Friday 6 June 2014

Namsan Tower, Seoul

Selesai check-in dan makan,  masa untuk menjelajah Seoul. Oleh sebab hampir jam 4 petang, kami ke Namsan Tower dahulu. Memandangkan 'minyak' telah diisi..hehe..kami hanya berjalan kaki sahaja ke Hotel Pasific dan mendaki bukit dalam 10 - 15 minit untuk ke stesen kereta kabel. Kalau naik train dari Stesen Chungmuro, naik train Ke Stesen Myeongdong Line 4 (4 minit sahaja) dan keluar melalui exit 3. Jumpa vespa comel ini semasa dalam perjalanan mencari Hotel Pasific, untuk laluan ke stesyen kereta kabel.


Busan dan Seoul, rata-rata tempat pelancongannya di kawasan berbukit. Jadi pastikan memakai kasut yang sesuai dan selesa. Kasut tumit tinggi? No no no....kecuali anda menaiki memegang prinsip "beauty is pain" :-)
Tiba juga di stesyen kereta kabel setelah hampir habis sebotol air.

Kami cuma ambil tiket sehala sebab bercadang untuk berjalan kaki menggunakan tangga  untuk turun ke bawah. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan gaya hidup sihat orang di sini. Dari 1000 orang yg kami nampak, hanya seorang saja yang gemuk...lelaki atau perempuan. Kagumsss....insaf sekejap tak mahu makan makanan berlemak dan berminyak.


Apa beza Busan Tower dan Namsan Tower? Macam sama saja di mataku. Kedua-duanya ada konsep 'kau kunci cintaku dengan kunci mangga'. Di atas juga ada observatory platform. Tapi kami tak naikpun, sebab dari atas bukit ini pun kami dapat melihat bandaraya Seoul dengan jelas.

Ramai juga pengunjung di sini. Terserempak dengan satu keluarga dari M'sia. Sempat juga bertegur sapa.

Seoul dari Namsan Tower.

Di belakang penuh dengan kunci-kunci mangga cinta. Inipun jadi satu daya tarikan pengunjung...kreatif  sungguh orang yang memikirkan idea itu.

Hanida beli teddy bear untuk Mia. Mahal juga. Patung kecil itu berharga RM60++ setelah convert ke duit Malaysia.


Pokok pun jadi tempat untuk menggantung kunci cinta.

Sempat bertengkar dengan seorang pelancong dari negara panda di bunga cinta ini. Dah lah tak pandai berbahasa Inggeris, manalah kami faham apa yang dia cakap. Sesuka hati dia meninggikan suara pada kami. Cis, b***ba* sungguh!



Mulanya, Nafwal ajak kami turun melalui jalan ini. Tapi bila banyak sangat bas, dia tak berani kerana agak bahaya sewaktu bas lalu di selekoh nanti. Jadi, kami terpaksa naik semula ke atas. Penderaan fizikal sungguh!

Alternatif yang lebih selamat dan menyihatkan badan. Pemandangan yg cantik dan cuaca yang nyaman. Mari beramai-ramai bersenam :)

Malamnya kami ke Myeondong. Ada kebab halal untuk makan malam. Apa yang ada di Myeongdong? Shopping semestinya. Misi saya....mencari MJCare :)














No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...