Sunday, 16 February 2014

Hutan Lipur Sg Gabai, Ulu Langat

Ini merupakan kali pertama ke air terjun di Ulu Langat. Biasanya hujung minggu ke kompleks membeli belah..kali ini ubah angin ke hutan lipur pula. Apa yang ada di Hutan Lipur Sg Gabai? Air terjun semestinya yang menjadi tarikan utama.

Untuk masuk ke kawasan hutan lipur ini dikenakan bayaran RM1 seorang. Tapi jangan sekali-kali parking di kawasan Kem Lambaiana ini.Nanti dikenakan bayaran RM3.00 lagi untuk meletak kereta.

Untuk menggunakan tandas di Kem Lambaiana ini juga dikenakan bayaran RM0.50. No fee no pee pee okey...

Untuk masuk ke kawasan air terjun, pengunjung akan dikenakan bayaran Rm1.00 seorang. Bayangkan kalau 100 orang, dah RM100 sehari. Kalau berdasarkan 'resit' yang diberi, kutipan dilakukan oleh JKKK. Agaknya dimasukkan ke dalam tabung untuk penyelenggaraan hutan lipur kot. Tapi malangnya, masih ada banyak sampah di sekitar kawasan perkelahan. Angkara pengunjung-pengunjung yang tidak bertanggungjawab.
Resit yang dikeluarkan...

Kami harus berjalan kaki sejauh 500 meter untuk masuk ke kawasan perkelahan

Penat bermandi-manda, boleh singgah beli minuman dan makanan di sini.

Kawasan kaki air terjun pun dah ramai orang. Nasib baik tidak berhasrat untuk mandi-manda.

Jom naik ke kawasan yang lebih tinggi...

Menggigil lutut mendaki sebanyak 332 anak tangga ni (kalau tak silap). Sudah tidak secergas dulu nampaknya.

Kawasan paling atas sekalipun dah ramai orang. Gigihnya mereka mendaki anak tangga dengan membawa makanan segala...
Seronok juga menyaksikan gelagat pengunjung yang sedang mandi membuat aksi ala stuntman. Beraninya mereka sebab air hanya separas pinggang sahaja. Kalaulah kepala terhentak ke batu.....iskkk....nauzubillah......

Sunday, 26 January 2014

Disneyland & Disneysea, Tokyo ~ Day 3 & 4

27 & 28 November 2014

Tiba masa untuk menjadi kanak-kanak semula. Destinasi seterusnya Disneyland dan Disneysea. Sememangnya berjiwa kanak-kanak dalam hati. Kalau tidak mengunjungi kedua-dua tempat ini, rasa rugi pula. Sebab yang pastinya, Tokyo bukan pilihan destinasi percutian kali kedua memandangkan kos yang mahal. Kecuali ada peluang yang tidak disangka-sangka ;)
Untuk ke Disneysea, dari Harajuku kami naik JR Yamanote Line dan turun di Shibuya ( 130 yen ),tukar ke Rinkai Line dan turun di Shin-Kiba ( 150 yen ), tukar lagi ke Keiyo Line dan turun di Maihama. Dari Maihama kami naik Disney train yg comel itu dan turun di Disneysea ( 250 yen ). Tapi, untuk ke Disneyland tak perlu naik Disney train, jalan kaki saja ke pintu utama.
Disneyland n Disneysea, kedua-duanya tidak mengecewakan. Terletak di tepi laut, jadi angin yg bertiup menjadikan suhu makin turun dan kami semakin menggigil kesejukan. Angin yg agak kuat juga menyebabkan water show Disneysea dibataljan :( Maka terpaksalah kami balik dengan kecewanya.
Jumpa org Malaysia di convenient store, katanya pertunjukan bunga api pun dibatalkan di Disneyland kerana faktor cuaca. Nasib baik bila kami ke Disneyland keesokan harinya cuaca baik dan ada pertunjukan bunga api. Tapi firework Disneyland Hong Kong jauh lebih menarik...

p







Saturday, 18 January 2014

Tokyo Day 2

26 Nov 2013
Dzul San tiba di airport Haneda jam 7 am. Lega....manalah tahukan kot-kot dia terlupa menjemput kami....satu hal pula nak study semula map train Tokyo yg cukup complicated itu.
Bersedia untuk menaiki train menuju ke Apartment Tokyu, Harajuku dimana kami akan menginap sehingga 1 Dec 2013. Dari Airport Haneda kami turun di Shibuya sebelum bertukar train menuju ke Harajuku. Untuk memudahkan perjalanan kami, Dzul San bermurah hati meminjamkan kad train yg hanya perlu kami tambah nilai. Untuk tabung Tokyo, setiap seorang perlu beri Hanida 40k yen bersamaan lebih kurang Rm1300. Wang itu merangkumi transport, tiket Disneysea dan Disneyland serta hotel di Hakone nanti.


Dalam perjalanan dari Airport Haneda ke Stesyen Shibuya. Seterusnya menuju ke Stesyen Harajuku untuk check-in di Apartment Tokyu.

Sekitar Stesyen Harajuku...

Di hadapan Apartment Tokyu, Harajuku.
Kami agak jakun menggunakan dapur elektrik. 
Standard apartment di Tokyo.....sempit...
Katil queen dan tilam queen yg agak selesa....bolehlah...
Bilik air yang selesa. Paling kami suka....bidet :)

Selain fridge dan microwave, apartment ini juga dilengkapi dengan mesin basuh dan pengering pakaian. Canggih.
Selesai check-in kami ke Meiji-Jingu Gaien. Apa yang ada di sana? Semestinya daun-daun kuning yang cantik itu. Dari Harajuku kami turun di Shibuya (130 yen), pilih Tokyo- Metro Ginza Line (160 yen) dan turun di Stesyen Aoyama-Itchome. Keluar dari stesyen, ke kanan dan 400 meter akan jumpa pokok-pokok kuning yang ditanam sejajar kiri dan kanan jalan. 
Setelah puas photoshoot, destinasi seterusnya ke Masjid Turki. Dikatakan masjid terbesar di Tokyo. Untuk ke sana, kami menaiki Tokyo-Metro Ginza Line dari Stesyen Aoyama-Itchome dan turun di Omote-Sando (160 yen) kemudian tukar ke Tokyo-Metro Chiyoda Line dan turun di Yoyogi-Uchara.
Kamera habis batteri....Sempat ambil empat keping gambar ni aje...huhuhu....
Masjid ini setinggi dua tingkat dan tempat solat terletak di tingkat atas.



























Thursday, 12 December 2013

Airport Haneda, Tokyo


November datang lagi. Setelah menunggu hampir lima bulan akhirnya kami tiba di bumi Doraemon pada jam 11.55 pm waktu Tokyo, 10.55 pm waktu Malaysia. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun semasa mendarat, pesawat kurang stabil disebabkan angin kencang. Rasa macam naik roller coaster. Nafwal dua kali mengeluarkan isi perutnya hehehe. Suspens pun ada weii...
Tiket kami beli lebih awal pada bulan Jun sebaik sahaja balik dari trip Melbourne. Kenapa pilih kota termahal untuk bercuti? Sebab AA offer RM900 untuk return trip. Siapa yang tak nak....

Seperti perancangan asal, kami akan bermalam di airport Haneda. Lagipun, menurut info, airport Haneda paling selamat dan paling selesa di dunia. Polis berkawal 24 jam. Patutlah ramai yang tinggalkan saja beg tepi couch yang selesa itu. Tempat bersirampun ada. Bayar saja 1000 yen = Rm33, maka bersiramlah anda selama 30 minit. Minumanpun ada disediakan :)

Tingkat atas airport yang juga merupakan lot kedai. Sebab kami sampai lewat malam, kedaipun dah tutup. Cantik macam perkampungan Jepun lama. Oh ya, satu perkara yang sangat menarik, wifi sangat laju di airport Haneda. Sempat install dan chat Skype :D
Walaupun couch selesa tapi oleh sebab tak biasa tidur dalam suasana terang benderang, hampir 3.00 am baru terlelap. Oyasuminasai....



Sunday, 20 October 2013

Pakej Murah KL - Singapore - Johor Bahru - KL

Singapore lagi....Tak bosan? Jawapan aku semestinya tidak, tidak dan tidak. Lagipun kali ini menaiki bas pula. Jangan mabuk darat sudahlah. Nanti hilang 'mood' bersuka ria di USS nanti. 

Plan asal untuk bawa murid-murid Tahun 6. Pendek kata sebagai program pasca UPSR. Mulut pula ringan bercerita pada rakan-rakan guru lain. Ramai pula yang berminat. Tambahan pula untuk bawa murid-murid keluar negara perlu kelulusan KPM 3 bulan sebelum tarikh bertolak, makanya trip ini ditukar pada trip guru-guru bersuka ria. Lagipun harga pakej agak murah, RM360 untuk dewasa, RM340 kanak-kanak 3 - 12 tahun dan RM100 untuk 3 tahun ke bawah. Pakej merangkumi bas, hotel di JB, tiket USS, sarapan pagi dan setengah hari lawatan sekitar Singapore. Tidak ketinggalan Johor Premium Outlet. Ayer Hitam dan Tangkak kami gugurkan sebab menurut kawan-kawan, tempat itu tidak menarik. More time at JPO :D.

(Saya tidak dibayar oleh Wira Travel Agency untuk menulis entri ini)  :)

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...