Hari keempat dan kami masih di Rotorua. Antara banyak-banyak tempat di NZ, minyak paling murah kami dapat di sinilah. NZD1.99. Berbanding tempat lain yang lebih dari NZD2. Konsep memandu di sini, isi minyak penuh-penuh sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. Sebab kita tidak tahu bila kita akan jumpa stesyen minyak lagi. Tambahan pula, sesetengah pekan koboi tidak ada pun stesyen minyak.
Ada di NZ tapi tidak melawat dan melihat sendiri budaya dan cara hidup orang Maori..apalah maknanyakan. Di Rotorua ada banyak perkampungan Maori. Pilih saja pakej yang kita mahu. Yang mahal, yang murah, yang mewah.....ikut citarasa masing-masing. Atau kalau kurang berminat untuk melihat sendiri budaya hidup mereka, pasang sajalah TV. Ada saluran khas untuk orang Maori ni.
Kami ke Whakarewarewa the Living Thermal Village. Dibuka setiap hari dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm. Krismas ditutuplah. Bayaran masuk pun pelbagai sebab ada pakej makanan tradisional Maori sekali. Salah satu pakej makanan yang ditawarkan, jagung yang dimasak guna mineral pool. Entah kenapa kami tak teringinkan pun merasa jagung manis ni. Harga tiket kami NZD35 = RM98.
Ada tour guide yang menunggu di hadapan pintu masuk. Knowledgeable dan begitu ceria menceritakan asal-usul dan sejarah kampung. Sememangnya meraka amat berbangga dengan sulur-galur nenek moyang mereka dan mereka memandang tinggi pada kaum wanita!!
Guided tour ok...bukan sesuka hati saja masuk kampung orang.
'Highlight' lawatan kami semestinya tarian haka. Seronok je lihat dan dengar persembahan haka yang bersemangat walau sepatah haram pun aku tak faham apa maksudnya.
Boleh ambil gambar dengan percuma selepas tamat persembahan tetapi perlu cepat sebab mereka mengejar masa untuk kumpulan pelawat seterusnya. Persembahan kebudayaan diadakan hanya dua kali sehari iaitu jam 11 pm dan 2 pm. Selesai persembahan kebudayaan, kita boleh melawat ke seluruh perkampungan ini kecuali dalam rumah merekalah.
Bau sulfur di merata-rata tempat. Ramai yang kata busuk. Tapi aku rasa ok saja...agaknya bau sulfur di Poring Hot Spring lagi kuat kot.
Geo thermal yang masih aktif. Tour guide akan beri penerangan tentang setiap tempat yang ada di sini.
Antara rumah kediaman orang-orang Maori.
Wanita Maori dalam pakaian harian...pink gitu...
Boleh cari souvenier juga di sini. Fridge magnet, key chain...pilihlah apa-apa yang dirasakan unik. Tapi agak mahal selepas 'convert'.
Destinasi seterusnya Wai-o-Tapu Thermal Wonderland, geothermal yang paling berwarna warni dan ada letusan geyser hingga setingga 20 meter. Malangnya, Lady Knox Geyser hanya meletus sekali sehari sahaja iaitu jam 10.15 am. Jadi kami sudah terlepas :(
Tiket masuk NZD32.50 = RM91.
Cuaca panas semasa kami datang dan tidak ada seorangpun yang bawa air. Botol mineral semua kami tinggalkan dalam kereta bagi kereta yang minum. Tetapi tetap gigih mahu meneroka hutan semula jadi yang ada di dalam. Ada 3 laluan dan kami pilih Wal 1, 2 & 3 (3 km).
Di belakang kami geyser warna warni tapi hanya boleh nampak dari atas.
Ada berani mau sentuh?
Ada titi yang disediakan dan kita boleh lalu di atasnya. Tapi tidak ada pengadang tangan.
Kami menghampiri kawasan thermal. Bila angin bertiup.....inilah jadinya. Mari..mari...kita steam muka ramai-ramai.
Antara hutan semula jadi yang ada. Nampak creepy...wuuuuuuuuuu (Hanya Che Nida yang boleh buat sound effect ini dengan betul).
Calon-calon Ratu Tarzan dari Malaysia. Tapi, kami terkejut jugalah bila tiba-tiba ada bunyi angin yang lalu celah-celah pokok.
Bentuk muka bumi yang pelbagai. Patutlah New Zealand antara negara yang mempunyai bentuk muka bumi yang cantik. Biarpun ada yang kata ini negara sunyi. Mahu kehidupan kota......pergilah Eropah. Jangan pergi New Zealand. Pencinta alam semula jadi?Datang ke sini dan nikmati bumi ciptaan Allah ini.
Ini lokasi yang paling hujung rasanya kami lalu. Masing-masing tekun ambil gambar kolam air panas yang berwarna biru?hijau?kelabu?Entahlah...pelbagai warna..
Selesai menghauskan dan memenatkan diri, kami balik ke bandar Rotorua. Tapi tidak berkesempatan ke tasik sebab masing-masing lapar dan tidak sabar untuk balik ke bilik selepas membeli belah. Ya, kami beli sedikit souvenier di sini. Tapi, souvenier paling murah ialah di Queenstown. Kami sudah pergi ke hujung utara hingga ke hujung selatan NZ. Queenstown memberikan tawaran harga paling murah untuk souvenier. Tak percaya?Tanya Noey. Benda yang sama dia beli di Rotorua, dia boleh dapat 2 di Queenstown :)
No comments:
Post a Comment