Alhamdulillah cuaca cerah semasa kami ke Puffing Billy. Apa yang ada di Puffing Billy? Berbaloi ke bayar tiket mahal-mahal?
Ye...berbaloi...Puffing Billy ni keretapi wap@steam zaman dulu yang melalui kawasan bukit-bukau dan perkampungan yang indah permai. Juga melalui kawasan sekolah, kanak-kanak comel itu akan melambai-lambai dengan riang bila keretapi melalui sekolah mereka. Info lanjut boleh klik link ini http://www.puffingbilly.com.au/
Untuk ke sini cukup mudah. Pergi Flinders Station dan beli tiket ke Belgrave (Platform 2 atau 3). Harga tiket AUD12 pergi dan balik. Perjalanan akan mengambil masa selama sejam setengah. Belgrave ialah stesen yang terakhir jadi x payah risau terlepas stesen. Sampai di Belgrave, ikut saja signboard ke Puffing Billy. Lebih kurang 400 meter jalan kaki.
|
Kami ke Lakeside sebab itu saja pilihan yang ada untuk hari itu |
Semasa kita beli Myki (macam kad touch & go dan boleh digunakan untuk naik semua pengangkutan awam di sana kecuali Sky Bus) jangan buang kupon yang ada di dalamnya. Ada diskaun 20% untuk tiket Puffing Billy ni.
|
Opps telebih sudah..... Aksi duduk melunjur kaki di tingkap ni bukan kami sesuka hati buat..tapi memang dibenarkan duduk seperti ini :) |
|
Konduktor yang peramah. Sempat ajar dia ucap "apa khabar?" |
|
Mula bergerak meninggalkan platform Kereta api ini dihidupkan dan dijalankan mengikut cara dulu-dulu...bau asap agak busuk....acummm! |
|
View yang cantik menyebabkan Che Nida lupa akan kegayatannya |
|
Terserempak dengan kanak-kanak comel ini di Lakeside |
|
Metro Limited Express Balik semula ke Melbourne |
salam akak,
ReplyDeletesaya nak tanya..klu naik ni masa travel dia tu dia kira sejam pegi dan sejam balik ker atau masa sejam tu return ?
Wsalam adik,
DeleteSejam setengah tu untuk one way...Nak ke sana ye?
Mesti pegi tu.....best...
Selamat bercuti :)