Wednesday 26 November 2014

Day 1 : Trip New Zealand

Plan dua tahun ke negara kiwi akhirnya tercapai juga. Kali pertama ke sini pada tahun 2011. Itupun lima hari sahaja. Tiket AA agak murah pada masa itu. RM1500. Sekarang, no more AA to New Zealand...sob sob. 
Kami beli tiket paling murah yang ditawarkan oleh Harmony Tour melalui MATA Fair dengan harga RM2700 pada bulan Mac. Tapi perlu transit di Melbourne dahulu. Kalau direct flight, harga tiket lebih daripada RM3k. Transit pun transitlah.......
Kami naik Emirate Airline yang mengambil masa selama lebih kurang 7 jam 30 minit dan mendarat jam 2 am waktu Australia di Tullamarine Airport. Flight ke NZ jam 8 am. Jadi kami bersepakat untuk tidur di airport sahaja. Tidak seselesa tidur di Airport Narita dahulu. Kerusinya ada palang.....
Sunyi sepi...hanya kami berempat dan seorang lelaki cina.

Mendarat dengan selamat di Airport Auckland jam 2.15 pm waktu NZ. Beza waktu NZ dan Australia 2 jam. Beza waktu NZ dan Malaysia 5 jam. Misi pertama, ambil kereta sewa. Kami sewa kereta Ace Rental Cars. Laman web acerentalcars.co.nz. Sewa kereta baru agak mahal jadi kami sewa kereta lama tapi kondisi tiptop, Nissan Selphy Bluebird. Menurut baucer, kami akan ambil kereta dan kunci di airport..atau pemandu akan datang jemput dan bawa kami untuk ambil kereta. Ambil kereta minyak penuh, kembalikan kereta minyak mesti penuh juga.


Selain Ace Rental Cars, ada dua lagi syarikat sewa kereta yang terletak berhampiran Airport Auckland.

Selesai urusan kereta, patah balik ke airport untuk beli simkad data 2Degrees. Ada banyak pakej, tetapi sebab untuk lancarkan urusan kononnya...pilihlah pakej data 3GB dengan harga NZD50. Boleh dapatkan dari Relay di tingkat 2.
Urusan pembelian tak sampai satu jam tapi caj parking NZD12. 

Selesai urusan, mulakan perjalanan ke Whangarei lebih kurang jam 5.30 petang. Dalam perjalanan nampak tempat yg cantik ini, Ocean Road View. Agak mudah untuk memandu ke Whangarei dari Auckland. Menghampiri kawasan tol, kita diberi pilihan untuk lalu tol atau tidak. Tol di sini tol tanpa booth. Kami mengelak jalan tol dan masuk simpang Whangarei via Orewa.

Sampai Kensington Motel, lebih kurang jam 8.30 malam. Sewa di sini NZD140 semalam. 

Ada dua katil single, dua sofa, meja makan di ruang tamu.


Dapur yang lengkap.


Satu katil queen.

Bilik air yang selesa.


Suasana pagi sebelum kami check out dan bertolak ke Cape Reinga.

Kawasan kejiranan Kensington Motel.




















No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...