Tuesday 1 July 2014

Foresta Cafe

Sedar tak sedar sudah masuk hari ke-9 kami di bumi Running Man. Mesin di atas ada di mana-mana stesyen subway. Fungsinya untuk menambah nilai T-Money yang kita gunakan untuk naik subway, bas dan teksi. 
Program kami hari ini mencari Foresta Cafe yang terletak di Heyri Art Village. Seperti biasa, lokasi kami keluar dari bandar Seoul.
 Untuk ke sana, perlu turun di Stesyen Hapjeong dan keluar melalui exit 2. Sebaik sahaja keluar dari exit 2, kita akan nampak perhentian bas. Tunggu bas #2200. Sila beratur ikut lorong ye. Jangan main terjah aje.
Perjalanan ke Heyri agak jauh, jadi bolehlah menjamu mata dengan pemandangan lebuh raya Korea. Pemandu bas Korea agak **la juga. Seram aje rasa sebab laju...dan semua lampu merah dia redah...atau memang macam itu agaknya konsep pemanduan bas di Korea...sila utamakan laluan bas....agaknyalah. 
Sebaik sahaja masuk ke kawasan Heyri ( ada pengumuman dalam bahasa Korea, faham bila disebut Heyri itu ajelah ), kita akan nampak papan tanda Heyri Gate 1. Sebaik sahaja nampak papan tanda itu, kita perlu alert sebab tiba-tiba sahaja nampak Heyri Gate 4 ( atau aku kot yang yang tak nampak papan tanda Gate 2 dan Gate 3). Lebih baik tunjuk nama destinasi kita hendak turun pada pemanda bas ( dalam tulisan Hanggul semestinya ).

Inilah papan tanda Heyri Gate 4...senang untuk nampak sebab ada dua patung comel ini.


Apa yang ada di Heyri Art Village? Sesuai dengan nama 'art' sudah semestinya berkaitan dengan art. Ada muzium 3D, muzium %#$&*** ( jangan tanya *blushing*), muzium wang, muzium sejarah dan pelbagai lagi. Jangan jangka sesuatu yang 'urban' di sini. Masa kami datang, banyak yang tutup dan agak kurang menarik tetapi tetap ramai pengunjung! 















Ini dia destinasi utama kami..... Foresta, pada nombor 59-6. Berhampiran dengan Hangil Book Museum. Lokasi pertemuan pertama Hongki FT Island dengan Fujimina dalam program realiti We Got Married.




























No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...