selesa. Lokasi cuma satu stesyen dari Myeongdong. Kak Ton bagi 5 bintang :)

























































No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...