Sunday 4 January 2015

Day 7 : Wellington - Picton Ferry Inter-Islander - Nelson

Sudah masuk hari terakhir kami di utara New Zealand rupanya. Cikgu ajar Geografi sikit ye. New Zealand terbahagi kepada utara dan selatan. Wellington yang juga ibu negara NZ terletak di utara NZ. Begitu juga Hobbiton Movie Set yang terletak di Matamata, di antara Auckland dan Rotorua.


Utara NZ kami jelajahi selama 7 hari. Sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Auckland dan mengambil kereta sewa ( Day 1 : Trip New Zealand ), kami terus ke Whangarei dan bermalam di sana. Hari ke-2, bertolak ke Cape Reinga, patah balik ke Whangarei dan Auckland, bermalam di Auckland. Hari ke-3 ke Matamata (Hobbiton Movie Set) dan bermalam di Rotorua. Hari ke-4 kami masih di Rotorua, melawat perkampungan Maori dan geothermal. Hari ke-5 ke Waitomo Glowworm Cave dan bergerak ke Taupo dan tidur satu malam. Hari ke-6 memulakan perjalanan ke Wellington dan bermalam satu malam....dan hari ke-7, meninggalkan utara NZ dan menaiki feri menuju ke selatan New Zealand pula....alhamdulillah.
Garisan biru dalam peta di bawah menunjukkan laluan perjalanan kami sejauh 1,069 km selama 7 hari.


Sewaktu check-out, baru aku perasan rupanya ada laundri di Adelaide Motel, Auckland ni. Boleh dikatakan hampir semua tempat penginapan di NZ ada perkhidmatan laundri berbayar guna syiling. Tapi disebabkan kami kurang mahir guna mesin basuh syiling, ada kalanya mesin basuh telan duit syiling kami dan enggan membasuh baju kami. Ermmpp....mesin basuh b***h atau kami yang terlebih pandai.

Noey posing di hadpan laundri berbayar

Teruja meneroka Wellington pula.
Satu masalah di Wellington (walhal bukan aku yang memandu :)  ) ialah memandu. GPS pula kejap kejap 'recalculating.....recalculating'. Bukan pemandu saja yang stress....dengan penumpang-penumpang sekali stress. 

Feri ke selatan berlepas jam 2.30 pm. Penumpang diingatkan agar berada di terminal sejam sebelum itu tetapi memandangkan kami risau trafik sesak, set masa jam 12 pm bergerak ke terminal. Masa singkat untuk menjelajah Wellington jadi kami hanya ke Museum of New Zealand Te Papa Tongarewa, berhadapan dengan Museum Hotel. Parkir pun satu hal juga di sini. Harga berbeza-beza. Kami parkir kereta di Wellington Waterfront Barnett Street Car Park, bersebelahan dengan muzium. Itu sajalah parkir yang paling murah kami jumpa. Tak tahulah kalau ada yang lagi murah.


Menariknya di muzium ini, bayaran masuk hanya dikenakan pada level / pameran tertentu sahaja. Sudah semestinya kami masuk ke tempat yang FOC sahaja :)

Sempat jugalah kami merasa pengalaman gempa bumi di salah satu rumah pameran yang disediakan. Boleh bergambar di dalam muzium, tapi jangan ambil gambar objek secara spesifik.
Noey dengan binatang peliharaannya :)




Keluar dari muzium, kami merayap di sekitar kawasan. Rupanya ada port di belakang muzium. Sambil posing ambil gambar nampak orang naik basikal roda empat.


Cuaca cerah dan langit membiru

Oleh sebab berempat kenalah sewa saiz besar. Setengah jam NZD25 = RM70.


2 orang

4 orang

Co-pilot lagi

Kebetulan Sabtu jadi ada pasar minggu dari jam 10 am - 4 pm.

Tapi kami tak masukpun dalam bangunan jadi tak tahu apa yang ada di dalam.


Ada kelas diving juga


Seniman jalanan


Kawan Noey dan Hanida

Macam muka orang asia


Feri kami :)
Besar u...

Sampai di terminal jam 12.00 tengah hari gara-gara takut jem. Kata petugas terminal, "You're not too early but you're early" :) Kebaikan datang awal, kami dapat barisan hadapan sekali. Parkir kereta dan masuk dalam terminal. Masuk saja dalam terminal, jumpa dengan geng kakak-kakak ini. Dan bermulalah kisah kami berempat + 5 orang kakak ini travel bersama. Kenapa mereka join kami? Panjang kisahnya hehehehehe......


Tiket feri kami sudah beli sehari lebih awal sebaik sahaja sampai di Wellington. Harga feri NZD339 = RM949.20. Boleh beli secara online juga https://www.interislander.co.nz/ . Yang peliknya harga tiket berbeza-beza setiap kali, jadi rajin-rajinlah survey.



Lambat masuk dalam feri. Jadi dapat single seat macam ini sajalah. Kalau masuk awal, boleh berebut seat panjang..boleh baring-baring. 3 jam 45 minit....kebas punggung duduk.
Dalam feri ada panggung wayang, cafe, kedai souvenier dan mini arked untuk main games. Makan fish & chips ajelah untuk alas perut sementara menunggu sampai ke Nelson. Che Hanida rajin masak :D

Cafe 

Antara pilihan tempat duduk yang ada.


Syurga kanakkanak dalam feri ni

Mini taman untuk kanak-kanak

Nurseri bayi pun ada. Tumpang tidur kat dalam best juga ni.

Subhanallah....indahnya pemandangan


Awal perjalanan kami posing sakan di deck hadapan yang penuh dengan orang. Rupanya di bahagian tepi pun ada deck yang tidak begitu ramai orang. Pemandangan cantik ini semasa feri menghampiri Picton.

Rumah yang sunyi
Dari Picton ke Nelson lebih kurang 109 km atau 1 jam 42 minit. Kali ini kami konvoi 2 buah kereta pula. Di Nelson kami menginap di Nikau Apartment, NZD130 = RM364. Walaupun menggunakan GPS, lebih mudah kita gunakan kordinat tempat yang kita tuju. Lebih tepat. Ada kalanya GPS tidak dapat kesan alamat yang kita taip. Jadi, guna kordinat lebih mudah.



Ladang anggur yang belum berbuah.

Tangki proses dan simpan wain.

Menghampiri Nelson


Air laut surut semasa kami sampai. Tetapi sinaran cahaya matahari di celah-celah awan menghasilkan pemandangan yang cantik seperti gambar di atas.

Nikau Apartment lebih kurang 2 km dari bandar. Terletak betul-betul di hadapan Nelson Central School.


Ruang tamu yang luas untuk 4 orang.

Dapur lengkap untuk memasak.
Dua buah bilik dan setiap bilik ada 1 katil queen.























































No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...