Tuesday, 3 June 2014

Gamcheon Cultural Village dan Busan Tower

Destinasi hari ini ke Gamcheon Cutural Village. Untuk ke sana, kami naik train dan turun di Stesen Toseong (Line 1 aliran Sinpyeong), keluar melalui exit 6, jalan terus hingga ke simpang dan ke kanan. Di sebelah kanan akan jumpa hospital berwarna coklat dan Busan Cancer Centre. Tunggu bas nombor 2 dari peehentian bas hadapan hospital dan terus ke Gamcheon Cultural Village. Jalan menuju ke Gamcheon Cultural Village mendaki bukit dan agak berbelit. Pemandu bas pandu bas ala-ala kat F1 Sepang. Bas akan berhenti di laluan masuk ke Gamcheon Cultural Village, tetapi perlu jalan ke belakang sedikit dan masuk melalui satu lagi laluan di sebelah kedai runcit. Di situ ada Tourist Information Centre dan kita boleh beli peta Gamcheon Cultural Village di situ.

Ahjummah ini sangat peramah dan cuba berkomunikasi dengan kami walau tidak pandai berkomunikasi sepatahpun. Maka jadilah kami seperti ayam dan itik. Yang Nafwal faham, dia kata mata kami cantik hehehe....
Hanida dan bakal mak mertua? ;-)
i

Kawasan ini juga merupakan kawasan perumahan. Oleh itu, di sesetengah tempat ada papan tanda mengingatkan pengunjung agar tidak bising dan tidak mengambil gambar untuk menghormati privasi penghuni.

Masuk sahaja di kawasan ini, kami jumpa pasu bunga yang pakai seluar jeans. Kreatif!

Kalau datang ke sini pada musim panas, ada baiknya kita pakai payung. Tetapi, walaupun musim panas, cuaca agak nyaman.

Cop setem pada peta. Ini room of darkness ke apa ke namanya....lupa pula...

Pemandangan dari atas bumbung. Cantik dan berwarna-warni.

Ini cafe tempat kami minum ice shave dengan harga 3000w satu. Sedap!






Trip seterusnya ke Busan Tower. Untuk ke sini, turun di Stesyen Nampo dan keluar di exit 7. Belok ke kiri sehingga jumpa Gwangbok-ro Street lebih kurang 160 meter di hadapan. Kemudian kita akan nampak escalator di sebelah kanan. Kita perlu naik lif yang berjela-jela tinggi ke atas. Malangnya turun perlu menapak ye. Atas sebab itu perlu pakai kasut yang selesa supaya kaki tak sakit. Rasa kurang rajin pula untuk menaip tentang Busan Tower. Cuma di atas ada Yongdusan Park, kedai tempat membeli souvenier dan kunci-kunci cinta sama seperti di Seoul Tower.





 Fridge magnet berharga dari 3000w dan ke atas.


Macamlah sangat.

Mencari kunci cinta :)


Kanak-kanak ini menegur kami dan cuba berkomunikasi :)





























Monday, 2 June 2014

Taejongdae Tour, Busan

Plan hari kedua di Busan, lawatan ke Taejungdae dengan menaiki Busan City Tour Bus. Bas akan bertolak dari depan Hotel Arirang Busan, berhampiran dengan Busan Station Square. Untuk mencari Hotel Arirang setelah turun dari Busan Subway Line 1, Busan Station....sila keluar dari exit 8, seberang jalan dan akan nampak Hotel Arirang di sebelah kiri. Kami beli T-Money di C U Convenience Store di sebelah Hotel Arirang. T-Money ini seperti kad touch & go. Tetapi boleh digunakan untuk menaiki subway dan juga bas. Kami beli dengan harga 3000w dan isi semula 20000w.

Restoran Samarkand ini kami jumpa secara kebetulan di hadapan tourist information centre. Halal tetapi masih tutup semasa kami lalu di sana.

Busan City Tour Bus akan lalu 75 Square -> Taejongdae Resort Park -> National Maritime Museum (International Cruise Terminal), Namhangdaegyo Bridge -> Songdo Beach -> BIFF Square -> Jagalchi Market dan balik semula ke Stesyen Busan. Perkhidmatan bas bermula dari jam 9.30 pagi dan bas terakhir jam 5 petang (bertolak setiap 30 minit). Jangka masa perjalanan meliputi seluruh destinasi ialah 1 jam 40 minit jika kita tidak turun dimana-mana perhentian.

Kami tidak merancang untuk lalu ke seluruh tempat, sebaliknya kami turun dia Taman Taejongdae.
Taman ini juga agak luas dan kami tidak merancang untuk berhenti di semua tempat. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Dari pintu masuk, perlu menapak untuk ke Stesyen Tren Danubi. Mengah juga weii sebab agak mendaki. Untuk naik tren Danubi ini perlu bayar 1500won untuk sehala sepusingan. Waktu operasi dari 9 pagi hingga 6 petang. Tren ini akan berhenti di beberapa perhentian. Kami turun di Observatory untuk melihat pemandangan sekitar tetapi tidak banyak yang dapat kami lihat sebab dalam proses baikpulih.

Beli tiket tren Danubi di sini, 1500 won.

Kami hanya berjalan kaki sahaja dari Observatory untuk ke perhentian yang seterusnya.
Turun tangga, kami jumpa ini. Tetapi tarikan pemandangan yang amat cantik membuatkan kami turun juga ke bawah.

Nampak lighthouse ini dari atas. Turun atau tidak...turun atau tidak....sebab memikirkan perlu mendaki tangga semula ke atas.




Nampak ahjummah ini sedang membersihkan rumpair dan karang yang baru dikutip.

Ahjummah mengutip rumpair.


Berjaya tiba di bawah.

Pemandangan yang cukup menarik. Sekawan burung sedang mengekori feri ini.














Saturday, 31 May 2014

Trip ke Busan


Korea kami datang lagi :)
Kenapa Korea lagi? Sebab kali pertama kami guna travel agency......x puas! Walaupun servis Apple Vacation sangat superb, tapi masa lawatan untuk setiap tempat sangat terhad. Nasib baik meliputi Nami dan Jeju.
Setelah berjaya membeli tiket ke Busan dengan harga RM1143 untuk 3 orang, kami berlepas dengan penerbangan AA D7 518 jam 1 pagi.

Bumi Busan dari ruang udara.

Kali ini kami melanggan data internet dan no korea untuk memudahkan kami melayari internet. Nafwal yang mencadangkan laman web ini pada kami 

http://koreasimblog.blogspot.kr/

Bayaran langganan bergantung pada sim kad yang kita gunakan. Oleh kerana sim kad aku jenis nano, jadi kena bayar lebih sikit. Untuk sim kad nano dan 1GB data, KW29,900. Masa tukar duit, KW1000 = RM3.17. :'( RM semakin susut nilainya. Pastikan cetak slip atau screen shoot payment history untuk menuntut sim kad dari Premium Travel Center. Kaunter mereka kita boleh nampak sebaik sahaja kita keluar dari balai ketibaan. 
Yeah....dapat nombor Korea.
Seterusnya kami menaiki LRT dari Gimhae International Airport untuk mendaftar masuk di Mr Egg Hostel.

Dari Gimhae Airport, kami turun di Sasang dan berpindah ke LINE 2 untuk ke arah Jangsan.  Kemudian, turun di Haeundae dan keluar di Exit 3.

Sebaik sahaja keluar dari Exit 3, jalan lurus ke hadapan lebih kurang seminit hingga nampak NongHyup (NH-Bank).

Belok kiri dan jalan lurus lebih kurang 10 saat dan akan nampak Mr Egg Hostel di sebelah kiri.
Tapi pintu masuknya bukan di hadapan, sebaliknya masuk ke lorong kiri seperti gambar kedai di bawah.


Tekan kod masuk pada pintu (dimaklumkan melalui emel) dan taadda....


Grafitti yang cantik di dinding hostel.
Tingkap comel tepi dapur yang juga comel.


Bilik yang sesuai untuk dua orang tetamu tetapi sempit untuk kami bertiga.

Dapur comel ini terletak di luar bilik. Ada water dispenser, microwave dan dapur memasak. Telur, susu, roti dan jem disediakan secara percuma.  Tetapi kami hanya memerlukan microwave dan water dispenser itu sahaja. Inilah penginapan kami selama 3 hari 2 malam sebelum bertolak ke Seoul. Walaupun mendaftar masuk selepas pukul 2 petang, tapi kami dibenarkan meletak beg dahulu. Kami tiba seawal jam 10 pagi di sana!



















Tuesday, 8 April 2014

Hotel Prince Hakone

Agak susah untuk membuat pilihan tempat penginapan di Hakone sebab kami mahu tempat penginapan yang mempunyai pemandangan yang cantik. Kalau boleh, berlatarbelakang Gunung Fuji. Explore punya explore dan survey punya survey, akhirnya kami pilih Hotel Prince Hakone. Satu bilik utk 4 orang dan satu bilik lagi utk 2 orang. Kos yang perlu dibayar 37,450 yen untuk kedua-dua bilik. Hotel cantik dan luas. Di tepi Tasik Ashi dan ofuro percuma. Cuma kami saja yang tidak tergamak untuk mencuba ofuro :)

Bilik cantik dan luas tapi tidak ada wifi di dalam bilik. Sebaliknya, wifi hanya ada di lobi hotel. Setiap penghuni akan diberi ID pengguna dan kata laluan masing-masing. Ada banyak sofa yang selesa disediakan di lobi hotel. Malahan ada pc yang boleh digunakan secara percuma.


Sekitar bilik kami yang boleh memuatkan 4 orang tetamu. 
Aku tak menjengah pun Tasik Ashi di luar. Sebab........sejukkkkk sangat dengan angin yg bertiup.

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...