Dua tempat menarik ni kami cover dalam masa sehari. Agak rushing sebenarnya. Sepatutnya tidur semalam lagi kat Sorento ni. Dari Queenscliff, feri akan berlabuh (amboi bahasa!) di Sorento. Dari Sorento menuju ke Mornington Peninsula untuk mencari lokasi colourful hut di Brighton Beach. Tapi oleh sebab kesuntukan masa, terpaksa berpuas hati dengan pondok warna-warni yang ada di sepanjang pantai Sorento. Jadilah untuk melepaskan gian bergambar.
|
3 pelancong Malaysia yang sesat di Sorento |
|
Pondok inilah yang jadi tarikan utama kami ke sini.
Efek gambar akan jadi lebih cantik kalau ambik semasa sunset. Tapi memandangkan kami tidak bermalam di sini, terpaksa berpuas hati dengan apa yang ada. Sesiapa yang merancang datang ke sini, ajaklah saya sekali ye..(sponsorlah tiket sekali huhuhu ).
Dari sini kami bergerak ke Philips Island. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Cuaca sejuk menyebabkan mata berat semacam. Namun tugas kepada rombongan negara sebagai penunjuk arah, kugagahi juga mataku untuk terus berjaga. Cuma 30 minit terakhir sebelum tiba, aku tewas juga hehehe.
Philips Island ni terkenal dengan penguin parade atau penguin pulang petang. Kalau nak ikut tour dari Melbourne City pun ada juga. Tapi kami lebih berminat untuk lihat kanggaru dan koala di Nature Wildlife Park. Sebelum itu, kita ke Philip Island Chocolate Factory dulu. Di dalam ada restoran halal. Hajat di hati nak makan nasi dan kari udang..malangnya tak ada rezeki sebab dapur dah ditutup untuk hari itu.
|
|
Pelbagai bentuk coklat dijual di sini. Kalau berani, cubalah makan kasut coklat :) |
|
Nature Wildlife Park ini terbahagi kepada dua segmen i.e kanggaru dan koala. Siap ada notice board suruh berhati-hati dengan shy snake! Aiyakkk....dahlah aku ni paling geli dengan bentuk ular tu.
Paling menarik kat dalam bangunan juga ada diterangkan kitaran hidp koala dari baby hingga dewasa. Jadi selain menjamu mata, dapat juga lebih pengetahuan tentang koala yang gebu ini. Nampak saja gebu tapi koala mempunyai kuku yang sangat tajam.
|
|
Amaze'n Things
Tak jauh dari habitat koala kami jumpa bangunan ni. Amaze'n Things ni ala-ala Puzzling World di Wanaka, NZ. Sebab dah pegi Puzzling World tu jadi x ralat sangat sebab tak dapat masuk ke sini. Alasan tak masuk : Dah tutuplah weii..dah hampir 5 pm..
Seperkara yang tak seronok kat Aussie ni, hampir semua kedai, kompleks beli-belah, tempat pelancongan etc etc ditutup jam 5 pm. Musim autumn ni pulak 5 pm dah gelap. 5.30 pm dah maghrib. Subuh pulak jam 6 pm. Pendek kata, kalau bulan puasa musim autumn....berbahagialah hidup.
|
Sebenarnya tak puas lagi menjelajah Sorento, Mornington Peninsula dan Philip Island ni. Banyak tempat lagi tak explore. Kalau korang ada plan datang ke sini, pastikan tidur semalam lagi di sini dan jangan lupa ajak saya sekali :D
Kereta tu nanti tinggal kan kat mana??
ReplyDeleteKita kena ambil dan hantar semula ke tempat kita sewa
Deletesalam..insyaAllah pertengahan bulan august ni saya ke Melbourne..byk juga benda nk tnya tp xtau mana nak mula..hehe
ReplyDeletekalau xkeberatan boleh x bagi email dan saya akan email 1001 soalan penjimatan di sana…(tudiaaaa kira nk jimat je ni..) hehe
Salam...
ReplyDeleteyatie_111@yahoo.com
Mana yg saya boleh jawab, saya akan jawab :)
Konsep travel saya pun sama....travel bajet :D