Kellie's Castle atau Istana Kellie terletak di Batu Gajah, lebih kurang 30 minit memandu dari Ipoh. Diumpamakan sebagai Taj Mahal Malaysia lantaran Istana Kellie dibina oleh William Kellie Smith untuk isterinya, Agnes. Dikatakan pembinaan istana ini bermula pada tahun 1915 dan dihentikan pada tahun 1926.
 |
Istana ini sekitar tahun 1970-an....kalau beginilah keadaannya semasa aku datang hari tu, jangan harap aku nak masuk dalam |
 |
Setelah dinaik taraf dengan anggaran 5 juta hinggit |
 |
Semasa datang ke sini cuaca agak mendung, maka perasanlah seolah-olah berada di 'over-the-sea' |
 |
Pandangan dari pintu masuk |
 |
Salah satu bangunan yang tidak sempat disiapkan |
 |
Kafe, mini teater dan kaunter tiket. Tiket masuk murah aje RM5 seorang |
 |
Mungkinkah ini ruang tamu yang diimpikan oleh William Kellie-Smith? |
 |
Antara pemandangan dari tingkat paling atas. Orang yang berani seperti saya saja yang sanggup naik..... Beranilah sangat kononnya.....bila nak turun semula, berpeluh satu badan...tangga agak curam dan kecil.... |
 |
Stor wain. Angle kurang menarik sebab nak keluar cepat. Stor ini agak tersorok di tingkat bawah tanah. Seram weiii....manalah tahu kot-kot ada yang tumpang bergambar sama.... |
 |
Sekitar laman Kellie's Castle |
No comments:
Post a Comment