Friday 14 November 2014

Underwater World, Sentosa 4D Adventure Land, Skyline Luge Sentosa

Singapore dan Universal Studio tidak dapat dipisahkan...
Tetapi kali ini Universal Studio tidak termasuk dalam senarai, sebaliknya.....Pulau Sentosa kami datang!!
Ada banyak tempat menarik di Pulau Sentosa untuk diterokai. Pendek kata, sehari tidak cukup meneroka semua tempat.

Map di bawah akan membantu kita merancang tempat2 yg kita mahu kunjungi dengan mudah. Pilihan kami , Underwater World (sebab ada Dolphin show), Sentosa 4D AdventureLand dan Sentosa Luge Skyline. Dalam map ini juga disenaraikan tempat-tempat makan yang halal.Antaranya :
1. McDonald, GoGo Franks, Old Chang Kee, Tastes of Asia, The Coffe Bean & Tea Leaf di Beach Station.
2. Pezzo, Merlion Cafe, KFC, Smoothie King, Straits Express di Imbiah Lookout / Merlion Plaza.



Percutian kali ini cukup selesa sebab ada driver...( hehehe jangan marah ye abangku ). Tapi pengangkutan awam di sini sangat mudah sebenarnya.  Ada perkhidmatan bas percuma disediakan di sekitar Pulau Sentosa ni. Sila rujuk jadual di bawah.



Jadual pertunjukan dolphin. Sila datang awal supaya boleh pilih seat yang paling strategik.

Harga tiket agak mahal untuk akuarium yang sudah 'outdated' berbanding SEA Aquarium yang terletak bersebelahan Universal Studio. Sebab itu pengunjung tak ramai. Banyak dikunjungi oleh rombongan kanak-kanak tadika yang comel-comel belaka. Pendek kata, SEA Aquarium lagi berbaloi. Tujuan utama kami ke sini pun sebab hendak lihat Dolphin Show saja.


Antara daya penarik yang ada, beri makan ikan pari dan anak jerung.....ada berani? 
Yang lucunya, Harisya kurang berani bagi makan ikan pari sebab saiz yang BESAR dan hyper...hehehe ikan pun pandai hyper aktif juga. Tapi oleh sebab dia tak kenalpun ikan jerung, selamba saja dia rendam tangan dalam kolam dan bagi makan anak ikan jerung tu... :) 

Antara ikan pelik yang menarik perhatian sebab bongkok dua....ikan paling tua kot di sini.

Seperti biasa.......wajahku tidak ada :(


Highlight lawatan ke sini....dolphin show walaupun pertunjukan cuma dalam 15 - 20 minit sahaja.
Singa laut yang cerdik..
Sempat lagi mamat ni posing untuk kamera aku hehehe...


Dolphin akan berubah warna kelabu merah jambu semakin meningkat usia. Patutlah dolphin di sini warnanya semakin pink. Kuingatkan spesies dolphin pink, rupanya perubahan warna disebabkan peningkatan usia..

Selesai dolphin kami ke 4D Sentosa AdventureLand yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Harga tiket SD38.90 untuk dewasa dan SD26.90 untuk Extreme Log Ride, Journey 2 Mysterious Island dan Desperados. Kalau Green Lantern, kena bayar single entry SD19.90 dewasa dan SD12 untuk kanak-kanak.Tiket agak mahal untuk aktiviti yang kami habiskan dalam tempoh sejam saja. Rasa kurang berbaloi pula tapi menyeronokkan. Desperado tu kita akan naik kuda mekanikal dan berbalas tembakan dengan penjenayah koboi dalam skrin. Aku tak tahupun aku tembak apa sebab tu tak tersenarai dalam 5 penembak terbaik hehehe. Journey 2 tu ala-ala Donkey kat Universal Studio...ada percikan air, tetiba rasa spider menjalar kat kaki dan ada lembing. Paling seronok Extreme Log Ride yang ala-ala transformer di Universal Studio tu. Naik roller coaster...menjunam dari tingkat atas....
Lebih kurang 10 - 15 minit je untuk setiap aktiviti.....tak puas....
Berita baik untuk pemegang IC Malaysia, yang ada kad Aeon/Metrojaya/Plusmiles Card/Petron Card....boleh dapat diskaun 10%. Tetapi tertakhluk pada tarikh validity dan maksimum 2 tiket untuk setiap kad.

Dari sana, jom pergi Skyline Luge....yeahhhhh.....
Terletak bersebelahan saja dengan 4D Sentosa AdvLand dan Madam Tussaud. Kalau naik bas, turun di Imbiah look out bus stop, naik kereta parkir di Imbiah look out car park dan kalau naik kereta kabel turun di Imbiah look out.

Kami pilih ten rides family pass dengan harga SD69 (boleh kongsi 10 luge rides dan 10 skyrides). Oleh sebab baby baru 5 tahun, dia share luge dengan ibunya.

Safety first! Mesti pakai helmet.

Luge ni sejauh 1.2 km dan ada dua trail, dragon trail dan jungle trail.

Sampai di bawah, kita akan naik skyride untuk naik semula ke atas. Chairlift tidak akan berhenti jadi sila turun dengan pantas :)

Senyum bila nampak signboard kamera :D



































No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...