Bersemangat meninggalkan Motel Hangang Park untuk kembali ke Seoul. Selesai sarapan pagi ala kadar, dengan bersemangatnya kami mendaftar keluar. Ahjussi tunjukkan kami perhentian bas untuk ke Sokcho. Keluar dari motel, belok kiri dan jalan kaki dalam 150 meter, ada satu perhentian bas setentang dengan perhentian bas ke Mt Seorak. Cuaca sangat nyaman dan redup walaupun musim panas. Musim panas Seoul masih sejuk jika dibandingkan dengan cuaca Malaysia.
Untuk kembali ke Terminal Sokcho, perlu naik bas yang sama, nombor 7 atau 7-1. Suspens juga sebab perlu ingat bangunan coklat yang terletak di hadapan terminal bas untuk turun. Kebaikannya beli tiket awal pagi, dapat kerusi di hadapan sekali...yeayy...
Kenapa Nafwal pegang handphone saya? Ada cubaan untuk sabotajkah...
Ceria dapat kerusi depan sekali tanpa halangan pandangan :D
Sampai sahaja Seoul, balik ke J & B Studio dahulu. Letak beg dan mamam..lapar. Destinasi seterusnya Gwangjang Market untuk cari kain cotton. Untuk ke sini, turun di Stesyen Jongno-5-ga dan keluar melalui exit 8. Agak melilau juga mencari pasar ini sebab terletak antara deretan kedai. Terpaksa meninjau setiap ruang untuk cari papan tanda di bawah ini.
Ada banyak pilihan kain cotton. Harga dari serendah 10000w. Ada pelbagai kualiti mengikut pilihan poket masing-masing.
Hanbuk kanak-kanak. Geram..
Beg-beg comel dari kain untuk buat hanbuk.
Kain-kain untuk buat cadar dan comforter. Double geram.
Naff beli apron ala hanbuk ini dengan harga 15000w satu.
Minat brooch Korea? Dikatakan mempunyai kualiti yang baik berbanding yang lain. Kami ke E-lendang untuk mencari brooch ini. Untuk pergi ke sini, turun di Stesyen Hoehyeon dan keluar di exit 5. Keluar dari exit, pusing kanan ( belakang ). Cari bangunan hijau yang setentang dengan Karl Optical ini.
Cari gerai no 209 di tingkat dua. Selamat membeli-belah :)
Terakhir sebelum balik ke J & B Studio, kami ke Myeongdong Underground Shopping Centre. Yang seronoknya, Myeondong hanya satu stesyen dari penginapan kami :)
Satu masalah problem di sini, jeans sangatlah cantik....tapi saiz semuanya saiz manequin. Tidak dinafikan, majoriti lelaki dan perempuan Korea, mempunyai saiz manequin. Wanita-wanita warga emas juga. Jadi, kalau anda tidak mempunyai badan secantik manequin..janganlah cuba-cuba pakai pakaian yang menunjukkan kaki dan paha ya...buat malu pada orang Korea saja nanti heeeeeeee :D
No comments:
Post a Comment