Thursday 26 February 2015

Day 12 : Queenstown - Sky Luge, Queenstown - Invercargill

Tiba masa untuk meninggalkan Queenstown...sob sob. Terfikir juga...ada lagikah rezeki untuk datang ke sini untuk kali ketiga? (aaminnnn....) Kot-kot ada orang bermurah hati untuk sponsor datang ke sini lagi. Taja return tiket pun dah alhamdulillah :D :D :D
Berangan ajelah aku nampaknya wei....
Sebelum shopping shopping dan off to Invercargill, singgah Queenstown Skyline Luge dulu. Tak puas puas lagi main luge hehehe. Sempat main 3 kali saja di Rotorua hari tu. Dah pujuk Nafwal sampai nangis2 air mata darah supaya naik luge 5 kali tapi tak dilayan. Alasannya, boleh naik luge lagi di sini.....Baiklah, kami akur.

Kami ambil luge combo 3 rides NZD46=RM128.80 seorang, termasuk gondola. 
Ada pakej stargazing dan kiwi haka' juga. Tapi entah kenapa kami macam tak berminat saja merenung bintang.

Pandangan dari atas sangat cantik. Pendek kata tak ada tempat yang tak cantik di NZ ni.

Kami sampai awal jadi belum ramai pengunjung lagi. Sebelum naik, dengar minah salleh ni beri taklimat sikit. Kami lengkap berjaket, dia selamba badak je pakai seluar pendek. Tak sejuk ke minah ni...



Dapat juga posing berempat.

Laluan luge Queenstown. Dua saja dibuka. Sebab dah mahir, kali ketiga kami guna laluan level 3. Best siut weii...Menyesal pula dari awal tak guna laluan advance tu.

 Sampai bawah kena naik semula ke atas guna chair lift ni. Dua orang kawanku gayat ngehngehngeh.

Chairlift tergantung terbuai-buai....seram gak membayangkan yang bukan-bukan.



Indahnya bumi Queenstown dari pandangan atas. Entah kenapa...rasa romantik aje semasa berada di Queenstown ni. Mungkin faktor cuaca dan penduduk yang tak ramai kot. Kalaulah boleh honeymoon di sini.......angan-angan mat jenin ajelah nampaknya...
Pusing-pusing dalam bangunan tengok apa yang ada. Nampaklah souvenier dalam kedai tapi harga lebih mahal berbanding di bandar walhal souvenier yang sama. Sambil pusing-pusing cuci mata terjumpa charging station ni. NZD2 sekali caj. Canggihnya...


Seperti biasa.....aku memang ketinggalan zaman sikit tentang gajet-gajet ni.
Ipad dan tab pun boleh caj kat sini..




Gondola dari bandar Queenstown. Sayup-sayup aje. Pendek kata, sesiapa yang datang ke sini naiklah ke atas untuk melihat pemandangan cantik ni. Macam ai...memang jakun sikit pemandangan cantik macam ni.

Queenstown oo Queenstown.....
Satu lagi aktiviti wajib di sini.....shooooopppingggggggg......
Queenstown terkenal dengan harga souvenier yang jauh lebih murah berbanding tempat-tempat lain. Kalau t-shirt mungkin tak jauh beza harga. Tetapi, barang-barang lain seperti fridge magnet, key-chain, plaque etc etc....Queenstown jauh lebih murah. Menyesal pula beli fridge magnet di Rotorua dan Lake Tekapo.
Mula-mula sekali cari parkir dulu. Paling murah Ballarat Street Carpark berhampiran library, NZD1 sejam berbanding tempat lain.

Sebelum parkir, melilau juga mata mencari papan tanda P yang bermaksud boleh parkir kereta tanpa had masa. Teringat kisah 2011. Kami parkir kereta pada tanda P dan ada nombor 30. Rupa-rupanya 30 itu bermakna hanya boleh parkir selama 30 minit sahaja. Manalah kami tahuuuuuu. Tak pasal-pasal dah kena saman. Ada juga parkir 60 dan parkir 120. Oleh sebab target utama shopping, 120 minit atau 2 jam manalah cukup. Empat kepala empatlah pula citarasa.

DF Souvenirs menawarkan harga yang paling rendah berbanding kedai-kedai lain. Paling seronok shopping semestinya Noey :)

Penat shopping, perut lapar. Cuaca pula sejuk. Singgah sini tapau makanan dan makan di taman. Halallan Toyyiban.

Wajah masing-masing ceria selepas shopping. 

Posing wajib menandakan I Was Here :D

Nampak aktiviti KJet. Tiket lebih kurang NZD77 kalau tak silap. Tapi oleh sebab tidak tersenarai dalam list kami.....setakat pandang ajelah. Tapi macam bestlah pulak....


Selesai makan, shopping, photoshoot lebih kurang.....pack barang dan bye2 Queenstown....
Next destination Invercargill. Yeah yeah semakin menghampiri penghujung selatan NZ.

Dalam perjalanan, singgah Kingston sekejap. Alkisahnya pada tahun 2011, pundi2 kami hampir penuhdan perlu dikosongkan. Singgah tandas awam yang ada. Cantik pula tempatnya. Jadi kali ini, misi aku dan Noey mengambil gambar di tempat yang sama untuk tatapan Vevien dengan niat men'jelly'kan dia. Hehehehe niat pun dah tak betul.

King wheel cottage...tutup semasa kami sampai

Ermp...teringin sangat nak masuk rumah mat salleh di luar bandar ni....

Pandang dari kejauhan sajalah....

Pernah tak rasa...apabila lihat semula gambar-gambar bercuti..terfikir...kenapalah aku tak buat itu tak buat ini....kenapalah aku tak buat itu tak buat ini....
Sama jugalah apabila lihat gambar di bawah ni.....kenapalah aku tak explore hingga ke penghujung tasik dan lihat apa yang ada di sana....
Kenapa ya....faktor masa? Faktor cuaca yang sejuk?

 Selesai posing posing segala, meneruskan perjalanan ke Invercargill. Pemandangan berbeza kali ni...jalan landau tanpa bukit bukau dan panas terik. Mata pedih buat mengantuk tapi co-pilot tak boleh tidur :(
Nafwal dan Noey sedap membuta di belakang. Jelly je rasa hati. Sambil layan-layan mata, terlelap juga sekejap sekejap. Dengar jugalah Che Nida membebel sorang-sorang. Rupanya segala papan tanda di tepi jalan dibacanya untuk hilangkan rasa mengantuk. Antara dialognya, "Elementary School...........
Mana sekolahnya?" Entahlah dia bercakap dengan cermin, stering atau dotdotdot.....sebab Nafwal dan Noey lelap meleleh air lior di belakang...

Lebih kurang 2 jam lebih....atau 3 jam? Kami check-in di Invercargil Apt Hotel dengan sewa NZD126 = RM354.80. Sunyi sepi aje tempat ni. Suhu pun sedap aje 16 degree C. 


Ini bilik Che Nida dan Che Naf.....tak aci ada pc.

Bilik aku dan Noey....ada tv kecik je.

Nampak sekolah dari tingkap bilik.

Cuaca masih terang so jalan kaki cari supermarket mau beli nougart...nyum nyum...

















Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...