Thursday, 9 June 2016

Krabi Hari Pertama


Krabi? Pantai? Snorkeling? Not so me... :D
Tapi aku ikut sajalah kehendak Mr S yg suka pantai dan snorkeling ni. Aku? Berenang pun tak lepas lagi.

Tak banyak research yg aku buat tentang Krabi. Fokus lebih kepada percutian Dec nanti. Lagipun, banyak info tentang Krabi sudah dikongsi oleh bloggers. Cerita aku tentang Krabi tak adalah istimewa mana, cuma sekadar coretan kenangan untuk hari tua (Insha-Allah) nanti :D
Tiket Krabi aku beli pada bulan Jan dengan harga RM364.04 melalui Air Asia Go, sekali dengan penginapan di Ao Nang Orchid Resort RM354.96 selama 5 hari 4 malam. Total RM719 seorang. Aku pilih kawasan Ao Nang sebab ramai bloggers cadangkan Ao Nang yg lagi happening berbanding Krabi.

Waktu Krabi berbeza sejam berbanding Malaysia. Perkara utama yg mesti dibuat sebaik sahaja melepasi immigresen dan kastam semestinya cari prepaid internet data di lapangan terbang. Walhal ada aje wifi percuma di hotel. Ada 3 pilihan i.e :

1. Ais: One-2-call : coverage paling luas dan laju.

2. True Move : Pilihan yg baik untuk bandar seperti Bangkok tetapi seems to lose coverage di kawasan luar bandar.

3. DTAC : ada yang kata data speed sama seperti Ais. Tetapi ada juga review yang kata elakkan guna SIM card ni.

Jadi, pilihan di tangan masing-masing. Masa aku beli sim card ni, harga pun berbeza. Ais yang paling murah. 1- 7 hari 100 Bath berbanding yg lain 120 Bath untuk penggunaan 5 hari.


Selesai sim card, pengangkutan ke airport pula. Paling murah semestinya bas, 150 bath seorang, teksi 600 Bath dan van 1050 Bath boleh naik hingga 10 orang. Mula-mula tu nak naik bas, tapi setelah baca blog yg mengatakan mereka sampai ke Ao Nang setelah dua jam perjalanan....nehi nehi jawabnya. Bayar 600 Bath untuk naik teksi tetapi kami dapat van hehehehe.

Dalam perjalanan, pemandu berhenti untuk cop kupon teksi katanya. Kemudian datang seorang perempuan bertanya aktiviti kami untuk esok...hehehehe...jangan cuba-cuba nak tipu kami ye. Nasib baik ada seorang blogger berkongsi cerita dalam blog beliau tentang kes macam ini. Mereka akan offer untuk kita ambil pakej ke pulau....tetapi dengan harga yang lebih mahal berbanding pakej yang banyak ditawarkan sekitar Ao Nang. Akupun dengan muka confident beritahu konon-kononnya aku sudah ambil pakej melalui online. Kehkehkehkeh...

Perjalanan ke Ao Nang Orchid Resort lebih kurang 30 - 40 minit. Penyambut tetamu agak kurang mesra alam. 

Paling sakit hati dengan katil. Dua single bed dicantum menjadi satu. Jadi ada ruang di tengah-tengah tilam.

Bilik air agak luas.

Inipun satu hal juga. Sabun, shower cream, shampoo dan conditioner TIDAK diganti/isi semula walaupun sudah habis. Terpaksa turun dan ambil sendiri dari kaunter.

Paket gula dari hari pertama hingga hari terakhir, semuanya ada semut. Jadi, berhati-hati kalau menginap di sini.

Balkoni agak luas. Boleh jemur swimming suit yang basah.

Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ada pasar malam di Pekan Krabi. Boleh pilih samaada mahu sewa motor, naik tuk-tuk, bas atau sungthaew. Tuk-tuk agak mahal 500 Bath untuk perjalanan sehala. Jadi kami naik sungthaew (warna putih) 60 bath seorang. Kami belum ada duit kecik jadi aku bagi note 200 bath untuk dua orang. Pemandu pula tak ada duit baki. Jadi untuk dua orang kami cuma perlu bayar 100 bath. Mat salleh pun naik sungthaew juga ke pasar malam. Senang saja cari sungthaew ni..keluar saja ke jalan utama, kalau dengar bunyi hon bertalu-talu...itulah sungthaew. Tahan saja, beritahu hala tuju dan naik.

Naik yang warna putih saja untuk ke pasar malam Krabi. Dari Krabi untuk balik ke Ao Nang, ada sungthaew selang 15 minit. Kami minta pemandu tunjuk tempat untuk menunggu nanti.

Kesilapan pertama......kami datang terlalu awal. banyak gerai belum dibuka. Kesilapan kedua....aku lupa bawa payung. Hujan mula turun dengan lebatnya. Nasib baik ada banyak baju hujan dijual.30 bath. Lebih labuh dan lengan panjang. Tidak seperti yang dijual di 7-E kita.

Phad Thai...kali pertama cuba. Harga 80 bath.


Dalam blog yang aku baca, ramai kata lebih murah beli souvenier dan t-shirt di Pekan Krabi berbanding Ao Nang. Akupun belilah fridge magnet untuk kawan-kawan rapat di sini. 100 bath untuk 5 fridge magnet.

Nampak lampu traffik yang unik ni. Hanya ada di Pekan Krabi :D

Balik Ao Nang..cari penkek yang popular itu dan pakej pulau untuk esoknya.










Sunday, 24 January 2016

Uluwatu Temple, Jimbaran & Hotel Bintang Kuta

Trip kali pertama keluar dari Malaysia berdua....agak teruja sebenarnya. Biasanya pergi dengan partners-in-crime, Nafwal dan Hanida. Mereka dah balik dari jelajah Chiangrai, Chiangmai dan Thailand, aku baru terhegeh-hegeh nak cap buku merah. 
Perancangan Mr S, pandu kereta dan tinggalkan di KLIA, tapi aku teringin naik ERL dengan dia sebelum harga naik ke RM55. Dia pun agaknya kesian dengan orang yang tak dapat pergi bercuti dengan kawan-kawan, setuju ajelah. Maka bermulalah trip pertama ke Bali dengan Poto Travel.


Sampai sahaja di Lapangan Terbang Ngurah-Rai (sebut ra-yi), nampak pamplet untuk pelancong. Oleh sebab percutian kali ni guna khidmat ejen, aku pandang dan ambil gambar aje. Kagum lihat lapangan terbang Bali yg baru. Besar, cantik dan luas.
Pintu gerbang keluar unik. Menggambarkan ciri-ciri kuil Bali. Menurut pemandu pelancong, Bali tidak banyak hasil bumi dan bergantung pada sumber pelancongan.


Selepas solat di masjid yg berhampiran, kami dibawa ke Uluwatu untuk lihat Kecak Dance. Banyak pulak sang monyet ni berkeliaran. Gemuk2 sebab makan banyaklah ni. Kami diingatkan supaya berhati-hati dengan barangan peribadi supaya tidak dirembat oleh monyet. Monyet...monyet...
Sebab itulah kau jadi monyet..pantang nampak barang hak orang lain...nak mencuri aje kojenye.

Ada sedikit kekeliruan di sini. Pada papan tanda, harga tiket untuk dewasa Rp20.000. Tapi dicetak atas tiket, Rp100.000.


Kami sampai agak lewat disebabkan keadaan trafik yang sesak pada waktu petang. Tempat duduk full house!! Dapat jugalah kerusi di bahagian atas antara pelancong dari pelbagai negara. Persembahan agak lama juga hingga timbul rasa bosan sebab tak faham. Rupa2nya kertas yang diberi di pintu masuk tadi ada tertulis jalan cerita bab demi bab. Selepas baca barulah faham. 


Penghujung persembahan barulah agak menarik sedikit sebab ada si kera putih dan ada adegan bakar membakar ni. Apa2pun, aku sudah lapar tahap gaban dan perut sudah masuk angin. 

Destinasi seterusnya ke Caviar Cafe, Jimbaran. Makan malam romantik tepi pantai katanya. Ada banyak pilihan restoran di sini dengan persembahan kebudayaan masing-masing. Aku tak tengok sangatpun sebab makan itu lebih penting. Makanan dihantar satu demi satu. Lambat!!! Orang lain dah mula makan termasuklah wakil dari Poto Travel ni. Aku dan Mr S punyalah lapar. Gerampun ada.

Meja makan yang disusun atas pasir pantai.

Sempat ambil harga makanan yg dipamerkan. Mahal? murah? Entahlah. 
Selesai makan, balik ke Hotel Bintang Kuta. 4 star hotel katanya. Wifi dalam bilik boleh tahan kelajuan. 













Tuesday, 8 December 2015

Hotel Intercontinental Kuala Lumpur

lCuti hujung tahun yang ***************😶
Kali pertama tidak menyertai jelajah Primadona disebabkan bilangan hari yang tidak melepasi kelulusan sirim....what to do.....akur sajalah. Cuma mati kutu sementara menanti percutian buku merah mid Dec nanti...sigh...

Alhamdulillah, Aida offer untuk join dia bermalam di Hotel Intercontinental KL yang dulunya dikenali dengan nama Hotel Nikko. Kecil tapak tangan, Dataran Merdeka aku tadahkan :). Lokasi hotel ini berdepan dengan Ampang Park Shopping Mall dan 5 minit jalan kaki ke Stesen LRT Ampang Park. Kiranya satu stesen dari KLCC. Memang strategik dan mudah untuk ke mana-mana. Khabar angin yang didengar, Ampang Park Shopping Mall akan dirobohkan dan diganti dengan pusat beli belah yang lagi besar? Ermmm....kalau benar, ramai peniaga2 melayu akan hilang tapak perniagaan nampak gayanya.


Berbalik pada Hotel Intercontinental, daftar masuk sama seperti hotel-hotel lain, bermula jam 2 pm. Tapi oleh sebab ada kekosongan, kami boleh saja daftar dan masuk bilik jam 12.30 pm tu.

Aida mendaftar masuk.

Ada banyak pokok krismas di lobi hotel memandangkan krismas lagi 20 hari.


Lobi yang cantik....suka deco kat belakang tu....



Bilik luas dan katil saiz king. Sangat selesa untuk tiga orang. Sesuailah dengan sewa semalam dari RM785++ ke atas.







Mesin kopi yang kami tak tahu cara penggunaan. Godek sana sini dan minta bantuan, dapatlah secawan capucinno utk Aida.

Sehari sebelum, aku call dan buat reservation hi tea untuk tiga orang. Katanya hi tea bermula dari jam 2 - 5 pm. Jadi, kamipun turun jam 2.00 pm, Lagi 15 minit jam 4 pm, pelayan datang dan katanya lagi 15 minit akan tutup kaunter. Rupa-rupanya, ada dua hi tea. Satu buffet hi tea 12.00 - 4.00 pm, dan satu lagi hi tea set 2.00 - 5.00 pm. Yang kami pegi ni buffet hi tea. Hi tea set di ruang tepi lobi. Tapi bayaran sama RM87 per head. Untuk pengguna kad kredit CIMB, dapat 20% diskaun. Kalau Citybank, dapat 45% diskaun. Untuk 3 pax, kami perlu bayar RM201 dengan menggunakan kad kredit CIMB.
Kata cashier, bayar buffet dinner guna kad kredit CIMB Isnin - Jumaat, akan dapat diskaun 50%. RM148 per pax, maknanya bayar RM148 sahaja untuk 2 orang. 





Ada Sompoton Spa juga di sini. Tapi tak teringat pula untuk tanya kalau buat facial di sini. Gym pun nampak menarik. Satu aras dengan kolam renang yang cuma 4.0 meter dalam.




Kami posing fefeling lawa kononnya.....😵🙄🙄🙄
























Friday, 4 December 2015

Teaser?


Baca blog orang, ada hati buat blog juga. Orang lain update blog, blog aku lugai-lugai ja. Orang lain travel, aku pun ada hati juga travel kunu. Last-last, memori itu tersimpan dalam kepala begitu saja.
Blog NZ tak habis, blog Garut n Bandung terpelanting entah ke mana...
Itu namanya hangat2 tahi ayam. Ayam juga yang jadi mangsa.

Hanida, Nafwal dan Azam, masuk hari ke-5 mengembara ke Chiang Mai, Chiang Rai, Laos, Myanmar dan Thailand. Aku? Tengok gambar mereka sajalah. Tak apa, minggu minggu depan akan bercuti guna buku merah juga. Peluang berjalan itu masih ada. Corak percutian mungkin berubah, tapi pengisian cuti untuk aku kali ini berbeza dan bermakna. 

Tiba-tiba pula guna ayat skema ;)


Tuesday, 26 May 2015

Invercargill - Bluff - Dunedin


Hari ke-13 di bumi Kiwi membawa kami ke penghujung South NZ, Bluff. Kiranya lengkap sudah kembara kami di sini, hujung Northland, Cape Reinga ke hujung Northland, Bluff. Perjalanan sejauh 2,075 km kami takhluki dalam masa 13 hari. Alhamdulillah...


Hari ke-13 kami bergerak ke Bluff. Tujuan utama ke sini...untuk melengkapkan hujung northland ke hujung southland. Lagipun dari Invercargill ke Bluff cuma 28.5 km atau 25 minit. Dah alang2 ke sinikan...
Bluff terkenal dengan Oyster yang dikatakan terbaik di dunia. Tapi kami ke sini bukannya untuk makan oyster pun. Kami singgah dua tempat sahaja, Bluff Hill dan Stirling Point. Orang kata, signpost di Stirling Point merupakan tempat wajib bergambar di sini. Tempat ini juga dikatakan penghujung State Highway 1 yang merupakan highway yg meliputi keseluruhan NZ. Penghujung Great Wall of China tak sampai...sampai hujung southland NZ pun jadilah.

Sejuk atas Bluff Hill ni..

View dari atas Bluff Hill. Boleh nampak keseluruhan Bluff.

Dari Bluff Hill ke Stirling Point. Tujuan utama nak posing-posing depan signpost ni.

Perasan posing ala artis Bollywood.

Angin pantai yang sejuk 😀

Rasa terkucil? Jangan risau....ada tandas awam yg agak bersih di sini. Tapi 15 minit saja tau sekali guna.

Kami tidak merancang bermalam di Bluff. Selesai posing2, teruskan perjalanan ke Dunedin, lebih kurang 2 jam 48 minit memandu. Dunedin terkenal dengan universiti sebab banyak universiti di sana.
Setting GPS....maka bermulalah musafir di bumi NZ ini lagi sekali.

Tempat beradu kami malam ini, Carisbrook Motel NZD186 semalam.
Boleh letak kereta tepi jalan depan pintu bilik. Takde saman-saman.

Menunggu Nafwal buka pintu. Cepatlah Naf..

Pandangan dari pintu masuk.

Pandangan dari pintu dapur. Ada single bed di ruang tamu. Noey tidur di sini.

Queen bed aku yang punya sebab Noey tidur di luar.

Bilik Nafwal dan Hanida.
Dapur penting tau...lapar.

Selepas check-in, kami jalan kaki ke bandar lama lebih kurang 3 km dari Carisbrook Motel. Nothing much here....kedai2 lama...barang2 lama....











Monday, 20 April 2015

Trip New Zealand Day 13?

Ada 6 hari lagi trip NZ yang belum dibuat. Mood berblogging sudah semakin berkurangan...aishhh....

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...