Wednesday, 25 June 2014

Gangchon Rail Park

Sudah masuk hari ke-8 kami di sini. Cepat saja masa berlalu. Aktiviti hari ini ke Gangchon Rail Park. Info lanjut boleh baca di sini..

http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=1889922

Tempat ini dalam laluan yang sama kalau kita mahu ke Petite France, Morning Calm dan Nami Island. Bezanya, kalau ke Morning Calm, Petite France dan Nami Island perlu turun di Stesyen Gapyeong atau Stesyen Cheongpyeong. Tetapi, untuk ke Gangchon Rail Park, turun di Stesyen Gamyujeong (Gyeongchun Line). Naik, turun, tukar subway...perjalanan lebih kurang hampir 2 jam. Ini merupakan kali pertama smencuba aktiviti rail bike...jadi ada rasa keterujaan di sini :D

Dalam subway nampak gerabak yang penuh dengan basikal. Ada gerabak khas untuk basikal rupanya.


Reka bentuk Stesyen Gamyujeong yang ala-ala pagoda. 

Keluar dari exit 1, ke kanan dan akan nampak pintu gerbang Rail Park ini.

Bangunan Rail Park yang berbentuk seperti buku. Kreatifkan.

Di tengah perjalanan ada tiang kamera, jangan lupa senyum dan beli gambar itu. Kami beli dengan harga 10000w tanpa frame. 

Kalau datang musim panas, pakai sunglass, topi atau payung. Kami redha je mandi matahari. Almaklumlah perasan kulit ala-ala mat salleh.

Jadual perjalanan bermula dari jam 9.00 pagi dan terakhir jam 5.00 petang. Tiket dua tempat duduk berharga 25000w dan untuk empat tempat duduk 35000w. Oleh sebab kami bertiga, kami pilih 4 tempat duduk.

Boleh buat sendiri. Tapi tak sempat sebab hampir jam 11.00 pagi untuk bertolak :'(


Kami pilih laluan Gimyujeong - Gangchon sebab laluan ini yang paling menarik sekali dan kurang memenatkan. Lebih kurang 1 jam perjalanan ( 7.5 km ). Sampai di Stesyen Gangchon, kami beli gambar kami yang ditangkap oleh kamera tiang :)
Shuttle bus disediakan di Stesyen Gangchon untuk kembali semula ke Stesyen Gimyujeong.

Mamat topi oren ni beri penerangan tentang keselamatan (agaknyalah...sebab dia cakap bahasa Hanggul). Kami buat-buat faham ajelah. Yang pasti, perlu pakai tali pinggang keselamatan.

Memulakan perjalanan. Sila jarakkan bike anda dengan bike di hadapan. Dilarang keras melanggar bike di hadapan (kami faham sebab mamat korea yang berkulit cantik itu memberikan arahan dalam bahasa Inggeris semasa periksa tali pinggang keselamatan kami). 

Kereta pun perlu beri laluan pada kami dahulu tau...

Pemandangan pada musim panas. Sawah padi dan bukit bukau menghijau. Pemandangan pada musim sejuk mesti serba putih. Tapi rasanya separuh nyawa jugalah mengayuh pada musim sejuk. Bukan automatik ye...kena kayuh macam basikal. Petua supaya tidak terlalu letih mengayuh, pilih tempat duduk belakang supaya orang di hadapan tak perasan apabila kita berhenti mengayuh. Jadi, kurang sikit rasa bersalah itu hehehe...


Gua pertama biasa-biasa saja. Tak ada yang menarik.

Gua seterusnya...romantik u....ada kabus, lampu romantik, sejuk dan lampu ala reman-remang cahaya. Tapi yang paling besttttttt, ada gua yang memainkan lagu Oppa Gangnam Style dan Gentleman lengkap dengan lampu disko! Totally fun and hilarious to see everyone dance and sing along!



Penat mengayuh? Jangan risau. Ada shortbreak dan ada tandas juga. 

Menghampiri Stesyen Gangchon. Naik shuttle bas, kembali ke St Gimyujeong dan balik ke Seoul. Tidur dalam subway.

Seterusnya kami ke sini. Tiada dalam itinerari. Orang Korea sangat menghargai air. Terusan ke sungai ni? Tempat ini juga antara tempat menarik yang sentiasa dikunjungi oleh penduduk tempatan.


































Saturday, 14 June 2014

Morning Calm, Petite France dan Edelweiss Swiss Theme Village

Hari keenam di Seoul. Destinasi hari ini semuanya luar dari bandar Seoul. Destinasi pertama ke Morning Calm. Untuk ke Morning Calm, kami perlu turun di Stesyen Cheongpyeong. Keluar dari J & B Studio jam 7.19 pagi ( 6.19 pagi waktu Malaysia ). Naik train dari Stesyen Chungmuro - Line Orange dan turun di Stesyen Dongdaemun History & Culture Park, naik Line 2 ( Hijau ) dan turun di Stesyen Wangsimni. Dari sini, ada dua pilihan i.e naik ITX ( 4000w dan laju 180kmsj ) atau transfer ke Line Biru ( train menghala ke Cheongnyangni ) dan turun di Stesyen Mangu. Pergi ke trek 6 ( menghala ke Cheongpyeong ). Tambang keseluruhan 1750w, jauh lebih murah dari ITX cuma perlu transfer beberapa train. 


Dalam train, nampak sekumpulan ahjussi yang lengkap bepakaian untuk hiking. Boleh tabik spring cara hidup mereka yang aktif ini.

Tiba sahaja di Stesyen Chongpyeong, keluar melalui exit 2 dan tunggu Gapyeong Tourist Shuttle Bus di perhentian bas yang terletak di hadapan exit 2.

Kalau mahu ke Nami Island, boleh turun di Stesyen Gapyeong. Tapi kami cuma mahu ke Morning Calm dan Petite France sahaja. Sebab itu kami turun di Cheongpyeong. Kenapa tidak ke Nami Island? Sebab kami sudah pergi ke sana dua tahun yang lalu.

Bas paling awal bermula jam 9.00 pagi. Boleh rujuk jadual di bawah untuk merancang perjalanan. Tiket bas 5000w dan boleh digunakan untuk keseluruhan tempat. Jadi, sila simpan tiket dengan baik.


Satu yang saya alah dengan perjalanan menaiki bas ialah 'motion sickness'. Terutama kalau dapat kerusi tepi atau kerusi belakang. Untuk mengelakkan hilang mood akibat mabuk, saya makan pil ini. Kesan sampingan, mengantuk dan tidur dalam bas, teksi dan train :)

Ahjummah yang bersedia untuk hiking. Patutlah 'saiz' cantik you....

Tiket masuk ke Morning Calm 8000w. Kenapa daku nampak gemuks??

Tandas yang ada di Morning Calm.

Harga tiket masuk.

Layan gambar sajalah untuk melihat sendiri tarikan yang ada di Morning Calm.








Sungai yang kering. Kenapa ye?Sebab musim panas? Mana mata air? Atau dibina untuk air mengalir bila ais mula cair? 

Pengunjung terutama kanak-kanak menindih batu-batan menyerupai pagoda mereka.


Shuttle bas yang kami naik.

Destinasi kedua ke Petite France. Tunggu sahaja bas di luar Morning Calm ( turun sedikit ke bawah bukit ). Tiket masuk ke Petite France juga 8000w.

 Petite France tidak seluas mana. Dua jam sudah memadai untuk meneroka seluruh kawasan ini. Sila pakai kasut yang sesuai sebab agak berbukit sama seperti Morning Calm.




Destinasi ketiga.....jeng jeng jeng........
Edelweiss Swiss Theme Village.......
Lokasi rumah Hongki - Fujimina dan Taecyon - Emma Guigui dalam program realiti We Got Married :D :D :D
Untuk ke sini, kami kembali semula ke Stesyen Cheongpyeong dengan shuttle bas dan keluar melalui exit 1 ( keluar melalui kawasan parkir kereta ).

Naik teksi di hadapan exit 1. Sekali lagi, cabaran komunikasi hehehehe....
Berulang kali Nafwal sebut Swissu ( Swiss ) Theme Village, dia tak faham-faham. Tapi ahjussi ini begitu cekal mahu membantu kami. Dia cakap bahasa Korea sambil tunjuk GPS, kami cakap Bahasa Inggeris . Setelah telefon ( agaknya minta bantuan arah tempat ) barulah dia sebut Swissu Theme Village. Leganya hehehehe....
Tambang ke sana 23000w, teksi tunggu 9800w lebih kurang 30 minit ( sila minta tunggu ya, kecuali bercadang untuk balik jalan kaki ke stesyen jalan kaki yg jauh itu ) dan tambang balik 17200w kalau tak silap.

Yeah...kami berjaya sampai....


Rumah pasangan Hongki - Fujimina ( We Got Married ). Nombor rumah : 1.

Tiket masuk ke kawasan ini 10000w.

Yeayyy....

Pandangan ruang tamu dari tingkat atas.

Sudah bertukar menjadi rumah nutcracker pula.



Rumah pasangan Taecyeon - Emma Guigui.


Mission accomplished. Balik ke Seoul dengan riang. Kesan sampingan ubat masih ada. Tidur dalam teksi dan train lagi :)






















































Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...