Alhamdulillah tahun ini masih berpeluang merayakan Ramadhan dan masih dipinjamkan usia dan kesihatan yang baik. Salah satu rutin tahunan wajib semestinya berbuka puasa dengan teman-teman rapat. Tanpa banyak songeh, semua setuju memilih Kg Pengantin. Kenapa Kg Pengantin? Selain mudah, sudah semestinya harga yg murah. RM25 nett per head. Berbaloi-baloi. Pada mulanya cuak juga, kot-kot murah sebab tak banyak pilihan makanan. Tapi, beraneka pilihan makanan hingga ada yang tak sempat rasa. Antaranya, beriani kambing, beriani ayam, mi dan mihun sup, kuetiaw, beranika jenis pengat, kuih-muih, buah-buahan, abc, dua jenis minuman sejuk.......nikmat apakah yang mahu kudustakan hehehehe. Tapi apakan daya, bila sudah lebih seminggu berpuasa, perutku sudah mula bertukar jadi saiz S. Rugi rugi....
Kawasan luar Kg Pengantin umpama restoran dalam taman.
Juga menjadi pilihan utama untuk majlis perkahwinan
Bariani ayam dan bariani kambing......terbayang-bayang pulak ayam goreng yang sungguh sedap itu..
Bihun dan mi sup serta kuetiaw
Bubur kacang hijauuuuu....tak sempat rasa sebab dah terlalu kenyang
Sebahagian kuih yang ada....yang lain tak muat masuk dalam gambar
Kg Pengantin terletak di tingkat 4, PV128, Jalan Genting Kelang...bersebelahan dengan Hospital Columbia Asia. Lokasinya betul-betul di tepi jalan. Tak akan sesat punyalah sebab menghadap jalan besar. Stesen LRT terdekat terletak di Wangsa Maju dan boleh naik teksi atau bas (nombor bas errrr tak tahu pulak). Jarak dari stesen LRT lebih kurang 3 km kot. Kalau memandu, ambil saja Jalan Genting Kelang yg lurus tanpa belok-belok itu. Kemudahan surau juga ada disediakan di Kg Pengantin.
Rezeki kami agaknya...oleh sebab tak ramai pengunjung, kami dibenarkan 'tapau' makanan. Hari ini dalam sejarah, buffet Ramadhan boleh tapau hehehe.....
Jadi, datanglah pada hari biasa. Jika tak ramai pengunjung, manalah tahu ada peluang 'menapau' juga :)