Monday 9 June 2014

Mount Seorak dan Motel Han Kang Park

Hari keempat di Korea. Plan hari ini ke Mount Seorak. Dua tahun lepas kami tidak ke tempat ini sebab buat pilihan ke Pulau Jeju. Apa yang ada di Mount Seorak? Tidak mahu membayangkan yang indah-indah sebab teringat kekecewaan semasa ke Mount Cook, NZ dengan Noey dan Vevian.

Seawal pagi kami keluar dari J & B Studio sebab perjalanan ke sana akan mengambil masa selama 3 jam dari Seoul dengan menaiki bas. Kami turun di Stesen Gangbyeon dan keluar melalui exit 3 untuk pergi ke Terminal Bas Dong Seoul. Kemudian naik bas ke Sokcho ( 17300w =  Rm55.40 ikut pertukaran matawang semasa ). Saya paling lemah bab naik bas ni kalau dapat kerusi belakang dan di bahagian tepi. Nasib baik Nafwal ada pil penahan mabuk :). 

Mamat-mamat berbaju askar tu ala-ala PLKN kita.

Suasana dalam Terminal Bas Dong Seoul. 

Bas kami ke Sokcho dengan harga tiket 17300w. Boleh lihat harga tiket di sini. 

Kemas saja bas-bas ke luar bandar ini tersusun. Paling mengkagumkan, tidak ada bau asap bas langsung!

Ini nombor platform kami. Boleh lihat dalam tiket bas.

Tiket ke Sokcho. Sila semak masa bertolak, nombor kerusi dan nombor platform.

Bas hampir penuh jadi kami terpaksa duduk berasingan. Terima kasih che Hanida dan che Nafwal sudi memberikan tempat duduk yang agak ke hadapan untuk daku yang agak mabuk bas ini. Dapat kerusi nombor 12, dan kerusi untuk seorang :)

Hentian pertama Wayang Gang Land.Tempat ini boleh dikatakan RnR. Ada tandas, kedai makan etc. Tapi kami tak turun. Sekadar mengambil gambar dari atas bas.



Bas berhenti dalam 10 - 15 minit. Agaknya kot sebab pengumuman dalam bahasa Korea. Aigo.....
Pemandangan sawah padi dengan sungai-sungai yang ada antaranya hampir kering. Sebab musim panas kot.
Jambatan panjang sungai kecik. Bila ais mencair barulah penuh kot...agaknyalah.


Cabaran bermula sebaik sahaja tiba di Sokcho. Ada kaunter informasi untuk pelancong di hadapan Terminal Sokcho. Tetapi, semasa kami tiba, kaunter ditutup rehat dari jam 12.00 tgh - 2.00 petang. Kami seberang jalan di HADAPAN terminal dan tunggu bas di perhentian bas. Naik bas no. 7 atau 7-1. Rata-rata mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris atau membaca tulisan rumi. Oleh itu, sebaik-baiknya cetak alamat penginapan dalam tulisan Hangul juga. Berlaku kekeliruan antara kami dengan pemandu bas :) (Biarlah rahsia) Bila dikenang semula, rasa lucu pula. 
Untuk ke motel, perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Setelah melalui jambatan yang kedua, pemandu bas memberhentikan kami dengan selamat di hadapan pintu motel.

Hadapan motel.


Pandangan tepi motel


Pandangan belakang motel.

Menunggu untuk daftar masuk.

Tak ada katil :) Ada ondol saja ( macam comforter )


Bilik air bersih ( paling penting ). Di bawah ada water dispenser, microwave, pembakar roti, telur, jem, 3+1 etc. Boleh digunakan oleh tetamu.


Ada beberapa motel di kiri dan kanan. Tetapi tidak ada kedai makan halal. Jadi, sila bersedia dengan bekalan makanan secukupnya. Nasib baik kami cuma tinggal semalam sahaja. Untuk ke Gunung Seorak sangat mudah. Keluar dari hotel, belok kiri dan akan nampak perhentian bas di seberang jalan. Naik bas nombor 7 atau 7-1 dan turun di perhentian terakhir.

Orang Korea suka mendaki. Nampak tongkat mendaki dijual di sini. Rata-rata pengunjung agak berusia tetapi cergas. 

Ada jual souvenier. Kami tidak bercadang membeli apa-apa di sini jadi tidak tahu harganya.

Tiket bas 1100w, tiket masuk 3500w dan tiket kereta kabel 9000w (dua hala). 


Tiket masuk untuk 3 orang.



Kereta kabel cuma separuh perjalanan sahaja tau.

Selebihnya, daki 888 anak tangga untuk sampai ke Ulsenbawi Rock. Saya pakai selipar :) 

Kami sampai di sini.

Kesian terpaksa guna tripod comel.





Di hadapan stesyen kereta kabel.












































No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...