Friday, 30 January 2015

Day 11 : Queenstown - Milford Sound - Mirror Lake - Te Anau - Queenstown

Milford Sound antara tempat wajib pergi di South NZ. Teringat pula Nov 2011, lengkap winter jacket, long john, sarung tangan segala naik cruise ni ๐Ÿ˜
Dari Queenstown ke Milford Sound sejauh 289 km atau 3 jam 50 minit. Ye....jarak pemanduan kami di NZ ni memang jauh jauhhhh. Tu yang hingga rasa nak cuti memandu setahun bila balik Malaysia. Kalaulahadapemandukhas๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด


Jalan berliku-liku apabila semakin menghampiri Milford Sound. Terutama selepas terowong. Gaung kiri kanan. Steady steady....2nd experience should be no problem....chill....๐Ÿ˜…


Memasuki terowong jalan sehala..


Kami cuba mengejar cruise jam 11.30 am. Itu yg aku pun memandu ala ala F1 tak sempat nak menghayati keindahan alam langsung. Maaf ya kakak2 yang mengejar dari belakang. Oleh sebab kami beli tiket berkumpulan 9 orang, dapatlah diskaun dari NZD90 ke NZD75 seorang. Aku pun tak pasti tiket mana cruise mana, jadi kami main beli saja.

Cruise biru besar inikah? no no no...

Cruise kecik merah putih ni cruise kami, Mula-mula frust juga. "Alaa...kecik...", reaksi awal aku. Tapi cruise kecil ni lagi seronok rupanya sebab boleh menghampiri waterfall sedekat-dekatnya hingga Noey mandi air sebab mahu mendapatkan pose waterfall yang cantik.

Berjaya mendapatkan tiket jam 11.00 am. Semua bersedia dengan jaket. Lagipun Milford Sound memang sejuk. Beku daku.

Duduk dek belakang supaya boleh ambil gambar dengan cantik dan tempat duduk strategik.

Bukit tidak boleh berubah kedudukan tetapi air terjun boleh rupanya. Puaslah aku dan Noey mencari air terjun 3 tingkat background kami bergambar tahun 2011, tapi tak ada ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Kalau kaya, boleh naik heli. Harga tak tahu.

Sejuk-sejuk macam ni pun ada orang berkayak. Memang kulit biawak sungguh.

Romantik sungguh... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Berbanding cruise yang kami naik tahun 2011, lebih kurang 45 minit sahaja. Tapi cruise kali ini 2 jam!! Ada beza masakah bagi setiap cruise? 2011 tiket kami NZD76 seorang, kami bertiga. 2014, NZD90 tapi dapat diskaun NZD75 seorang sebab kami 9 orang.

Balik dari Milford Sound, singgah Mirror Lakes sekejap. Mataku sudah mengantuk zzzzzzz....







Dua jam atas feri dengan cuaca yang sejuk, perut mula buat lagu heavymetal. Singgah Te Anau dalam perjalanan balik ke Queenstown. Dalam stesyen minyak Te Anau ada jual makanan halal. 2011 kami beli kebab dari orang Turkey. Kali ini Turkey sudah habis tender, kami beli makanan India pula. Ada pelbagai pilihan. Kami main beli saja. Harga pun aku tak ingat untuk catat sebab kebuluran tahap gaban.

Pilihan makanan yang ada, tertulis pada papan tulis. Yang penting, aku mahu makan nasi!

Di sebelah stesyen Mobil ni ada kawasan untuk piknik. Gambar kawasan piknik pun aku lupa ambil sebab dalam kepala aku cuma terbayang nasi nasi nasi panas-panas dalam cuaca yang sejuk-sejuk ni.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Selesai makan, singgah kedai milik Cina Malaysia yang terletak di sebelah stesyen minyak RD Petroleum. Pesan pemilik, jangan sebut perkataan diskaun. Tapi sebut potongan. Dapat potongan harga 5% bagi setiap barangan. Lebih murah dari Rotorua tapi di Queenstown lagi murah dari Te Anau untuk barang tertentu.

Nama kedai Luxmore Souvenirs.

Stesyen RD Petroleum di sebelahnya.

Kami balik semula ke Queenstown dengan perut kenyang dan mata mengantuk. 
Antara pemandangan balik ke Queenstown.....

Tuan-tuan besar dalam perjalanan balik berehat ke istana. Semua kereta berjalan perlahan untuk beri laluan...amboiiii kemain engkau biri2...



Menjelang 8 malam tapi cuaca masih terang.



Adalah juga sekali dua berselisih dengan kereta lain.
Sesungguhnya sesetengah tempat di New Zealand adalah bandar yang sunyi. Sunyi tapi romantik...
Tak adakah bapa-bapa mertua atau mak-mak mertua di sini yang berkenan menjadikan aku menantu....iskkkkk...

8.30 malam macam 5.00 petang....


























Thursday, 22 January 2015

Sambungan Day 10 : Coronet Peak, Queenstown

Semasa mula-mula mencari tempat penginapan, nampak papan tanda Coronet Peak. Selesai check in, makan, urusan laundri etc, kami ke Coronet Peak. Simpang naik ke Coronet Peak lebih kurang 5/6 km. 
Dari simpang untuk naik ke atas, memang agak menggerunkan. Kiri kanan gaung u. Kecut tak kerut perut. Tapi Nafwal kontrol berani berjaya memandu hingga ke atas. Lagi mencabar dari memandu ke Milford Sound!


Kami pun tak tahu apa sebenarnya yang ada di Coronet Peak. Apabila jiran sebelah bilik kata pemandangan dari atas Coronet Peak menakjubkan, kami pegi ajelah.
Rupa-rupanya ini tempat orang main ski. Kami datang musim spring memang sah sahlah tak ada salji. Tapi tak sia-sia kecut perut dalam kereta ke sini sebab pemandangan seolah-olah lukisan.

Gambar tidak diedit. Pemandangan dari tempat letak kereta.
 Pemandangan dari tempat yang sama semasa musim sejuk. Gambar aku cilok dari blog orang hehehe.

Chair lift yang digunakan untuk membawa pemain ski ke puncak. Ditutup semasa kami datang :(
Yang ada cuma extreme mountain bikers. Kuat sungguh kaki mereka ni.

Chair lift semasa musim sejuk.

Turun dari Coronet Peak, kami merayau sekejap di kawasan perumahan yang ada di sekitar.

Kotak pos yang beraneka warna dan bentuk. Comel aje.
Kawasan perumahan di sini rata-ratanya sunyi tidak ada orang berjalan-jalan di luar. Agaknya disebabkan cuaca yang sejuk walaupun pada musim spring, menyebabkan orang lebih suka berada di dalam rumah kot.

Selesai merayap, masa untuk balik ke bilik dan makan dan makan dan makan lagi.





Wednesday, 21 January 2015

Day 10 : Lake Wanaka - Wanaka Lavender Farm - Transport & Toy Museum,Wanaka - Jones Fruit Stall, Cromwell - Shotover Lodge, Queenstown


Bye2 Wanaka. Hajat hati mau juga buat sky diving di sini. Tapi setelah timbang tara fikir itu ini...banyak ke arah takut pula :). Maka ku turut rasa hati.

 Tugas setiap pagi, pack, angkat beg dan susun dalam kereta. Soalan Kak Za, "Muatkah semua beg dalam kereta?". Tengoklah siapa yang susun Kak Za....(puji diri sendiri). Nissan Bluebird muat 2 buah beg 23", satu beg 20", dua begoack, satu baby beg dan dua beg makanan kami. Kena pandai susunlah. Kalau main letak saja, CRV pun tak muat. Beg Noey pula kami letak di tengah-tengah seat belakang.Selesai.....
Pandangan di belakang rumah yg superb. Boleh nampak nun dari kejauhan Tasik Wanaka di celah-celah daun pokok. Backyard ni agak luas. Boleh main kejar-kejar di sini.

Pandangan dari pintu hadapan. Teringin daki bukit hijau coklat ni. Laundri syiling berbayar juga ada di sini.

Bayangkan makan di laman dengan pemandangan seperti ini......
Malangnya cuaca sejuk walaupun spring. 

Singgah di Tasik Wanaka. Crystal clear water.

Love is in the air. Yes I admit it :) 

Wajib ke Tasik Wanaka apabila berada di sini. Banyak burung-burung liar yang jinak di sini. Rahsia untuk mendapatkan gambar secantik ini (perasaan dan perasan), lontar saja roti ke atas dan snap. Tapi jangan bagi banyak sangat. Nanti burung kenyang dan orang lain tak berpeluang :D

I'll miss u Lake Wanaka....Entah berpeluang lagi atau tidak ke sini untuk kali ke-3..

Selesai Lake Wanaka, bergerak ke Wanaka Lavender Farm. Dengan penuh semangat datanglah ke sini. Tapi, bukan musim Lavender berbunga...atau baru lepas dituai untuk diproses?
Tak dapat lavender....daun lavender pun jadilah.
Tempat seluas 10 ekar ini hanya dibuka untuk kunjungan pada bulan November hingga April dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Banyak juga produk berasaskan lavender ada di jual di sini. Ais krim lavender pun ada juga. Lokasi kawasan di 36 Morris Road, lebih kurang 4 km dari Lake Wanaka.



Lebih kurang sejam di Wanaka Lavender Farm, ke Transport & Toy Museum yang dikatakan terbesar di dunia, dan mengumpul beribu-ribu koleksi peribadi yang dikumpul selama 50 tahun! Dari koleksi kereta, kereta bomba, lori, kereta perisai, kapal terbang dan pelbagai jenis kenderaan lagi. Kesemua koleksi ditempatkan dalam beberapa buah bangunan. Panas dan haus....
Muzium ini terletak di sebelah Wanaka Airport lebih kurang 8 km dari dari bandar. Kami dalam perjalanan ke Queenstown melalui Cromwell, dan tempat ini dalam laluan perjalanan kami. Just nice....
Bayaran masuk NZD15 = RM42 untuk orang dewasa.
Bangunan menempatkan pelbagai kenderaan tentera. 

Ahli bomba wanita bertudung pertama di Wanaka.

Memang rare!

Boleh naik tepi tangga dan posing2.

Pameran terbuka dengan pemandangan bukit bukau yang indah.

2km sejam....penat kaki mengayuh...
Lebih kurang dua jam di sini....bye2 Wanaka....

Dalam perjalanan ke Queenstown, singgah sebentar di Cromwell. Sebab di sini ada Jone's Fruit Stall. Tempat yang terkenal dengan buah-buahan. Ada macam-macam jenis buah-buahan segar dan yang telah diproses. Sesiapa yang berhajat beli buah tangan 'dry fruit' bolehlah singgah sini,



Di sebelah orchard ni, ada taman bunga ros. Masuk percuma aje. Singgahlah sekejap mengimbau kenangan 2011 :)


Ada orchard tour juga, tapi bukan musim semasa kami sampai.

Wanaka ke Queenstown tidaklah jauh mana. Tak sampai dua jam pun. Sebab itulah kami boleh singgah sini sana. Uniknya penginapan kami di Queenstown, nunnnnnnn di atas bukit sana. Lebih kurang 6 km dari bandar Queenstown. Mulanya kami sangka GPS silap. Yelah perjalanan mendaki bukit. Tapi indah, indah memang indah.

Check in di Shotover Lodge untuk 2 malam NZD 276 = RM772.80.
Ada satu katil queen dan satu double deck.


Tidak ada dapur dalam bilik. Tapi ada di tingkat 1. Hanida kata ala-ala dapur Master Chief. Alasanlah tu tak nak memasak hehehehehe.


Bilik air mat salleh ni memanglah cantik-cantik semuanya....


Laundry juga ada. Sila sediakan syiling NZD1 dua keping.


Sebelum masukkan syiling, pastikan suis  kat dinding 'on'. Sebab, setiap kali selesai mencuci, suis akan 'off' secara automatik.

Yang terjojol keluar itulah tempat masukkan syiling.

Wanaka ke













Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...