Monday 5 January 2015

Day 8 : Nelson - Greymouth


Pagi ini dalam sejarah kami keluar awal jam 8 am. Mana tak sejarah, selalunya kami keluar jam 9 am. Sejam lebih awal gitu. Tiba-tiba keluar awal sebab mahu meninjau apa yang ada di Monty's Sunday Market di Montgomery Square bermula dari jam 8 am - 1 pm. Bila berada di negara orang, kenalah ambil peluang melihat cara hidup penduduk tempatan jugakan. Lain padang lain belalang.

Oleh sebab hari Ahad, tak banyak pula buah-buahan. Sebab pasar minggu ni lebih kepada pakaian pre-loved, buku, cd, barang-barang kitar semula, barangan antik dan ada jugalah yang jual makanan. Madu Manuka pun ada tapi tak banyak pilihan.






Ini saja gerai buah-buahan yang kami jumpa. Sebenarnya hari Sabtu ada Nelson Market Saturday di tempat yang sama. Masa itulah baru ada buah-buahan, sayur segar, bunga, cheese, roti, barangan tempatan, produk dari lavender dan macam-macam lagilah. Kami terlepas satu hari.

Semasa kami ambil kereta, ada banyak majalah tentang tempat menarik di South NZ, dan salah satunya Tahunanui Beach. Dalam gambar, pengunjung boleh duduk atas titi batu sambil rendam kaki dalam air laut yang cantik dan jernih. Tapi rupanya tak mudah cari tempat tu sebab Tahunanui Beach sangat luas. Makanya kami berpuas hati dengan posing2 berlatarbelakangkan pantai.

Ada orang berkayak.

Dari jauh nampak pelangi.

Mat salleh ni tak sejuk ke? Kami siap pakai sweater lagi.

Maaf Che Nida. Gambar ini terpaksa dipotong sebab dikau tidak mencapai standard lompatan seperti kami :D


Selesai bergambar sakan ke Founders Park pula. Tapi oleh sebab belum buka lagi ( buka jam 10.30 am), ambil kesempatan merayau ke rumah orang. Suka sangat tengok rumah mat salleh ni. Nampak bersih aje. Kena pulak musim bunga, mekar bunga-bunga berkembangan.


Founders Heritage Park terletak di 87 Atawhai Drive, berhampiran dengan Miyazu Gardens. Bayaran masuk NZD7 = RM19.60. Berbaloi jugalah dengan bayaran sebanyak itu kita boleh lihat barang-barang sejarah NZ termasuklah pengangkutan, pejabat pos, bengkel, rumah lama dan pelbagai lagilah. Berbaloi habiskan masa sejam dua di sini.

Alahai...kedaipun cantik dengan pokok-pokok...


Kak Noraini Mohd Saad suka bunga-bunga macam ni...

Ini bengkel zaman dulu-dulu. Bau bengkel ni pun bau usang, sesuai dengan fungsinya.

Bengkel zaman silam. Roda kayu pun ada.



Ada macam-macam jenis basikal di sini. Tak sangka berpeluang dapat lihat basikal zaman silam secara nyata. Basikal roda tiga ni sesuai sangat untuk che nida yang tak pandai tunggang basikal hehehe...

Perasan posing ala model kononnya depan stesyen kereta api lama. Macam hidup di zaman 50-an pulak.

Dalam stesyen kereta api inilah ada patung yang menggugurkan jantung aku dan Noey. Tanjat gigirl..


Kapal terbang fokker agaknya ni...Boleh naik tapi hingga tangga tepi saja. Semasa kami sampai cuaca agak sejuk sebab selepas hujan. Tapi sudah ada matahari panaslah pula. Lebih sesuai bawa payung sebab tempat ni berkonsepkan muzium terbuka. Masuk pejabat pos dan bakeri....sangat terasa 'feel' sejarahnya. Mungkin disebabkan konsep bangunan sebenar....

Selesai berjimba di sini, kami ke Broadgreen Historic House. Pendek kata, banyak belajar sejarah omputeh di Nelson. Walhal Rumah P.Ramlee pun aku tak pernah jejak kaki...kutuk diri sendiri :D
Broadgreen House ni dibina pada tahun 1855. Bayangkan tahun 2014 masih kukuh berdiri walaupun air banjir pernah menenggelamkan ruang bawah tanah tempat simpanan wain. 
Rumah ini dibuka sepanjang tahun kecuali Good Friday dan hari Krismas. Lokasi di 276 Nayland Road Stoke. Bayaran masuk NZD5 = RM14.

Pandangan dari hadapan rumah.

Penjaga tiket ni pun 'ancient' juga. Lupa pula bertanya kalau-kalau dia ada kaitan dengan sejarah rumah.




Tak rugi masa dan wang datang ke sini sebab dapat rasa suasana dalam rumah Inggeris zaman dulu. Tapi malangnya tidak dibenarkan ambil gambar dalam rumah. Teringin juga ambil gambar curi-curi. Tapi sebab cctv merata-rata, kulupakan saja hasrat itu. Aunty jaga tiket tu garang tau..
Di laman belakang ada taman bunga ros. Oleh sebab musim bunga, segala-galanya hijau dan berwarna-warni. Kalaulah ada laman rumah macam ni....#angananganberangan#

Pandangan dari laman belakang. Laluakuterusberangan.


Dari Nelson kami ke Greymouth yang sejauh 287 km atau 3 jam 37 minit memandu. Greymouth bandar kecil yang agak kurang menarik. Tetapi untuk mengelak memandu lebih dari 5/6 jam, kami bermalam di Greymouth. Giliran aku pula memandu...luruskan sendi-sendi dan tulang belakang dulu.
Bermalam di Apostles View Motel. NZD145 = RM406. Kamera pun pandai mogok...elok aje tiba di sini, habis bateri pulak. Bateri satu lagi rosak teruslah pulak. Rasanya ada ambil gambar dalam motel tapi tak ingat kamera siapa.




Ada dua buah bilik. Bilik hadapan ada satu katil queen (dapat penghormatan dari rakan2 utk aku tidur di sini.....study?mungkin tidak hehehe) dan satu katil single. Satu bilik lagi yang bersebelahan dengan dapur dan bilik air ada 2 katil single. Bilik belakang selalu menimbulkan kekeliruan antara pintu bilik atau pintu bilik mandi. Pintu bilik mandi pula konsepnya tidak berkunci. Maka keraplah berlaku masuk bilik mandi yang berpenghuni. Siapakah mangsa.....biarlah jadi salah satu kenangan lucu kami :')
Ruang tamu dan ruang tamu juga cukup luas. Dapur juga luas dan terasing dari ruang lain. Cuma diingatkan agar tidak memasak makanan yang meninggalkan bau yang kuat. Oleh sebab itu Che Nida memasak dengan tingkap yang terbuka dan angin sepoi-sepoi bahasa. Pemandangan cantik u....

Kanak-kanak ini kami jumpa di luar rumah, ditinggalkan oleh ibunya. Dipercayai kanak-kanak berasal dari Malaysia. Trampolin pun ada. 
Kaunter pendaftaran agak jauh ke dalam, perlu melalui jambatan kayu. Maaf ye Che Nida dan Che Naf yang terpaksa berjalan kaki jauh ke dalam sebab daku parkir kereta betul-betul di tepi motel penginapan. Manalah daku tahu sejauh itu hehehehe








































































No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...