Friday 30 January 2015

Day 11 : Queenstown - Milford Sound - Mirror Lake - Te Anau - Queenstown

Milford Sound antara tempat wajib pergi di South NZ. Teringat pula Nov 2011, lengkap winter jacket, long john, sarung tangan segala naik cruise ni ๐Ÿ˜
Dari Queenstown ke Milford Sound sejauh 289 km atau 3 jam 50 minit. Ye....jarak pemanduan kami di NZ ni memang jauh jauhhhh. Tu yang hingga rasa nak cuti memandu setahun bila balik Malaysia. Kalaulahadapemandukhas๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด


Jalan berliku-liku apabila semakin menghampiri Milford Sound. Terutama selepas terowong. Gaung kiri kanan. Steady steady....2nd experience should be no problem....chill....๐Ÿ˜…


Memasuki terowong jalan sehala..


Kami cuba mengejar cruise jam 11.30 am. Itu yg aku pun memandu ala ala F1 tak sempat nak menghayati keindahan alam langsung. Maaf ya kakak2 yang mengejar dari belakang. Oleh sebab kami beli tiket berkumpulan 9 orang, dapatlah diskaun dari NZD90 ke NZD75 seorang. Aku pun tak pasti tiket mana cruise mana, jadi kami main beli saja.

Cruise biru besar inikah? no no no...

Cruise kecik merah putih ni cruise kami, Mula-mula frust juga. "Alaa...kecik...", reaksi awal aku. Tapi cruise kecil ni lagi seronok rupanya sebab boleh menghampiri waterfall sedekat-dekatnya hingga Noey mandi air sebab mahu mendapatkan pose waterfall yang cantik.

Berjaya mendapatkan tiket jam 11.00 am. Semua bersedia dengan jaket. Lagipun Milford Sound memang sejuk. Beku daku.

Duduk dek belakang supaya boleh ambil gambar dengan cantik dan tempat duduk strategik.

Bukit tidak boleh berubah kedudukan tetapi air terjun boleh rupanya. Puaslah aku dan Noey mencari air terjun 3 tingkat background kami bergambar tahun 2011, tapi tak ada ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Kalau kaya, boleh naik heli. Harga tak tahu.

Sejuk-sejuk macam ni pun ada orang berkayak. Memang kulit biawak sungguh.

Romantik sungguh... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Berbanding cruise yang kami naik tahun 2011, lebih kurang 45 minit sahaja. Tapi cruise kali ini 2 jam!! Ada beza masakah bagi setiap cruise? 2011 tiket kami NZD76 seorang, kami bertiga. 2014, NZD90 tapi dapat diskaun NZD75 seorang sebab kami 9 orang.

Balik dari Milford Sound, singgah Mirror Lakes sekejap. Mataku sudah mengantuk zzzzzzz....







Dua jam atas feri dengan cuaca yang sejuk, perut mula buat lagu heavymetal. Singgah Te Anau dalam perjalanan balik ke Queenstown. Dalam stesyen minyak Te Anau ada jual makanan halal. 2011 kami beli kebab dari orang Turkey. Kali ini Turkey sudah habis tender, kami beli makanan India pula. Ada pelbagai pilihan. Kami main beli saja. Harga pun aku tak ingat untuk catat sebab kebuluran tahap gaban.

Pilihan makanan yang ada, tertulis pada papan tulis. Yang penting, aku mahu makan nasi!

Di sebelah stesyen Mobil ni ada kawasan untuk piknik. Gambar kawasan piknik pun aku lupa ambil sebab dalam kepala aku cuma terbayang nasi nasi nasi panas-panas dalam cuaca yang sejuk-sejuk ni.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Selesai makan, singgah kedai milik Cina Malaysia yang terletak di sebelah stesyen minyak RD Petroleum. Pesan pemilik, jangan sebut perkataan diskaun. Tapi sebut potongan. Dapat potongan harga 5% bagi setiap barangan. Lebih murah dari Rotorua tapi di Queenstown lagi murah dari Te Anau untuk barang tertentu.

Nama kedai Luxmore Souvenirs.

Stesyen RD Petroleum di sebelahnya.

Kami balik semula ke Queenstown dengan perut kenyang dan mata mengantuk. 
Antara pemandangan balik ke Queenstown.....

Tuan-tuan besar dalam perjalanan balik berehat ke istana. Semua kereta berjalan perlahan untuk beri laluan...amboiiii kemain engkau biri2...



Menjelang 8 malam tapi cuaca masih terang.



Adalah juga sekali dua berselisih dengan kereta lain.
Sesungguhnya sesetengah tempat di New Zealand adalah bandar yang sunyi. Sunyi tapi romantik...
Tak adakah bapa-bapa mertua atau mak-mak mertua di sini yang berkenan menjadikan aku menantu....iskkkkk...

8.30 malam macam 5.00 petang....


























No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...