Oleh sebab trip kami berlima, maka lebih mudah dan murah untuk sewa kereta ke Great Ocean Road. Kata seorang rakan, tak sah trip ke Melbourne kalau tak ke Great Ocean Road. Ntah hukum mana dia ikut ntah :)
Berbalik pada sewa kereta, rata-rata company yang dah establish sewanya agak mahal. Jadi pilihan kami...
Agak berpatutan untuk 3 hari dua malam.
Undang-undang jalanraya di sini agak ketat. Tali pinggang semua penumpang perlu dipakai setiap masa. Had kelajuan jalan raya juga perlu dipatuhi ( 90 - 100 kmj sahaja...mengelupur driver bila jalan cantik tapi tak boleh tekan minyak ). Kalau rasa-rasa dah kaya tu, cuba-cubalah langgar had kelajuan tu. Nasib tak baik, adalah kereta patrol datang mengiringi.
Untuk memudahkan perjalanan, kami sewa kereta ini beserta GPS sekali. Wanita AU tu siap set kan GPS supaya kami tidak perlu melalui jalan bertol. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Australia dan New Zealand. Jadi tak payahlah korang susah-payah buat lesen memandu antarabangsa tu atau nak pegi beratur panjang-panjang kat JPJ untuk buat translate pada lesen korang. Sekali lagi diulangi...lesen memandu Malaysia boleh dan sah digunakan di Australia dan New Zealand.
|
Mitsubishi Outlander |
|
Driver merangkap bodyguard kami.
|
Untuk ke GOC, kita hanya perlu memandu melalui Princess Highway atau cari saja M1. Senang je, tak payah risau sesat dan sebagainya. Memandu ke luar bandar Melbourne sangat mudah. Pemandu AU sangat berhemah dan bersopan-santun di jalan raya. Pejalan kaki sangat diutamakan. Letak je kaki di laluan zebra tu, semua kereta akan berhenti untuk beri laluan pada pejalan kaki. Kalau kat Malaysia......sendiri jawablah :)
|
Lukisan atas udara
Dalam perjalanan kami terserempak lukisan atas udara. Kagum tak kagum u all...Memang kreatif sungguh.
Singgah sebentar di tasik yang cantik ini. Kawan-kawanku teruja melihat buaian yang tak pernah nampak kat KL ni.
|
|
Apollo Bay
Perjalanan dari Melbourne ke Apollo Bay mengambil masa selama tiga jam sebab kami berhenti di banyak tempat yang menarik. Ditambah dengan faktor had kelajuan itu. Di sini juga ada restoran halal, Iluka, untuk mengisi perut.
|
|
Pemandangan cantik sepanjang perjalanan menyebabkan rasa rugi kalau tidur |
|
12 Apostles |
Destinasi seterusnya ke 12 Apostles. 1 1/2 jam dari Apollo Bay. Peringatan : Anda dinasihatkan memakai pakaian tebal semasa berada di sini. Ikat tudung anda dengan ketat. Sesiapa yang berbadan ringan, pastikan anda memegang rakan anda kerana kebarangkalian anda diterbangkan oleh angin adalah sangat tinggi ( ayat terakhir itu tidak benar, tapi yer...angin memang sangat kuat dan sejuk di sini ). Pemandangan....Subhanallah....
|
London Bridge is falling down |
London Bridge hanya terletak setengah jam pemanduan sahaja dari 12 Apostles. Keindahan suasana...sukar digambarkan dengan kata-kata. Malahan gambar pun tidak mampu menzahirkan keindahan alam yang sebenar....
Kalau ikut travel agent, dari 12 Apostles bas akan berpatah balik ke Melbourne. Rugilah kalau macam itu. Jadi, keputusannya, kami bermalam di Queenscliff, dan esoknya terus ke Monington Peninsula dan Philip Island. Queenscliff sejauh dua setengah jam memandu dari London Bridge melalui Princess Highway. Tempat penginapan aku sudah tempah awal-awal melalui Agoda. Di mana kami menginap...? Tunggu pos yang akan datang :)