Sunday 12 June 2016

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D

Ok pengalaman baru. Jalan-jalan naik skuter. Senang saja kalau mahu sewa motor. Ada banyak di sekitar Ao Nang. Keluar saja dari kawasan hotel, bersepah di kiri dan kanan. Harga bermula dari 200 baht hingga 400 baht. Sama saja kadar sewa skuter ni di mana-mana. 200 baht baru RM23 sehari. Sewa motor di sini hanya perlukan passport sebagai cagaran. Penyewa langsung tak tanya tentang lesen motor etc. Ok bayar 200 baht dan bismillah kita ronda-ronda sekitar Ao Nang dan seterusnya menuju Pekan Krabi yg lebih kurang setengah jam perjalanan. Salah satu keburukan naik motor, susah untuk ambil gambar semasa bergerak.

Pekan Krabi ada banyak skulptur tapi terletak di tempat yg berbeza antara satu sama lain. Sempat ambil gambil ketam ni saja sebab langit mula mendung tanda hujan akan turun dengan lebatnya.


Ketam giant ni terletak di tebing sungai.


Dan hujan pun turun membasahi bumi dengan lebatnya. Gambar anak gajah ni diambil semasa berteduh antara deretan kedai.

Tunggu lama-lama kat Pekan Krabi ni takde maknanya semasa hujan lebat ni. Kita balik ke Ao Nang sambil air hujan menampar-nampar pipi dan wajah.

Cuaca Ao Nang agak cerah jadi kita cari The Hilltop dulu. Ada restoran di atas tetapi halal atau tidak, tak tahulah. Jalan-jalan sekitar Ao Nang agak mudah sebab jalan utama pantai Ao Nang ni menganjur  dari penghujung pekan ke hujung yg satu lagi.
Naik ke atas The Hilltop ni pun agak mudah walaupun guna skuter. 


Pemandangan dari atas The Hilltop. Mendung jadi gambar kurang terang tetapi yang seronoknya, suasana nyaman untuk naik skuter.


Antara restoran yg popular di kalangan pelancong Malaysia ialah Restoran Lemon. Kalau jalan kaki dari hotel, agak jauh juga. Nasib baik ada skuter comel ni. Seronok aje meronda sana sini.


Tempat solat pun ada dan ada diantara pekerjanya boleh berbahasa Melayu. Makanan memang superb cuma tomyam di sini memang pedas menyengat.



Ikan 3 rasa....kegemaranku!

Selain makanan, Thailand juga terkenal dengan massage. Kalau di KL, harganya memang agak mahal. Tetapi di sini bermula dari 200 baht. Jom pegi massage!











No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...