Wednesday 17 December 2014

Day 3 : Auckland - Hobbiton Movie Set, Matamata - Skyline Luge, Rotorua

lSelepas bersarapan ala kadar (Kiwi International Hotel tidak ada dapur huhuhu) daftar keluar dan terus ke Dove Myer Robinson Park lihat bunga ros berkembangan. Hehehe jakun je rasa sebab pertama kali dapt lihat bunga-bunga ros berkembangan macam ni. Tempat ini berhadapan dengan Hotel Auckland Rose Park. Masuk ke dalam ini percuma sahaja tanpa bayaran masuk. Cuma untuk meletakkan kereta yang kami ragu-ragu sedikit. Akhirnya, parkir sajalah tepi jalan macam kereta-kereta yang lain.


Tower yang boleh nampak sipi-sipi....itulah Auckland Tower.
Saya bukan pencinta bunga. Tetapi bila lihat bunga ros mekar berkembangan macam ni.....geram je rasa.

Posing ala-ala gadis dan bunga tatkala pekerja mat salleh sibuk menyiram baja dan membersihkan kawasan :)

Setelah lebih kurang setengah jam posing ala-ala perasan model di sini kami meneruskan perjalanan ke Matamata. Perjalanan sejauh 160 km atau lebih kurang 2 jam memandu.

Matamata antara tempat wajib kami pergi sebab di sinilah lokasi penggambaran Lord of The Ring dan The Hobbit. Kami sampai lagi 15 minit sebelum jam 12 pm jadi sempatlah ambil tour jam 12 pm. Sebelum datang, lebih baik cek masa tour sebab kalau terlepas, kena datang esok pula. Tiket untuk setiap seorang NZD75 = RM210 (ikut currency exchange masa tukar duit). Masuk ke sini bukan sesuka hati tapi ikut guided tour. Masa lawatan lebih kurang 2 jam.
Rasa teruja sangat dapat datang ke sini. Selepas beli tiket dengan gembiranya kami tunggu bas yang akan bawa kami ke Hobbiton Movie Set. Sempat kutuk Nafwal sebab baju dia lebih kurang sama dengan pekerja di situ hehehe. Naik bas lebih kurang 10 - 15 minit untuk sampai ke tapak set. Dalam perjalanan dapat lihat biri-biri merata-rata tempat secara dekat. Nampak je comel tapi bau kambing :)

Setiap hobbit hole ada kisah dan cerita masing-masing. Menurut Simon, orang yang datang untuk screen test jadi hobbit mempunyai ketinggian 150 cm ke bawah. Kamilah tu...hehehe

Simon tour guide kami sangat informative. Dia ceritakan setiap kisah di sebalik setiap lokasi. Baju yang Nafwal pakai hari ni ala-ala baju Simon ni lah.

Samakan....samakan....
Nafwal dan rakan-rakan sekerjanya....



Akhir sekali kami dapat minuman percuma di Green Dragon Inn. No alcohol okey....Ginger Ale..Rasa macam halia yg ada gas.

Padang rumput hijau yang ada biri-biri ni di sebelah parkir kereta. Comel je..
Selesai Hobbiton, bergerak ke Rotorua pula untuk dua malam sebab kami ada banyak aktiviti di sana. Matamata ke Rotorua dekat saja dalam 68.6 km atau sejam memandu.

Sampai Rotorua dalam jam 4 petang. Sempat lagi untuk bersukaria naik gondola dan luge di Skyline Rotorua. Nafwal dah beli online siap-siap tiket gondola jadi kami berlenggang kangkung saja ke sini. Ada banyak pilihan tiket dan setelah mesyuarat tingkap, Nafwal beli tiket berharga NZD45 = RM126 setiap sorang. Berapa total perbelanjaan kami selama di sini?Akan kongsi di akhir blog NZ sebagai panduan sesiapa yang berminat untuk ke bumi kiwi ni.


Noey control ayu...padahal gayat...peace yo!
Untuk main luge, mula-mula kena naik gondola dulu ke atas. Kemudian, pergi ke kawasan luge sebab di atas ada banyak aktiviti. Bungee jumping pun ada. Pilih helmet ikut saiz kepala masing-masing dan pakai. Di Rotorua ada 3 pilihan laluan luge. Beginner, intermediate (ditutup untuk penyelenggaraan masa kami datang) dan advance. Oleh sebab kami budak baru belajar, pilihlah beginner. Laluan luge Rotorua sangat panjannnngggg dan triple panjang dari laluan luge Singapore. Lepas tu, kasar pula. Sakit punggungku :)
Tapi menyeronokkan. Kali ke-3 teringin lalu jalan advance tapi kurang keberanian. Ada laluan untuk mountain bike juga. Hebat.
Selepas sampai ke bawah, kita perlu naik chair-lift ini untuk main luge semula. Kiranya 2 kali kami naik chair lift ni. Perasaan...ada sedikit gerun tapi buat bodoh ajelah....maintain berani konon.

Selesai luge, kami jalan kaki saja ke Fresho yang terletak di seberang jalan. Hanida beli sayur dan telur untuk lauk makan malam kami. Noey pula beli kiwi dan kami menumpang makan.

Selesai semua urusan beli belah, daftar masuk di Braeside Resort, Rotorua. Lokasi resort ni betul-betul di seberang jalan Rotorua Skyline. Ada wifi percuma dan laju. Sewa NZD294 = RM823.20 untuk dua malam.

Pandangan hadapan bilik kami. Ada laundri berbayar pakai syiling, mini golf, cafe dan kolam ikan yang ada itik jinak.

Itik-itik jinak di belakang resort. Aman damai aje tempat ni. Rasa nak tinggal terus kat sini :D

Posing sakan tapi itik dah lari sebab kami tak bagi makanan.

Ruang tamu yang selesa. Malam sangat sejuk jadi kami pasang heater.
 Fully equipped kitchenete. Boleh masak-masak dengan senang.

Satu bilik disumbat dua katil queen. Cantik tapi agak sesak sikit setelah kami masukkan beg pakaian. Ruang untuk solat pun susah. Nasib baik kami semua bersaiz comel. Bolehlah solat di antara dua katil ni.

Bilik air mat salleh ni semuanya bersih dan selesa. Suka sangatlah. Teringin pula buat set basin macam dalam gambar ni. Tempat jemur towel ni pun heater juga rupanya. Switch on suis dan kita akan dapat towel yg suam-suam gitu. Sedap je lap badan selepas mandi dalam cuaca sejuk.

Tempat bersiram.





























No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...