Balik dari pasar malam semalam, cari penkek ni dulu. Paling popular, Yaminla..tapi tidak larat sudah mau pusing-pusing cari itu gerai. Mana-mana yang jumpa dulu, beli di situ sajalah. Proses buat penkek ni macam roti canai. Boleh pilih mahu letak apa. Aku lebih suka yang ada pisang di dalam dan coklat di luar. Memang sedap. Lagipun yang dia buat ni ada sikit garing. Harga berbeza-beza bermula dari 40 baht. Yang aku punya ni harga 50 baht..banana + chocolate.
Aktiviti pagi ini pergi snorkeling. Semalam lepas makan penkek, survey pakej yang ada. Kelebihan datang masa low-season, orang tidak ramai tetapi rugi sebab musim hujan. Jadi pakej pulau-pulau yang jauh macam Phi Phi, Hong dan James Island tiada. Sebab jauh dan ombak kuat. Perkhidmatan long tail bot pun tiada (lebih murah). Tinggal speed boat saja. Pakej 4 pulau termasuk Tup Island, Chicken Island, Poda Island dan Railay (yeayyyy sebab aku memang bercadang mau datang sini). Rata-rata pakej 4 pulau ni harga 700 baht (tidak termasuk yuran masuk 400 baht). Tanya sana sini, dapat yang paling murah 600 baht termasuk makan. Ragu-ragu juga mau ambil mula-mula sebab takut hujan. Tapi abang Din tu kata, kalau hujan pun tetap pegi juga. Bah, saya bayar ja lah.
Kos 4 pulau 600 baht + 400 bath = 1100 baht seorang.
Kami ambil pakej ni dari Guitar Residence. Abang Din tu boleh cakap Melayu. Nadiah (baju oren) tu pula tour guide kami. Boleh cakap melayu slang siam.
Guitar Residence ni selang 4 buah kedai dari 7-E dan berhadapan dengan Phra Nang Inn. Satu kelebihan menginap di Ao Nang ni, semuanya dalam jarak jalan kaki ja. Macam Ao Nang Orchid tu..betul-betul di siring jalan dan boleh jalan kaki pegi sini sana.
Pegi pulau ni pakai ja pakaian mandi siap-siap. Tidak payah susah-susah mau bawa tuala dan baju ganti segala. Pakaian akan kering sendiri nanti dalam bot. Kalau bawa beg, memang akan basah punya kecuali kita guna beg waterproof. Ada banyak jual di sini tapi oleh sebab aku tidak beli, tidak tau lah berapa harga. Aku beli beg waterproof oren utk handphone berharga 100 baht. Kalau beli casing di Machine tu mahal sangat. Mau RM300 lebih jugalah.
Biasa dengar janji melayu, rupa-rupanya janji siam pun ada juga. Pak Din bilang berkumpul jam 8.30 pagi. Tapi mau dekat jam 10.00 juga baru bergerak. Mula-mula naik pikap ni dulu berhimpit-himpit macam-macam warganegara ada.
Speedboat ni boleh muat dalam 25 orang penumpang. Kami bernasib baik sebab semua warganegara Malaysia dalam bot ni. Selipar semua akan dikumpulkan setempat dan dimasukkan dalam jaring. Macam ikanpun ada rupa gayanya.
Pulau pertama Pulau Tup. Tempat ni untuk mandi manda. Masa kami sampai air sudah pasang, jadi tidak dapatlah menyeberang pegi pulau sebelah tu. Laluan ditanda guna pelampung hitam kecik tu. Papan amaran tanda bahaya pun ada. Kalau keras kepala mau juga seberang, guard akan tiup wisel.
Pasir pantai pun cantik. Dalam air nampak ikan berbelang berenang-renang ke tepian.
Selesai Pulau Tup, masa untuk snorkeling di Pulau Ayam. Namanya Chicken Island sebab bentuk macam ayam. Mula-mula tu macam rasa yakin juga mau snorkeling walaupun belum pernah cuba. Masuk dalam air, alamak alamak dalamnya. Cuba bertahan cuba bertahan. Malangnya jaket keselamatan ni langsung tidak membantu. Tidak dapat tegak sebab aku tidak lock pula tali jaket yg di bawah punggung tu. Patutlah balik-balik aku rasa macam mau mengiring. Air pula mula masuk dalam mulut. Ok daku surrender.
Mr S dengan gembiranya berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian snorkeling. Keadaan dalam bot pula sangatlah tidak stabil. Teroleng-oleng. Mood sudah mula hilang sebab mabuk laut dan pening.
Seterusnya pegi Pulau Poda untuk makan nasi ayam yang disediakan. Awan kelabu berarak mendung dan haripun hujan. Tidak kisahpun hujan sebab memang sudah sedia basahpun. Tapi takut demam ja.
Boleh mandi di sini juga kalau mau.
Akhir sekali pegi Railay Beach. Tempat ni popular dengan aktiviti rock climbing dan Gua Pranang. Dalam gua ni ada objek-objek yang menyerupai sesuatu yg aku tidak sanggup pula mau muatnaik dalam blog hehehehe.
Kalau mau tengok pemandangan sekitar dan lagoon yang cantik, bolehlah panjat. Tetapi, bahaya kalau selepas hujan sebab lumpur dan licin. Dua orang mat salleh ni ada sedikit degil pegi panjat. Nah kau...tidak boleh bergerak naik dan turun sudah.
Cuci mata tengok rock climbing sebenar. Kuatnya tangan dorang ni bah memanjat.
Nadiah cakap, sesiapa yg mau mandi di sini mesti pakai jaket keselamatan. Mula-mula tu heran juga kenapa. Rupa-rupanya ombak besar.....macam best pula tengok orang mandi-manda sambil main ombak. Ada banyak juga hotel di sini. Tetapi tiada jalan darat dari Krabi atau Ao Nang. Kena naik bot.
Dari Railay balik ke Ao Nang lebih kurang 15-20 minit ikut keadaan laut bergelora atau tidak. Sampai saja di hotel, mandi mandi dan mandi.
No comments:
Post a Comment