Thursday 11 December 2014

Day 2 : Whangarei - Cape Reinga - Te Paki Sand Dunes - 90 Miles Beach - Auckland

Yeahhhh.....tiba masa untuk menjelajah North New Zealand, bermula dengan Whangarei ke Cape Reinga. Cape Reinga merupakan peghujung jalan di utara NZ. Bermakna kami di penghujung utara NZ.....alhamdulillah.Selepas bersarapan yang dimasak oleh Che Nida...makasih ye :) kami check-out dari Kensington Motel, Whangarei. Perjalanan sejauh 275 km mengambil masa 3 jam 29 minit. Pemandu pertama bertugas hari ini.....Nafwal.


Kalau ikut plan asal, kami tidak merancang ke sini. Tapi bila Azrin kata kami boleh main surfing board pasir dan lihat pertembungan dua laut.....kenapa tidak..kan...
GPS tidak boleh kesan Te Paki Sand Dunes, jadi kami cari papan tanda ke Kaitaia dan Cape Reinga.




Kenyang perut senang hati :)

Laluan perjalanan selepas Kaitaia ke Cape Reinga agak berliku-liku. Masa untuk Nafwal menguji skill pemanduan F1.

Menghampiri Te Paki, hujan mula turun dan jalan mula berkabus. Jadi kami teruskan perjalanan ke rumah api Cape Reinga dahulu. Jarak penglihatan terhad disebabkan kabus. Brrrrrrrr....sejuk..

Pada mulanya tak nampak pertembungan dua air laut disebabkan kabus. Bersabar menunggu hingga kabus hilang

Kabus menipis dan boleh nampak birunya air laut dan pertembungan Laut Tasman dan Laut Pasifik.

Mengikut kepercayaan orang-orang Maori, spirit orang yang telah mati akan pergi ke sini dan berkumpul di pokok pohutukawa yang berusia 800 tahun sebelum masuk ke dalam laut. Aku pun kurang pasti pokok yang mana satu...mungkinkah pokok dalam gambar ini.....

Selesai menikmati cuaca sejuk dan angin laut yang nyaman, kami meneruskan perjalanan ke Great Sand Dunes Te Paki untuk main pasir. Percuma, cuma kita perlu sewa papan luncur. Ada beberapa tempat sewa, yang paling mudah sewa saja dari pak cik mat salleh lori di tepi Sand Dunes ni. Satu papan luncur NZD15. Jadi 4 papan luncur NZD60. Tapi pakcik mat salleh ini murah hati beri diskaun. Jadi kami perlu bayar NZD50 sahaja untuk 4 papan luncur. Mengikut nasihat pak cik, kami bawa 1 kamera sahaja dan tinggalkan kasut dan kamera yang lain pada pakcik mat salleh.
Bukit pasir paling tinggi. Nampak rendah sahajakan. Tapi, cuba lihat di sebelah kiri gambar dan lihat saiz orang yang sebesar kuman itu. Tinggi ke tak tinggi. Kami tak mampu naik bukit pasir yang paling tinggi itu. Jadi kami mulakan dengan yang paling rendah dulu. Agak takut juga sebab takut tak boleh imbangkan badan dan tergolek dog nanti.

Buka kasut dulu ye sebab kita perlu lalu di kawasan berair ini dulu.

Bukit pasir kedua tertinggi. Gigih ni cuba memanjat walau separuh sahaja. Jadilah.....untuk 15 saat thrilling meluncur ke bawah. Kena meniarap sebenarnya supaya seimbang. Tapi tak sudi pula rasanya nak makan pasir di Sand Dunes ni.

Ke tepi..ke tepi...saya sudah bersedia untuk meluncur. Main tipu sebab aku guna kaki untuk brek. Curam weiii..lebih kurang 45 degrees kot.

Laluan paling mudah...hehehehe...Gambar setelah sampai ke bawah.

Ada dua jenis. Paling mudah warna biru. Warna merah agak sukar untuk seimbangkan badan dan kita boleh terbalik.

Selesai Te Paki Sand Dunes dan matahari mula memancar tinggi, kami meneruskan perjalanan. Singgah di 90 Miles Beach sekejap. Mengikut papan tanda, tempat ini 10 km ke dalam dari jalan utama. Separuh jalan berturap dan selebihnya jalan berbatu. Berhati-hati sebab batu mudah melayang dan memecahkan cermin kereta. Agak menyeramkan sebab pokok-pokok di sini warna kecoklatan macam pokok mati. Terasa seolah-olah macam dalam episod cerita seram pembunuhan dalam filem mat salleh tu...ada -ada aje imaginasi yang karut-marut hehehe.


Namanya 90 Miles Beach tapi sebenarnya cuma 88 km panjang. Pada dasarnya, ini highway tapi cuma boleh dilalui oleh kereta 4WD dan pada masa yang tertentu sahaja. Company kereta sewa tidak akan membenarkan kereta mereka digunakan pada jalan berpasir, sebenarnya atas alasan keselamatan. Rasa agak berat untuk meninggalkan pantai ini. Angin sejuk bertiup, cuaca cerah dan ada banyak burung seagull. Tapi kekangan masa dan kami perlu meneruskan perjalanan yang masih jauh ke Auckland.

Dari Cape Reinga tadi, aku ambil alih tugas memandu. Ke Auckland sejauh 421 km ata5 jam 34 minit memandu. Pemandangan cantik dan cuaca sejuk menyebabkan kawan-kawanku terlelap seorang demi seorang. Mata rasa mengantuk tetapi aku rasa masih mampu memandu hingga ke Auckland. Natijahnya, aku terlelap beberapa saat semasa memandu. Alhamdulillah, umur kami masih panjang dan masih dijaga oleh Allah SWT. Aku terjaga apabila dihon oleh kereta yang lalu dari jalan bertentangan. Fresh serta-merta mataku. Patutlah kita dinasihatkan agar berehat jika mengantuk sebab bila badan letih, kita boleh terlelap tanpa disedari.

Selamat tiba di Auckland dan kami check-in di Kiwi International Hotel, Auckland. Hotel termurah yang kami dapat di kawasan ini. Lokasi yang sangat strategik kerana bersebelahan dengan Queen Street. Kawasan membeli-belah paling popular di Auckland. Walhal kami tak sempat pun shopping sebab tiba malam dan check-out awal pagi.

Ada dua katil single, satu katil queen dan microwave. Bolehlah untuk tidur satu malam. Dari sini boleh nampak Auckland Tower dengan jelas.




















No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...