Sunday, 21 July 2013

Iftar di Absolute Thai, Garden

Thai food oh Thai Food. Sangat suka makanan Thai. Bila teringat je mesti rasa macam nak menitik-nitik je air liur. Seperti restoran-restoran lain, Absolute Thai juga ada pakej berbuka Ramadhan. Tapi, oleh sebab pilihan makanan 'kureng' menepati kehendak hati, kami order sendiri ajelah.

Oh ya, lokasi restoran ini asalnya Flying Chillies, restoran thai juga. Tapi entah apa dosanya, telah ditutup dan diganti dengan Absolute Thai pula. Lokasi restoran ni di tingkat 4, Garden Mall. Paling best....ada diskaun 15% untuk pemegang kad kredit CIMB...banyak tu wei :)




Hiasan dalaman lebih kurang sama seperti di Ikea

Entah kenapalah 'jatuh chenta' sangat dengan makanan Thai ni. Pengaruh Nickhun kot :D
Tempat kat dalam dah penuh, terpaksalah duduk kat luar pula

1st time try...sedap juga. Cara nak makan, masukkan semua bahan-bahan ni dalam daun, lipat dan makan. Nama makanan ni mieng karm. Cuba jangan tak cuba

Steam siakap with lime & orange

Seafood tomyam....yummy...

Pandan leaves chicken

Glassnoodle with seafood

Sizzling beef with black pepper

Thursday, 18 July 2013

Buffet Ramadhan di Kg Pengantin

Alhamdulillah tahun ini masih berpeluang merayakan Ramadhan dan masih dipinjamkan usia dan kesihatan yang baik. Salah satu rutin tahunan wajib semestinya berbuka puasa dengan teman-teman rapat. Tanpa banyak songeh, semua setuju memilih Kg Pengantin. Kenapa Kg Pengantin? Selain mudah, sudah semestinya harga yg murah. RM25 nett per head. Berbaloi-baloi. Pada mulanya cuak juga, kot-kot murah sebab tak banyak pilihan makanan. Tapi, beraneka pilihan makanan hingga ada yang tak sempat rasa. Antaranya, beriani kambing, beriani ayam, mi dan mihun sup, kuetiaw, beranika jenis pengat, kuih-muih, buah-buahan, abc, dua jenis minuman sejuk.......nikmat apakah yang mahu kudustakan hehehehe. Tapi apakan daya, bila sudah lebih seminggu berpuasa, perutku sudah mula bertukar jadi saiz S. Rugi rugi....



Kawasan luar Kg Pengantin umpama restoran dalam taman.


Juga menjadi pilihan utama untuk majlis perkahwinan


Bariani ayam dan bariani kambing......terbayang-bayang pulak ayam goreng yang sungguh sedap itu..

Bihun dan mi sup serta kuetiaw

Bubur kacang hijauuuuu....tak sempat rasa sebab dah terlalu kenyang


Sebahagian kuih yang ada....yang lain tak muat masuk dalam gambar

Kg Pengantin terletak di tingkat 4, PV128, Jalan Genting Kelang...bersebelahan dengan Hospital Columbia Asia. Lokasinya betul-betul di tepi jalan. Tak akan sesat punyalah sebab menghadap jalan besar. Stesen LRT terdekat terletak di Wangsa Maju dan boleh naik teksi atau bas (nombor bas errrr tak tahu pulak). Jarak dari stesen LRT lebih kurang 3 km kot. Kalau memandu, ambil saja Jalan Genting Kelang yg lurus tanpa belok-belok itu. Kemudahan surau juga ada disediakan di Kg Pengantin.

Rezeki kami agaknya...oleh sebab tak ramai pengunjung, kami dibenarkan 'tapau' makanan. Hari ini dalam sejarah, buffet Ramadhan boleh tapau hehehe.....
Jadi, datanglah pada hari biasa. Jika tak ramai pengunjung, manalah tahu ada peluang 'menapau' juga :)

Tuesday, 9 July 2013

Absolute Thai

Suka makanan Thai?Absolute Thai semestinya pilihan yang tepat dan tidak akan mengecewakan (amboi...macam duta restoran ni pulak..) Absolute Thai ada banyak cawangan. Salah satunya terletak di Ikea. Selepas shopping, bolehlah singgah di sini pulak. Hingga menjilat sudu you...sebab makan guna sudu :)

Antara pilihan makanan yang ada di sini

Meleleh air liur






steamed siakap with garlic, chillies and lime sauce...
Dah lama teringin nak makan..

creamy coconut chicken soup

glass noodle salad with seafood
Tunggu punya tunggu punya tunggu stir-fried asparagus with prawn tak pula muncul-muncul....kecewa.




Sunday, 23 June 2013

Makan di Port Dickson

Jerebu datang lagi ke Kuala Lumpur. Maka dengan bersemangatnya kami ke Port Dickson dan menginap di Glory Beach Resort. Dari tingkap 10 penginapan kami, pantai berbalam-balam seolah-olah dikelilingi kabus....Kabuslah sangat....

Malamnya jalan-jalan cari makan. Pilihan tempat makan yang dicadangkan oleh Rusni memang superb.
Nak tahu sedap tak sedap, lihat pelanggan yang ada. Setiap meja penuh dengan pelanggan. Kami bernasib baik tidak perlu menunggu lama.

Menu kami
1. 2 ekor ikan siakap masak stim
2. 15 ekor ketam masak cili (saiz besar dan banyak isi)
3. 3 pinggan sayur kailan ikan masin
4. 3 pinggan asparagus masak entah lupa pulak masak ala thai tu
5. 2 jug jus tembikai

Total RM380/= untuk 15 orang. Berbaloi-baloikan



Pilih..pilih...

tulisan...alahai..

Lokasi di Teluk Kemang...senang je nak cari..

Dengan kepalanya sekali aku makan

Mari mari cuba

Fresh gitu

Kailan ikan masin...

Asparagus....adoiiii sedap bah



Ketam masak cili....macam ada campur black-pepper 

Tuesday, 18 June 2013

Melbourne Part 6 - Queen Victoria Market

Post terakhir untuk Melbourne. Bila dah masuk kawasan bandar ni, aku tak tahu nak cerita tentang apa. Tumpuan utama untuk shopping di sini selain DFO, sudah semestinya Queen Victoria Market. Apa yang ada di sini? Macam-macam ada. Tapi QVM tidak dibuka setiap hari...

Tuesday & Thursday 6am-2pm

Friday 6am-5pm (General Merchandise to 4pm)
Saturday 6am-3pm

Sunday 9am-4pm

Closed Mondays, Wednesdays & Public Holidays

Pastikan semak dahulu sebelum pegi..kalau tidak potih mata jadinya.

Mood menulis sudah kurang. Jadi post gambar sajalah....






Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...