Taupo ada banyak aktiviti menarik dan tempat untuk dikunjungi. Tetapi disebabkan kami mengejar masa untuk ke Wellington, kami hanya ke tepi tasik Taupo yang berhampiran dengan tempat penginapan, letak kereta di sana dan jalan kaki di sekitar taman. Worth visit....taman yang terletak di sebelah Muzium Taupo.
Dari Taupo ke Wellington mengambil masa 4 jam 31 minit (bergantung pada trafik) sejauh 371 km.
Cuaca agak nyaman tetapi terasa juga sejuk hingga ke tulang. Bergambar berlatar belakang bandar Taupo.
Tidak ada cahaya matahari jadi tasik nampak agak kurang cantik.
Kemudahan buaian untuk orang yang berkerusi roda. Best jugakan...
Syarat yang perlu dipatuhi sebelum menggunakan buaian kerusi roda ini.
Kalau tak jumpa Muzium Taupo, cari perpustakaan awam. Muzium Taupo terletak berhampiran kawasan ini cuma agak kecil dan tersorok ke belakang.
Taman bunga yang cantik ini terletak di sebelah Muzium Taupo.
Worth visit!
Jalan punya jalan terserempak dengan RV ini. Best juga kalau dapat sewa....
Satu perkara yang kita mesti ingat bila memandu jarak jauh di NZ, sebelum memulakan pemanduan, isi minyak sebaik sahaja jumpa stesyen minyak. Tidak seperti di tempat kita, harga minyak berbeza-beza di setiap tempat. Gambar stesyen-stesyen minyak ini aku ambil di sepanjang perjalanan dari Taupo ke Wellington.
Awal perjalanan ke Wellington, disajikan dengan pemandangan ini.....
Kemudian, bila melalui kawasan bukit yang berliku-liku, pemandangan ini pula....
Kemudian pemandangan ini pula.....
Melalui kawasan tandus yang juga merupakan kawasan petempatan tentera. Desert Oasis kalau tak silap namanya.
Kemudian pemandangan ini apabila menghampiri Wellington. Agak mencabar memandu di Wellington yang juga merupakan ibu negara NZ. Banyak kenderaan dan banyak lampu isyarat. Pening Nafwal.
Sebelum check-in hotel, kami ke Lady Norwood Rose Garden. Tak habis-habis dengan ros :)
Pemandangan dari atas bukit di sini.
Atas bukit Lady Norwood ni ada kebun herba dan kita boleh lihat pemandangan bandaraya Wellington dari atas bukit.
Aksi-aksi mamarazi yang tak jemu-jemu menangkap gambar bunga ros beraneka warna.
Itik liar kepala hijau yang jinak.
Kebetulan ada remaja sekolah sedang main kriket.....agaknyalah....ai kan kaki bangku, mana reti tentang games ni..
Kami bermalam di sini. Nama motel tak ingat, tapi di kawasan Newtown. Kena menapak naik tangga ke tingkat atas.
Dua katil single di ruang tamu.
Dapur lengkap.
Satu katil queen dalam bilik.