Tuesday 4 June 2013

Percutian di Melbourne

Jalan-jalan lihat negara orang?Best ke?Memang best terutama kalau travel dengan kawan-kawan sekepala yang jenis tak kisah. Almaklumlah percutian kami ni percutian bajet. Tak adanya hotel kelas 5 bintang atau restoran 5 bintang. Semuanya ikut kemampuan. Affordable yet enjoyable :)

Langkah pertama nak pergi bercuti semestinya cek tiket dulu. Hasrat di hati nak naik Pak Mas aje. Penerbangan 8 jam weiii...mahu mati kutu duduk lama-lama atas awan tu. Tapi disebabkan beza Pak Mas dan Pak AA dalam RM1k. Dilupakan saja hasrat itu. Maka pilihan kami, AA dengan tiket RM1600.00 pergi dan balik.

Dah dapat tiket, langkah kedua apply visa secara online --> http://www.nationalvisas.com.au/visitor/visitorvisas.htm

Kelulusan visa sekejap saja. Dalam 3 - 4 hari saja. Dah dapat visa, maka pencarian hotel pun bermula. Pilihan hotel kami, Sommerset On Elizabeth dan Hotel Ibis ( lokasi tengah bandar ). Kedua-duanya hotel apartment dua bilik. Manakala untuk keluar bandar, Carisbrook Cottage, Queenscliff.

Ada dapur dan boleh memasak

Nice living room dan ada satu single bed

Bersih, luas dan selesa

Washing machine pun ada
Sommerset On Elizabeth jauh lebih selesa dari Hotel Ibis. Ada dua bilik dengan satu katil queen dan dua twin bed. Lokasi di CBD dan 5 minit jalan kaki ke Stesyen Melbourne. Berjalan di sekitar bandar juga sangat mudah. Pendek kata, tak payah buang duit bayar train ke, tram ke....jalan kaki saja bah. Paling convenient sudah semestinya dapur dan segala peralatannya. Cecair pencuci pinggan mangkuk dan serbuk pencuci kain pun ada. Jimat duit kami :)


Satu perkara paling penting antara yang penting....untuk orang gomen macam kami ni, perlu dapatkan kebenaran keluar negara dahulu dari kementerian masing-masing. Sebaik-baiknya 2 bulan sebelum tarikh penerbangan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

5 comments:

  1. salam..
    boleh tak nak mintak tolong share your itinerary, your hotel budget, tpt sewa kereta (+kos) etc..boleh email i di fdiana83@yahoo.com..

    TIA :)

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Nanti I buka kitab lama tu dulu then I emel u yer...

    ReplyDelete
  3. salam,
    saya jugak nak request seperti farrah ye... tq... my email puteri_aziz@yahoo.com.my ;)

    ReplyDelete
  4. sy nk jgk itinerary ya...email sy
    izzatykamil90@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Hi Izzaty....minta maaf sangat2....masa ni saya baru belajar buat blog travel jadi saya xde itinerari lengkap lagi. Cuma, blog Melbourne ni dicatat ikut hari...

    ReplyDelete

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...