Tuesday, 18 November 2014

Night Safari Singapore dan Hello Kitty Town Johor Baharu

Kecewanya.....tiket River Safari sudah habis dijual.....amik kau! Degil sangat tak nak beli secara dalam talian....ko ingat, ko sorang saja nak naik bot......nanges.......
Terpaksalah berpeluh menunggu kaunter tiket Night Safari dibuka jam 5.30 petang. Nasib baik ada banyak kedai cenderahati di dalam itu. Bolehlah cuci mata tengok key-chain, fridge magnet, t-shirt etc etc.
Pilihan tiket kombo yang lebih jimat.
Night Safari, Bird Park, Zoo dan River Safari terletak di kawasan yang sama. Sebelah menyebelah saja.


Tak dapat masuk River Safari, posing depan papan tanda pun jadilah.


Sebenarnya aku pun teringin nak naik badak sumbu tu....

Di pintu masuk Night Safari, ada persembahan orang api....Tambuakar ke nyah apa namanya. Patutlah stage tu berbau minyak tanah.
Dalam Night Safari, kita boleh lihat aktiviti binatang pada waktu malam. Ada dua pilihan sama ada naik tram (40 minit) atau jalan kaki ikut laluan yang disediakan. Tapi tidak dibenarkan ambil gambar binatang sebab binatang-binatang ini sensitif pada cahaya. jadi bolehlah tinggalkan saja kamera anda di rumah.


Datang awal dapat tempat duduk yang baik untuk menyaksikan Creatures of the Night Show (20 minit). Boleh pilih antara show jam 7.30 malam, 8.30 malam, 9.30 malam atau 10.30 malam (Jumaat, Sabtu dan cuti umum sahaja).
Tapi, tidak dibenarkan ambil gambar juga :(

Sebelum balik, singgah Hello Kitty Town di Johor. Komen saya.....agak mengecewakan. Tidak berbaloi dengan harga tiket yang mahal. Mungkin tidak adil untuk aku bandingkan dengan Sanrio Hello Kitty di Tokyo yang kami pergi. Tetapi dengan harga tiket RM85, sangat tidak berbaloi dengan apa yang ada di dalam Hello Kitty Town ini. Pendek kata, Indoor Theme Park Genting jauh lebih baik lagi...
Di sini....overrated and overprice....

Kaunter tiket yang agak lengang. Mungkin sebab hari Ahad dan esoknya sekolah kot...
Harga tiket Hello Kitty Town RM55 dan Little Big Town pun RM55. Tapi kalau kita ambik kedua-dua park, RM85. Pemegang kad polis dapat tiket percuma. Kalau ada kad Petronmiles pula dapat 10% diskaun.


Kafe Hello Kitty Town

Hello Kitty Town cuma satu floor sahaja di tingkat 1. Manakala tingkat 2 dan tingkat 3 Little Big Town kalau tak silap namanya.

Shahrukh Khan dan Rani Mukherjee..

Kawasan bumper car yang kecil dan sempit

Pendek kata, Hello Kitty Town lebih sesuai untuk kanak-kanak 9 tahun ke bawah. Parade juga kurang menarik. Tidak menampilkan semua watak yang ada. Hanya 2 penari lelaki, 4 penari perempuan dan Hello Kitty lelaki dan perempuan. Yang boleh dipuji...sound system yang canggih..















No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...