Tuesday 23 December 2014

Day 5 : Agrodome, Rotorua - Waitomo Glowworm Cave - Taupo

Hari terakhir di Rotorua. Selepas daftar keluar, kami singgah di Agrodome sebelum meneruskan perjalanan ke Waitomo. Pada mulanya, rasa kurang berminat untuk datang ke sini. Ingatkan sama saja dengan pertunjukan binatang yang biasa dilihat sebelum ini. Tetapi, di Agrodome kita bukan setakat melihat pertunjukan binatang. Tetapi juga 'bonding' antara binatang dan peladang. Terutamanya antara biri-biri dan anjing pengawal. Bagaimana anjing-anjing ini dilatih untuk mengawasi dan mengumpulkan biri-biri ini untuk masuk ke dalam kandang. 
Kami sampai awal sebelum jam persembahan pertama jam 9.30 am. Jadi pengunjung belum ramai dan kami dapat memilih tempat duduk dengan selesa.


Pandangan hadapan bangunan Agrodome

Kami beli tiket untuk farm show sahaja, NZD32.50 = RM91.

Unik...kereta pembajak digunakan untuk menarik kenderaan untuk farm tour.
Semasa mula-mula masuk, tak ramai pengunjung. Jadi kami dengan bergayanya memilih tempat duduk yang sesuai. Datang awal dan masuk awal. Kalau tidak, datang saja bas pelancong, berbondong-bondong pelancong lain yang berbadan besar...alamatnya dapat ambil gambar kepala orang sajalah.
Kerusi kayu ni cantik kalau letak depan balkoni rumah :)



Biri-biri pertama yang dibawa masuk biri-biri Merino. Besar gedabak.

Pertunjukan kelincahan anjing yang digunakan untuk membantu peladang menjaga dan mengawal anjing biri-biri.

Pertunjukan mencukur bulu biri-biri. Tak sampai lima minit......siap....
Ada teknik rupanya untuk memegang biri-biri supaya tidak meronta-ronta semasa dicukur.

3 pengunjung bertuah yang berpeluang menyusukan anak biri-biri.


Sebelum keluar, kami berpeluang melihat bagaimana anjing mengumpulkan biri-biri untuk dimasukkan ke dalam kandang di luar bangunan Agrodome. Cerdik sungguh.


Dari Agrodome ke Waitomo Glow Worm Cave sejauh 139 km atau 1 jam 50 minit. Nafwal teringin melihat cacing bercahaya yang menurut katanya hanya di Waitomo sahaja boleh dilihat pada waktu siang. 
Kami berhenti di sini, rupa-rupanya salah tempat :)
Tempat yang kami mahu pegi itu lagi 400 meter ke hadapan.

Bangunan yang sebenar untuk beli tiket. Cantik ala-ala futuristik tapi dari kayu.

Beli tiket di sini.

Ada pelbagai pilihan samaada individual atau tiket kombo untuk menjelajah beberapa gua. Kami hanya ke Waitomo Glowworm caves sahaja. NZD49 = RM137.20. Kami perlu berkumpul di depan pintu masuk bersama kumpulan pelancong lain. Sebelum naik perahu, kami dibawa masuk ke dalam gua dan diberi penerangan tentang sejarah gua. Sangat sejuk di dalamnya. Nasib baik bawa sweater.


Malangnya malangnya, kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam gua :(
Sebagai gambaran kasar, apa yang kita boleh lihat di dalam gua yang gelap itu ialah tali pendek bercahaya bergantungan di dinding dan siling gua sambil kita duduk di dalam perahu yang bergerak dengan menggunakan tali yang direntang di atas yang ditarik oleh pemandu pelancong. Dan tidak dibenarkan berbuat bising.

Gambar ini diambil dari pintu luar gua dimana kami diturunkan setelah selesai. Dalam perahu itu, pelancong dari Jepun dan jurubahasa mereka. Menyakitkan hati....mereka boleh berbual dan mengambil gambar!!!!

Jeti untuk menurunkan pengunjung.

Untuk kembali semula ke pintu hadapan, kita akan melalui hutan semula jadi ini. Kami singgah sebentar di kedai souvenier.


Dalam perjalanan, kami jumpa kedai ini. Teringin makan aiskrim buah, kami singgah sebentar.

Yummy yummy aiskrim. Setelah convert, lebih kurang RM15. Aiskrim penuh hingga ke dasar kon. Tak larat pula untuk habiskan.

Meneruskan perjalanan ke Taupo. GPS yang kejam membawa kami melalui jalan yang jauh melalui Arapuni Road dan Street Highway 1 sejauh 174 km atau 2 jam 9 minit. Sedangkan ada laluan lain yang lebih dekat melalui Street Highway 30 sejauh 149 km atau 1 jam 50 minit....aishhhh....Rugi 20 minit atau 25 km.
Taupo terkenal dengan Tasik Taupo, tasik yang terbesar di New Zealand dan dikatakan lebih besar dari Singapore. Semasa menghampiri Taupo, nampak asap berkepul-kepul. Rupanya itu asap dari geothermal, sama seperti di Rotorua.


Kami sampai menjelang petang. Cuaca sejuk, rasa nak terkucil, lapar dan kedai pun tutup jam 5 pm, jadi kami terus ke tempat menginap.


Tempat bermalam di Taupo, Adelphi Motel yang terletak lebih kuran 400 meter dari Tasik Taupo.
 Sewa semalam NZD140 = RM392 .
Rata-rata tempat penginapan ada laundri berbayar. Antara rajin dengan tidak saja nak menunggu siap. Setelah masuk bilik, graviti katil sangat kuat untuk bergolek-golek di atasnya disebabkan cuaca yang sejuk.


Katil queen di ruang tamu.

Dua katil single dalam bilik.
Almari dalam bilik.

Kitchenette lengkap untuk masak-masak.

Selesai Che Nida masak, kami lepak di sini sambil tengok TV....ke...terus masuk bawah selimut?










































No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...