Thursday 3 July 2014

Hongdae Flea Market dan Banpo Bridge Rainbow Fountain

Aktiviti ini pada hari yang sama kami ke Foresta Cafe. Tapi dibahagikan kepada dua segmen. 

Dari Foresta Cafe, ke Hongdae Flea Market. Idea asal dari Che Nida yang mencadangkan kami cari pesta muda mudi yang ada di sekitar tempat ini. Lokasi flea market ini di kawasan Universiti Hongik.Untuk ke sini,  boleh rujuk gambar di bawah.


Kami jumpa mural ini semasa jalan-jalan di sini. Kalau lapar, ada mini restoran Turkey jual kebab halal. Isi tangki dulu sebelum meronda.


Free market?? Flea market??

Dibuka setiap hari Sabtu dari jam 1 pm - 5 pm. Pelajar-pelajar kolej pelbagai jenis handcrats dari harga serendah 500w. Buatan tangan dan tidak ada di tempat lain. Ada potret artis dan buskers juga. 






Aiskrim kon bentuk J yang popular di Korea.

Universiti Hongik.

Persembahan taekwando oleh siswa siswi dari Nanyang Universiti pun ada.



Destinasi seterusnya kami ke Banpo bridge yang merupakan bridge fountain terpanjang di dunia..

Untuk ke Bimpo Bridge, naik subway dan turun di Express Bus Terminal (nama stesyen subway). Keluar melalui exit 8 (kiri) dan jalan hingga jumpa bangunan Mega Box di sebelah kiri. Di hadapan Mega Box ada laluan turun ke bawah, exit 5. Turun ke bawah, belok kiri dan cari exit 4. Kita akan lalu GoTo Mall (underground shopping centre).
Atau, kalau malas naik subway, naik bas 405 atau 8340 dan turun di Banpo Hangang Park.


Dari pintu keluar, ke kanan dan jalan terus hingga bangunan paling akhir.

Kita di laluan yg betul kalau nampak papan tanda ini (Banpodaegyo Bridge)
 (


Jalan dan jalan lagi....


Batu ini terletak di sebelah kanan kita.

Dan akan jumpa laluan ini, turun ke bawah.

Sebaik sahaja sampai di bawah, belok kanan (tangga) yang pertama.

Kenapa tarikh gambar di bawah berbeza dengan di atas? Sebab kali pertama kami datang, persembahan ditunda atau dibatalkan? Entahlah. Sebab pengumuman dalam bahasa Korea. Penat menunggu berlapar dan bersejuk-sejukan.



Pemandangan sebelum matahari terbenam.

Lampu mula dinyalakan.

Orang Korea suka aktiviti luar....sambil piknik.

Air mula menari. Ada dua persembahan. Bermula 8 pm dan 8.30 pm. Setiap persembahan mengambil masa 15 minit sahaja. Penat kaki menapak u. Tapi cuaca dan suhu di sini sangat selesa. Macam berjalan dalam bilik dengan suhu 24*celcius.




Lokasi paling strategik dan cantik untuk ambil gambar ialah betul-betul di tepi jambatan....katanyalah....



































No comments:

Post a Comment

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...