29 Nov 2013
Entri ini sudah agak lama. Tetapi, disebabkan kemalasan bercerita sudah melanda, maka tertunda dan tertunda. Hakone dipilih oleh Nafwal kerana kami teringin melihat Gunung Fuji atau dikenali dengan nama Fujisan oleh penduduk tempatan. Untuk ke Hakone, ada 3 pilihan iaitu dengan Odakyu Railway, JR (Japan Railways) atau Odakyu Hakone Highway Bus. Pilihan yang paling ekonomi semestinya dengan menaiki bas, tapi oleh kerana teringin merasa menaiki Romance Car, kami memilih Odakyu Railway.
Dari Tokyo's Shinjuku Station, kami turun di Hakone Yumoto Station (2020 yen). Perjalanan mengambil masa selama 85 minit. Kalau mahu yang lebih ekonomi, boleh naik train yang lebih perlahan (1150 yen) tapi perlu transfer train di Odawara. Masa itu emas :)
Antara kelebihan menaiki Odakyu Railway, ada Hakone Free Pass yang meliputi tiket sehala Tokyo - Hakone, dan boleh naik train tertentu, kereta kabel, ropeway, boat dan bas tanpa had. Berbaloi jugakan.
Dalam Romance Car dengan Nafwal. Dia begitu teruja mengambil gambar Fuji San.....
kami......zzzzzzzzzzz
Antara pemandangan sepanjang perjalanan ke Hakone.
Dari Romance Car, naik train ini pula. Orang tersangatlah ramai. Maka jadilah kami macam monyet yang bergayut di sepanjang perjalanan.
Kami naik Hakone Tozan Railway dan turun di Stesyen Chokokunomori untuk pergi ke Hakone Open Air Museum. Lebih kurang 30 minit dari Hakone-Yumoto (390 yen tapi kami tak perlu bayar sebab termasuk dalam Hakone Free Pass). Bila Nafwal kata konsep muzium ini ialah 'open air', dalam kepala aku..."what, open air!! Nafwal ni gila ke apa...sudahlah sejuk hingga ke tulang...winter jacket pun tak boleh menutup rasa sejuk". Hehehe...sorry ye Naf :) Muzium ini dibuka setiap hari bermula 9.00 a.m hingga 5.00 p.m (masuk hingga 4.30 p.m). Tiket masuk 1600 yen, tapi dengan Hakone Free Pass, 1400 yen. Loker juga ada disediakan untuk disewa kalau tak larat nak bawa.
Destinasi kedua pilihan Che Nafwal, Hakone Moss Garden. Nak ke sini mudah aje. Naik saja Hakone Tozan Cable Car dan turun di Stesyen Gora. Jalan kaki aje ikut papan tanda yang disediakan. Untuk masuk ke dalam, bayar aje 900 yen.
Gigihnya mereka mendaki...walhal perut dah main lagu rock
Destinasi terakhir sebelum check-in hotel, Owakudani Natural Hot Spring. Naik Hakone Tozan Railway semula dan turun di Stesyen Gora (stesyen terakhir) dan naik Hakone Ropeway. Kami cukup teruja sebab dikatakan Fuji-san boleh nampak dengan jelas dari kereta kabel.
Tapi berbaloi-baloi bila tiba-tiba saja pelancong lain yang ada sama riuh-rendah. Rupa-rupanya Fuji-san depan mata. Kagumnya pada ciptaan Allah...Subhanallah. Nampak begitu jelas sekali.
Keluar saja dari stesen, kami disambut oleh angin kencang. Hampir-hampir diterbangkan angin. Bukan sebab saiz kami yang comel tau...tapi memang angin sangat kencang. Minah-minah pelancong yang bersaiz besar pun nampak terhoyong-hayang apabila berjalan. Masa inilah jari tangan terasa kebas. Macam pegang ais. Sebab itu tak banyak gambar yang kami ambil di sini. Semua tak tahan kebas dan sakit jari tangan. Haiii..entahlah...ada peluang dan rezeki lagi atau tidak untuk datang ke tempat ini.....
No comments:
Post a Comment