Sunday 16 February 2014

Hutan Lipur Sg Gabai, Ulu Langat

Ini merupakan kali pertama ke air terjun di Ulu Langat. Biasanya hujung minggu ke kompleks membeli belah..kali ini ubah angin ke hutan lipur pula. Apa yang ada di Hutan Lipur Sg Gabai? Air terjun semestinya yang menjadi tarikan utama.

Untuk masuk ke kawasan hutan lipur ini dikenakan bayaran RM1 seorang. Tapi jangan sekali-kali parking di kawasan Kem Lambaiana ini.Nanti dikenakan bayaran RM3.00 lagi untuk meletak kereta.

Untuk menggunakan tandas di Kem Lambaiana ini juga dikenakan bayaran RM0.50. No fee no pee pee okey...

Untuk masuk ke kawasan air terjun, pengunjung akan dikenakan bayaran Rm1.00 seorang. Bayangkan kalau 100 orang, dah RM100 sehari. Kalau berdasarkan 'resit' yang diberi, kutipan dilakukan oleh JKKK. Agaknya dimasukkan ke dalam tabung untuk penyelenggaraan hutan lipur kot. Tapi malangnya, masih ada banyak sampah di sekitar kawasan perkelahan. Angkara pengunjung-pengunjung yang tidak bertanggungjawab.
Resit yang dikeluarkan...

Kami harus berjalan kaki sejauh 500 meter untuk masuk ke kawasan perkelahan

Penat bermandi-manda, boleh singgah beli minuman dan makanan di sini.

Kawasan kaki air terjun pun dah ramai orang. Nasib baik tidak berhasrat untuk mandi-manda.

Jom naik ke kawasan yang lebih tinggi...

Menggigil lutut mendaki sebanyak 332 anak tangga ni (kalau tak silap). Sudah tidak secergas dulu nampaknya.

Kawasan paling atas sekalipun dah ramai orang. Gigihnya mereka mendaki anak tangga dengan membawa makanan segala...
Seronok juga menyaksikan gelagat pengunjung yang sedang mandi membuat aksi ala stuntman. Beraninya mereka sebab air hanya separas pinggang sahaja. Kalaulah kepala terhentak ke batu.....iskkk....nauzubillah......

No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...