Thursday, 6 November 2014

Hotel Mandarin Orchard, Singapore

Tempah melalui laman web hotel ini.....penuh.....
Hotel itu....penuh...sana....penuh....sini....penuh....
Sangat susah untuk tempah hotel semasa musim perayaan...
Alternatif terakhir.... Booking.com...... phewwwww.....
Kalau tak.....tidur semejid lah kami....

Hotel Mandarin Orchard..memang cukup strategik dan selesa. Ada 2 stesen MRT berdekatan, St Somerset dan St Orchard. Paling best, lokasinya betul-betul di sebelah Takashimaya. Jalan lebih kurang 200 meter lagi dari Takashimaya, ION shopping Complex. Pendek kata kiri kanan belakang depan...shopping complexes (walau daku hanya beli tingkap saja).

Bilik air luas yang dilengkapi dengan toiletries


Ada dua, tak perlu berebut berus gigi dengan Harisya

Dua beradik seiya sekata walau sering bercakaran

Tv best tapi tak banyak channel

:) :) :) :) :) 





Wednesday, 5 November 2014

Restoran Seafood di Senibong, Johor Bahru

Cuti Deepavali kali ini sangat panjang....5 hari tuuuu....dan yang paling seronok, abang aku yg handsome itu ajak ke bumi Temasik. Kiranya macam percutian yang ditaja gitu :)
Tapi sebelum itu, singgah makan malam dulu di Senibong Seafood Johor Bahru. Tempat yang terkenal di JB dengan makanan laut.

Dari JB ke Senibong lebih kurang 15 minit saja. Guna saja GPS dan taip Senibong Seafood Village atau kordinasinya 1.485069,103.817196 
Kalau tidak ada GPS, boleh ikut jalan lama atau melalui lebuhraya bertingkat. Paling mudah, ikut saja Lebuhraya EDL yang bermula dari CIQ Kastam JB tu. Kemudian ambil persimpangan Permas Jaya semasa berada di atas EDL. Akan sampai di satu persimpangan yang di sebelah kiri ada Jusco Aeon Permas Jaya. Belok kanan (lihat signboard Kg Senibong) dan jalan terus. Ikut saja signboard itu hinggalah kita sampai ke kawasan pantai. Ada lebih kurang 5 - 6 buah restoran seafood di situ. Tempat letak kereta bukan percuma....sila bayar RM2.00 ok..
Oleh sebab restoran ini terletak di kawasan perkampungan, maka ada surau kuning di situ utk kemudahan beribadat. Restoran di sini beroperasi dari jam 4.00 petang hingga 1.30 pagi.

p/s: abaikan tarikh gambar yg terlewat sehari 😁

Kami pilih restoran paling hadapan....perut sudah berdondang sayang.

Pilihan pelbagai ketam bersaiz besar

Ikan kurang fresh sebab dah innalillah dan letak ais

Che kakak ipar lawa sedang pilih lobster

Udang....kerang....semua ada....sila pilih dan bayar. Sebelum itu, pastikan timbangan tepat...tak mau tipu tipu...


Abe di lorong antara restoran

Ketam ada lobster pun ada


Cek harga dulu sebelum pilih

Ketam Alaska.....macam tak berani saja nak makan..warna cantik sangat

Hahh....orang kata wajib rasa nasi lemak kat sini. Tetapi, memang sedap dan menepati citarasa aku yang sedang lapar teramat..

Errr...tersilap ambik terlalu banyak kerang bakar. Total RM74 yang tidak habis dimakan....membazir!

Sotong goreng tepung. I dont like sotong....sebab che Hanida kata, sotong mengambil masa seminggu untuk dicerna..

Air kelapa dalam gelas besar.....jangan salah pesan..nanti dia hantar air kelapa saiz besar..

Ikan masak sambal atau sweet sour ni?Aku seorang saja yang beriya-iya makan ikan ni....
I love fish 😍

Lobster masak butter...macam kurang sesuai dan kurang sedap...isi lobster pun agak liat sikit. Kalau restoran seafood di Kota Kinabalu, lobster terkenal dgn masak sambal, dan kalau nak, kepalanya boleh buat sup...yummy..

Ketam sambal....hingga ke kulit terakhir kumakan 😁


Daku ratah lauk hingga lupa diri 😁😁😁😁

















Tuesday, 7 October 2014

Pre-entri cuti sekolah Nov - Dec 2014

Gedik sangatlah pulak rasanya bila baca entri ni :)
Sebenar-benarnya mood gedik untuk bercuti panjang sudah bermula....sebulan lebih aje lagi. Tiba masa untuk leaving on a jet plane sebagai penutup percutian 2014. Kaki sudah menggeletik untuk berjalan guna buku merah. Di samping cukup tak cukupnya bajet untuk berjalan.....hampir lengkap juga rupanya segala persediaan kami :)
Dengan title strata yang 'mencekik' aku hingga hampir tak bernafas, lepas juga duit 'pool' untuk travel hujung tahun...phewww....

Kepada kawan-kawanku yang sama gedik dengan aku untuk menjelajah benua yang sudah dua tahun kami impikan...semoga percutian kita kali ini juga akan dipermudahkan, dilindungi dan dirahmati oleh-Nya.....
Kepada sesiapa yang berhajat untuk mengirim koleksi fridge magnet limited edition...bolehlah emel saya :)


Thursday, 18 September 2014

Mi Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Cuti September biasanya serentak dengan cuti hari raya. Tapi tahun ini Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada bulan Ogos jadi cuti sekolah selama seminggu....yabeda bedu. Hari Selasa 16 Sept pula cuti Hari Malaysia, maka panjanglah langkah aku ikut famili abang ke Bukit Merah Lake Town Resort. Tapi sebelum itu, kami singgah di kedai Mak Jah yang agak popular dengan mi udangnya. Lokasinya di Kuala Sepetang.....nun jauh masuk ke dalam. Dengan adanya GPS, tidaklah susah sangat mencari lokasi kedai Mak Jah ni. 



Kalau dalam GPS susah nak cari Mak Jah Mi Udang, cari saja Sekolah Kebangsaan Laksamana yang terletak di seberang jalan kedai Mak Jah ni.

Dua beradik yang gediks hehehe...abe dan adik.

 Dari jauh boleh nampak papan tanda Mak Jah.

Best sangat ke hingga penuh sesak? Cari tempat duduk pun susah...nasib baik geng2 mat motor besar kesian tengok kami tercangak-cangak cari tempat duduk. Satu perkara yang agak kurang menyenangkan.......banyak lalat. Sebab udang kot...




Teringin nak beli pekasam, tapi takut menimbulkan aroma yang kurang menyenangkan pula dalam kereta.

Cucur udang yang yummy.....garing dan sedap...atau sebab lapar?

Mi udang special.....udang fresh engko....saiz agak besar juga dibandingkan dengan mi udang KL :)


Antara pilihan makanan dan minuman yang ada. Harga tak tahu sebab abangku yang handsome itu belanja :) 











Thursday, 3 July 2014

Hongdae Flea Market dan Banpo Bridge Rainbow Fountain

Aktiviti ini pada hari yang sama kami ke Foresta Cafe. Tapi dibahagikan kepada dua segmen. 

Dari Foresta Cafe, ke Hongdae Flea Market. Idea asal dari Che Nida yang mencadangkan kami cari pesta muda mudi yang ada di sekitar tempat ini. Lokasi flea market ini di kawasan Universiti Hongik.Untuk ke sini,  boleh rujuk gambar di bawah.


Kami jumpa mural ini semasa jalan-jalan di sini. Kalau lapar, ada mini restoran Turkey jual kebab halal. Isi tangki dulu sebelum meronda.


Free market?? Flea market??

Dibuka setiap hari Sabtu dari jam 1 pm - 5 pm. Pelajar-pelajar kolej pelbagai jenis handcrats dari harga serendah 500w. Buatan tangan dan tidak ada di tempat lain. Ada potret artis dan buskers juga. 






Aiskrim kon bentuk J yang popular di Korea.

Universiti Hongik.

Persembahan taekwando oleh siswa siswi dari Nanyang Universiti pun ada.



Destinasi seterusnya kami ke Banpo bridge yang merupakan bridge fountain terpanjang di dunia..

Untuk ke Bimpo Bridge, naik subway dan turun di Express Bus Terminal (nama stesyen subway). Keluar melalui exit 8 (kiri) dan jalan hingga jumpa bangunan Mega Box di sebelah kiri. Di hadapan Mega Box ada laluan turun ke bawah, exit 5. Turun ke bawah, belok kiri dan cari exit 4. Kita akan lalu GoTo Mall (underground shopping centre).
Atau, kalau malas naik subway, naik bas 405 atau 8340 dan turun di Banpo Hangang Park.


Dari pintu keluar, ke kanan dan jalan terus hingga bangunan paling akhir.

Kita di laluan yg betul kalau nampak papan tanda ini (Banpodaegyo Bridge)
 (


Jalan dan jalan lagi....


Batu ini terletak di sebelah kanan kita.

Dan akan jumpa laluan ini, turun ke bawah.

Sebaik sahaja sampai di bawah, belok kanan (tangga) yang pertama.

Kenapa tarikh gambar di bawah berbeza dengan di atas? Sebab kali pertama kami datang, persembahan ditunda atau dibatalkan? Entahlah. Sebab pengumuman dalam bahasa Korea. Penat menunggu berlapar dan bersejuk-sejukan.



Pemandangan sebelum matahari terbenam.

Lampu mula dinyalakan.

Orang Korea suka aktiviti luar....sambil piknik.

Air mula menari. Ada dua persembahan. Bermula 8 pm dan 8.30 pm. Setiap persembahan mengambil masa 15 minit sahaja. Penat kaki menapak u. Tapi cuaca dan suhu di sini sangat selesa. Macam berjalan dalam bilik dengan suhu 24*celcius.




Lokasi paling strategik dan cantik untuk ambil gambar ialah betul-betul di tepi jambatan....katanyalah....



































Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...