Thursday, 5 September 2013

Kellie's Castle

Kellie's Castle atau Istana Kellie terletak di Batu Gajah, lebih kurang 30 minit memandu dari Ipoh. Diumpamakan sebagai Taj Mahal Malaysia lantaran Istana Kellie dibina oleh William Kellie Smith untuk isterinya, Agnes. Dikatakan pembinaan istana ini bermula pada tahun 1915 dan dihentikan pada tahun 1926. 


Istana ini sekitar tahun 1970-an....kalau beginilah keadaannya semasa aku datang hari tu, jangan harap aku nak masuk dalam

Setelah dinaik taraf dengan anggaran 5 juta hinggit

Semasa datang ke sini cuaca agak mendung, maka perasanlah seolah-olah berada di 'over-the-sea'


Pandangan dari pintu masuk

Salah satu bangunan yang tidak sempat disiapkan

Kafe, mini teater dan kaunter tiket. Tiket masuk murah aje RM5 seorang

Mungkinkah ini ruang tamu yang diimpikan oleh William Kellie-Smith?







Antara pemandangan dari tingkat paling atas. Orang yang berani seperti saya saja yang sanggup naik.....
Beranilah sangat kononnya.....bila nak turun semula, berpeluh satu badan...tangga agak curam dan kecil....


Stor wain. Angle kurang menarik sebab nak keluar cepat. Stor ini agak tersorok di tingkat bawah tanah. Seram weiii....manalah tahu kot-kot ada yang tumpang bergambar sama....

Sekitar laman Kellie's Castle


Monday, 2 September 2013

Kapal korek di Tanjung Tualang

Melawat kawasan kapal korek? Apa yang ada di sana? Itulah antara soalan yang ditanya oleh kawan-kawan bila aku bercadang untuk melawat kapal korek. Halooo...negara kitapun tak kurang tempat-tempat menarik untuk dilawati tau (semangat cinta negara sempena Hari Kemerdekaan ke-56).

Lokasi kapal korek ini lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang. Kalau tak silap, di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang. Masih dikekalkan dalam bentuk asal dan boleh melawat kawasan di dalam kapal korek dengan bayaran masuk RM6 kalau tak silap (sebab bukan aku yang bayar harga tiket dan lupa pula nak tanya).
Tapi kita hanya boleh melawat bahagian tingkat 1 sahaja. tingkat bawah di tutup sebab air sudah mula masuk. Tingkat 2 - 5 tak dibenarkan masuk atas alasan keselamatan kot.

Nampak ikan berenang-renang dalam lombong. Gemuk-gemuk pula tu. Kalau pancing dan bakar....memang kenyang ler....
Ada rasa seram juga berada dalam kawasan kapal korek tu, sebab tak ada pengunjung lainpun. Manalah tahu kot-kot anaconda muncul dari lombong tu...


Mula beroperasi pada tahun 1938 - 1992

Alasan ditutup? tak tahu...sebab tak banyak info..

Masa lawatan 8.00 am - 6.00 pm setiap hari



Rasa macam ada anaconda aje kat bawah ni

Setiap satu seberat 20 tan....hampir menyamai 1 lori simen kata rakanku

Contoh serbuk bijih timah
Tangga turun ke tingkat bawah





Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...