Thursday, 9 June 2016

Krabi Hari Pertama


Krabi? Pantai? Snorkeling? Not so me... :D
Tapi aku ikut sajalah kehendak Mr S yg suka pantai dan snorkeling ni. Aku? Berenang pun tak lepas lagi.

Tak banyak research yg aku buat tentang Krabi. Fokus lebih kepada percutian Dec nanti. Lagipun, banyak info tentang Krabi sudah dikongsi oleh bloggers. Cerita aku tentang Krabi tak adalah istimewa mana, cuma sekadar coretan kenangan untuk hari tua (Insha-Allah) nanti :D
Tiket Krabi aku beli pada bulan Jan dengan harga RM364.04 melalui Air Asia Go, sekali dengan penginapan di Ao Nang Orchid Resort RM354.96 selama 5 hari 4 malam. Total RM719 seorang. Aku pilih kawasan Ao Nang sebab ramai bloggers cadangkan Ao Nang yg lagi happening berbanding Krabi.

Waktu Krabi berbeza sejam berbanding Malaysia. Perkara utama yg mesti dibuat sebaik sahaja melepasi immigresen dan kastam semestinya cari prepaid internet data di lapangan terbang. Walhal ada aje wifi percuma di hotel. Ada 3 pilihan i.e :

1. Ais: One-2-call : coverage paling luas dan laju.

2. True Move : Pilihan yg baik untuk bandar seperti Bangkok tetapi seems to lose coverage di kawasan luar bandar.

3. DTAC : ada yang kata data speed sama seperti Ais. Tetapi ada juga review yang kata elakkan guna SIM card ni.

Jadi, pilihan di tangan masing-masing. Masa aku beli sim card ni, harga pun berbeza. Ais yang paling murah. 1- 7 hari 100 Bath berbanding yg lain 120 Bath untuk penggunaan 5 hari.


Selesai sim card, pengangkutan ke airport pula. Paling murah semestinya bas, 150 bath seorang, teksi 600 Bath dan van 1050 Bath boleh naik hingga 10 orang. Mula-mula tu nak naik bas, tapi setelah baca blog yg mengatakan mereka sampai ke Ao Nang setelah dua jam perjalanan....nehi nehi jawabnya. Bayar 600 Bath untuk naik teksi tetapi kami dapat van hehehehe.

Dalam perjalanan, pemandu berhenti untuk cop kupon teksi katanya. Kemudian datang seorang perempuan bertanya aktiviti kami untuk esok...hehehehe...jangan cuba-cuba nak tipu kami ye. Nasib baik ada seorang blogger berkongsi cerita dalam blog beliau tentang kes macam ini. Mereka akan offer untuk kita ambil pakej ke pulau....tetapi dengan harga yang lebih mahal berbanding pakej yang banyak ditawarkan sekitar Ao Nang. Akupun dengan muka confident beritahu konon-kononnya aku sudah ambil pakej melalui online. Kehkehkehkeh...

Perjalanan ke Ao Nang Orchid Resort lebih kurang 30 - 40 minit. Penyambut tetamu agak kurang mesra alam. 

Paling sakit hati dengan katil. Dua single bed dicantum menjadi satu. Jadi ada ruang di tengah-tengah tilam.

Bilik air agak luas.

Inipun satu hal juga. Sabun, shower cream, shampoo dan conditioner TIDAK diganti/isi semula walaupun sudah habis. Terpaksa turun dan ambil sendiri dari kaunter.

Paket gula dari hari pertama hingga hari terakhir, semuanya ada semut. Jadi, berhati-hati kalau menginap di sini.

Balkoni agak luas. Boleh jemur swimming suit yang basah.

Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ada pasar malam di Pekan Krabi. Boleh pilih samaada mahu sewa motor, naik tuk-tuk, bas atau sungthaew. Tuk-tuk agak mahal 500 Bath untuk perjalanan sehala. Jadi kami naik sungthaew (warna putih) 60 bath seorang. Kami belum ada duit kecik jadi aku bagi note 200 bath untuk dua orang. Pemandu pula tak ada duit baki. Jadi untuk dua orang kami cuma perlu bayar 100 bath. Mat salleh pun naik sungthaew juga ke pasar malam. Senang saja cari sungthaew ni..keluar saja ke jalan utama, kalau dengar bunyi hon bertalu-talu...itulah sungthaew. Tahan saja, beritahu hala tuju dan naik.

Naik yang warna putih saja untuk ke pasar malam Krabi. Dari Krabi untuk balik ke Ao Nang, ada sungthaew selang 15 minit. Kami minta pemandu tunjuk tempat untuk menunggu nanti.

Kesilapan pertama......kami datang terlalu awal. banyak gerai belum dibuka. Kesilapan kedua....aku lupa bawa payung. Hujan mula turun dengan lebatnya. Nasib baik ada banyak baju hujan dijual.30 bath. Lebih labuh dan lengan panjang. Tidak seperti yang dijual di 7-E kita.

Phad Thai...kali pertama cuba. Harga 80 bath.


Dalam blog yang aku baca, ramai kata lebih murah beli souvenier dan t-shirt di Pekan Krabi berbanding Ao Nang. Akupun belilah fridge magnet untuk kawan-kawan rapat di sini. 100 bath untuk 5 fridge magnet.

Nampak lampu traffik yang unik ni. Hanya ada di Pekan Krabi :D

Balik Ao Nang..cari penkek yang popular itu dan pakej pulau untuk esoknya.










No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...