Masuk hari ke-9 kami di bumi kiwi, dan hari ke-3 di selatan NZ. Destinasi hari ini ke Wanaka, tetapi akan singgah Franz Josef. Greymouth kurang tempat menarik jadi kami tidak singgah mana-manapun. Lagipun Greymouth ke Franz Josef lebih kurang 173 km atau 2 jam 11 minit kalau tidak berhenti singgah mana-mana.
Dalam perjalanan nampak papan tanda Lake Mahinapua Scenic Reserve. Singgah sekejap meninjau kawasan apa yang ada di situ. Jalan tidak berturap dan melalui pokok-pokok ala filem seram tapi setelah sampai......subhanallah....terlalu indah.
Yes I know I look fat in this photo. Salahkan baju 2 lapis itu. Ai kan kulit nipis...mana tahan sejuk-sejuk ni.
Banjaran Southern Alps kah itu? Puncak putih bercantum dengan awan.
Tasik Mahinapua yang jernih. Macamana aku boleh ingat nama tasik ni....sebab sebutannya macam mak si Nafwal bila orang sengau yang sebut. Semasa kami singgah, ada ramai pelancong lain juga. Bersusah-payah kami panjat batu supaya latarbelakang gambar tiada orang 'inter-frame'. Lebih kurang setengah jam posing-posing ala retis sambil lihat sorang mat salleh naik kayak, kami teruskan perjalananan.
Kami singgah disini......
di sini......
Dan isi minyak di sini.....
Estima putih menunggu kami dengan setia....sabar ye kakak-kakak..
Sebelum sampai ke Franz Josef.
Gambar-gambar sekitar Bandar Franz Josef.
Sepatutnya bermalam di sini ðŸ˜
Franz Josef sangat cantik dan ada banyak aktiviti menarik. I jelly u pada student i bernama Laila sebab dia berpeluang ikut trip glacier valley walk di sini. Dalam sehari cuma ada dua trip saja, jam 10.15 am dan 2.15 pm. Setiap trip ambil masa lebih kurang 3 jam dengan bayaran NZD75 = RM210. Kami sampai lebih kurang jam 1 pm. Kalau ikut trip 2.15 pm tu, akan keluar lebih kurang jam 5.15 pm, sedangkan Wanaka jauh lagi. Rasa ralat sangat-sangat ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Kami belum cukup kaya untuk sewa heli dan lihat glacier dari atas.....
Tempat kami beli fridge magnet. Agak murah berbanding tempat lain.
Berat hati tinggalkan Franz Josef.....Wanaka menanti....tetiba jiwang karat pulak...
Dari FJG ke Wanaka 286 km atau 3 jam 30 minit.
Wanaka kita jumpa lagi setelah 3 tahun.
The kakaks menginap area bandar. Kami pula lebih kurang 5 km dari bandar. Tapi pemandangan superb! Melompat-lompat ala jakun kami jadinya :) Sewa semalam NZD120 = RM336 di Aspiring Holiday Park & Motel.
Satu bilik aje tapi 1 katil single dan 1 katil queen.
Mulanya kami plan makan malam atau sarapan pagi di luar sambil menikmati pemandangan puncak gunung diliputi salji macam Hazeline Snow. Tapi sebab terlalu sejukkkkkkk, makan sajalah dalam rumah dengan heater.
No comments:
Post a Comment