Hari pertama di Melbourne kami habiskan di sekitar bandar saja. Photoshoot dan apa-apa yang patut. Berdasarkan blog rakan-rakan yang sudah sampai ke sini, ramai yang suka shopping di Melbourne ni. Masa baca komentar mereka, agak terpengaruh juga kononnya nak menghabiskan duit di sini. Tapi bila dalam kepala convert duit aje, nafsu shopping terus hilang....rugi rugi...
Melbourne Visitor Centre (MVC) |
Sebagai 1st timer datang Melbourne ni, ada baiknya kami melawat Melbourne Visitor Centre ni dulu. Kat sini ada banyak info tentang tempat-tempat menarik. Kalau nak ambik pakej pun boleh. Tapi oleh kerana aku dah survey siap-siap tempat yang aku nak pegi, so tak ada masalah sangatlah. MVC ni terletak betul-betul di sebelah Flinder Street Station ( macam KL Sentral ). Semua train akan berhenti di sini.
Flinder Street Station |
Bila datang ke Melbourne dalam jangka masa yang singkat, ada baiknya sewa hotel di sekitar bandar atau di sini dikenali sebagai CBD. Jadi tak perlu buang masa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kemudahan pengangkutan di sini sangat efisyen. Boleh pilih mana-mana yang berkenaan, Tram, train, teksi atau basikal. Tram pulak ada 2 jenis, satu berbayar dan satu lagi. Tram free tu namanya Free City Circle dan berwarna coklat. Jangan risau, tram ini berhenti di semua lokasi utama di sini. Tapi kami tak naik pun Free City Circle ni. Sebab? Cuaca nyaman...lagipun dengan jalan kaki, banyak tempat menarik sekitar bandar untuk menjamu mata.
Tram. Papan tanda Ladies menandakan di bawah tu ada tandas awam. Bersih...jadi gunakanlah tanpa was-was |
Basikal yang boleh disewa. Tapi syarat wajib, perlu pakai helmet. |
Dibuka setiap hari tapi tutup jam 6 petang kecuali Jumaat ( 9 malam ) jadi pepandailah korang bajet masa sendiri. Nak ke sini cukup mudah. Ikut je panduan kat bawah ni (aku cilok dari blog orang :)). Kalau tak reti sangat, korang menyusur je la Yala River tu ( pastikan Flinder Street Station kat belakang korang dan menyusurlah ke kanan sungai hingga jumpa Melbourne Exhibition Centre ). DFO tu terletak sebelah MEC tu je.
By train: Take the train to Southern Cross Station. Tram numbers 96 and 112 stop opposite the Clarendon Street entrance of the Melbourne Exhibition Centre. Follow the walkway around the Melbourne Exhibition and Convention Centre and continue down Orrs Walk between the Melbourne Convention Centre and The Hilton Hotel. Arrive at DFO.
By tram1: Tram numbers 96 and 112 stop opposite the Clarendon Street entrance of the Melbourne Exhibition Centre. Follow the walkway around the Melbourne Exhibition and Convention Centre and continue down Orrs Walk between the Melbourne Convention Centre and The Hilton Hotel. Arrive at DFO.
By tram2: Tram number 70 stops at the end of Flinders Street. Walk towards the Yarra River across the new pedestrian bridge and continue down Orrs Walk between the Melbourne Convention Centre and The Hilton Hotel. Arrive at DFO.
By tram3: Tram number 109 stops at the end of the Melbourne Exhibition Centre. Walk 150m along Normanby Road towards Montague Street. Cross Normanby Road at the traffic lights leading into the South Wharf Car Park. Follow pedestrian path to DFO entrance. Arrive at DFO.
By bus: Take Bus route 238 from the City (Flinders or Southern cross stations) right to the door at DFO South Wharf. The bus operates Mon-Fri 10am to 3pm.
Feri di Yala River.
Kemudahan feri menyusur Yala River pun ada. Oleh sebab kami tak naik, jadi akupun tak tahu berapa harga tiketnya.
|
Laluan tram
Tram dan kereta berkongsi laluan yang sama. Maunya tak pucat Che Ijal memandu di tengah bandaraya Melbourne ni.
|
Monet's Garden.
Jalan punya jalan terjumpa bapa besar punya jam di jalan St Kilda.
|
Well done cuzz...I really enjoyed reading your blog. Beautiful pictures and really informative. Paling siok...sense of humour tu.
ReplyDeleteMai Zai
Thanks for reading my blog, sist..
DeleteMy 1st trial :)
Salam,
ReplyDeleteSaya nak habiskan baca travelog melbourne awak..teringin nak pegi someday. Salam perkenalan. Mohon link blog ye =)
Salam perkenalan. Terima kasih baca blog saya. Insyaallah end of Nov saya akan share satu destinasi lagi. Be my guest :)
Delete