Monday 22 July 2013

Iftar Ramadhan lagi

Dari makanan Thai ke makanan rasa Malaysia pula. Pada asalnya, restoran ini namanya Grandmama's Kitchen, tapi kini telah ditukar nama pada Grandmama's. Samaada 'rebranding' atau memang telah bertukar...wallahualam. Tapi kalau berdasarkan hiasan dalaman, sah bertukar. Sedapkah makanan di sini? Ikut citarasa masing-masing. Aku dengan cara aku...makan apa yang ada tanpa banyak merungut :). Paling menyampah dengan orang yang banyak songeh pasal makanan. Kalau tak suka, diam dan jangan makan :)

Grandmama's terletak di Lot 6-01 Pavilion. Maksudnya, di tingkat 6 lah. Hebat tak hebat nenek menunggang motorsikal berkuasa tinggi ini. Pakai kebaya nyonya lagi tu...



Ada pilihan set untuk berbuka puasa





Kuih tradisional dan kurma yang diberi percuma.

Air kelapa yang tak berapa muda sangat

Beef with cashew nut in black pepper
Sweet & sour chicken.....masakan ala cina.


Sun Kong beancurd.

Sambal petai prawns. Tak pandai makan petai...makanya aku hanya menangguk udang sahaja.

Fish head curry hot pot. AE sangat suka makan kari kepala ikan. Tiba-tiba teringat pula pada dia :'(

Asparagus oyster sauce. Inipun antara sayur kegemaran AE. Bezanya dia lebih suka kalau ada udang atau oyster. Abangku oh abangku...kenapalah dikau memesan lauk-lauk ini :'(

Haikal jadi pelik sebab aku mesti menangkap gambar setiap lauk kami. 
Haikal : Kenapa aunty suka ambil gambar makanan?
Aku : Saja suka-suka.


Sunday 21 July 2013

Iftar di Absolute Thai, Garden

Thai food oh Thai Food. Sangat suka makanan Thai. Bila teringat je mesti rasa macam nak menitik-nitik je air liur. Seperti restoran-restoran lain, Absolute Thai juga ada pakej berbuka Ramadhan. Tapi, oleh sebab pilihan makanan 'kureng' menepati kehendak hati, kami order sendiri ajelah.

Oh ya, lokasi restoran ini asalnya Flying Chillies, restoran thai juga. Tapi entah apa dosanya, telah ditutup dan diganti dengan Absolute Thai pula. Lokasi restoran ni di tingkat 4, Garden Mall. Paling best....ada diskaun 15% untuk pemegang kad kredit CIMB...banyak tu wei :)




Hiasan dalaman lebih kurang sama seperti di Ikea

Entah kenapalah 'jatuh chenta' sangat dengan makanan Thai ni. Pengaruh Nickhun kot :D
Tempat kat dalam dah penuh, terpaksalah duduk kat luar pula

1st time try...sedap juga. Cara nak makan, masukkan semua bahan-bahan ni dalam daun, lipat dan makan. Nama makanan ni mieng karm. Cuba jangan tak cuba

Steam siakap with lime & orange

Seafood tomyam....yummy...

Pandan leaves chicken

Glassnoodle with seafood

Sizzling beef with black pepper

Thursday 18 July 2013

Buffet Ramadhan di Kg Pengantin

Alhamdulillah tahun ini masih berpeluang merayakan Ramadhan dan masih dipinjamkan usia dan kesihatan yang baik. Salah satu rutin tahunan wajib semestinya berbuka puasa dengan teman-teman rapat. Tanpa banyak songeh, semua setuju memilih Kg Pengantin. Kenapa Kg Pengantin? Selain mudah, sudah semestinya harga yg murah. RM25 nett per head. Berbaloi-baloi. Pada mulanya cuak juga, kot-kot murah sebab tak banyak pilihan makanan. Tapi, beraneka pilihan makanan hingga ada yang tak sempat rasa. Antaranya, beriani kambing, beriani ayam, mi dan mihun sup, kuetiaw, beranika jenis pengat, kuih-muih, buah-buahan, abc, dua jenis minuman sejuk.......nikmat apakah yang mahu kudustakan hehehehe. Tapi apakan daya, bila sudah lebih seminggu berpuasa, perutku sudah mula bertukar jadi saiz S. Rugi rugi....



Kawasan luar Kg Pengantin umpama restoran dalam taman.


Juga menjadi pilihan utama untuk majlis perkahwinan


Bariani ayam dan bariani kambing......terbayang-bayang pulak ayam goreng yang sungguh sedap itu..

Bihun dan mi sup serta kuetiaw

Bubur kacang hijauuuuu....tak sempat rasa sebab dah terlalu kenyang


Sebahagian kuih yang ada....yang lain tak muat masuk dalam gambar

Kg Pengantin terletak di tingkat 4, PV128, Jalan Genting Kelang...bersebelahan dengan Hospital Columbia Asia. Lokasinya betul-betul di tepi jalan. Tak akan sesat punyalah sebab menghadap jalan besar. Stesen LRT terdekat terletak di Wangsa Maju dan boleh naik teksi atau bas (nombor bas errrr tak tahu pulak). Jarak dari stesen LRT lebih kurang 3 km kot. Kalau memandu, ambil saja Jalan Genting Kelang yg lurus tanpa belok-belok itu. Kemudahan surau juga ada disediakan di Kg Pengantin.

Rezeki kami agaknya...oleh sebab tak ramai pengunjung, kami dibenarkan 'tapau' makanan. Hari ini dalam sejarah, buffet Ramadhan boleh tapau hehehe.....
Jadi, datanglah pada hari biasa. Jika tak ramai pengunjung, manalah tahu ada peluang 'menapau' juga :)

Tuesday 9 July 2013

Absolute Thai

Suka makanan Thai?Absolute Thai semestinya pilihan yang tepat dan tidak akan mengecewakan (amboi...macam duta restoran ni pulak..) Absolute Thai ada banyak cawangan. Salah satunya terletak di Ikea. Selepas shopping, bolehlah singgah di sini pulak. Hingga menjilat sudu you...sebab makan guna sudu :)

Antara pilihan makanan yang ada di sini

Meleleh air liur






steamed siakap with garlic, chillies and lime sauce...
Dah lama teringin nak makan..

creamy coconut chicken soup

glass noodle salad with seafood
Tunggu punya tunggu punya tunggu stir-fried asparagus with prawn tak pula muncul-muncul....kecewa.




Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...