Friday 7 June 2013

Melbourne Part 5 - Puffing Billy

Alhamdulillah cuaca cerah semasa kami ke Puffing Billy. Apa yang ada di Puffing Billy? Berbaloi ke bayar tiket mahal-mahal?
Ye...berbaloi...Puffing Billy ni keretapi wap@steam zaman dulu yang melalui kawasan bukit-bukau dan perkampungan yang indah permai. Juga melalui kawasan sekolah, kanak-kanak comel itu akan melambai-lambai dengan riang bila keretapi melalui sekolah mereka. Info lanjut boleh klik link ini  http://www.puffingbilly.com.au/

Untuk ke sini cukup mudah. Pergi Flinders Station dan beli tiket ke Belgrave (Platform 2 atau 3). Harga tiket AUD12 pergi dan balik. Perjalanan akan mengambil masa selama sejam setengah. Belgrave ialah stesen yang terakhir jadi x payah risau terlepas stesen. Sampai di Belgrave, ikut saja signboard ke Puffing Billy. Lebih kurang 400 meter jalan kaki.

Kami ke Lakeside sebab itu saja pilihan yang ada untuk hari itu
Semasa kita beli Myki (macam kad touch & go dan boleh digunakan untuk naik semua pengangkutan awam di sana kecuali Sky Bus) jangan buang kupon yang ada di dalamnya. Ada diskaun 20% untuk tiket Puffing Billy ni.

Opps telebih sudah.....
Aksi duduk melunjur kaki di tingkap ni bukan kami sesuka hati buat..tapi memang dibenarkan duduk  seperti ini  :)

Konduktor yang peramah. Sempat ajar dia ucap "apa khabar?"

Mula bergerak meninggalkan platform
Kereta api ini dihidupkan dan dijalankan mengikut cara dulu-dulu...bau asap agak busuk....acummm!

View yang cantik menyebabkan Che Nida lupa akan kegayatannya


Terserempak dengan kanak-kanak comel ini di Lakeside
Metro Limited Express
Balik semula ke Melbourne



2 comments:

  1. salam akak,

    saya nak tanya..klu naik ni masa travel dia tu dia kira sejam pegi dan sejam balik ker atau masa sejam tu return ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam adik,
      Sejam setengah tu untuk one way...Nak ke sana ye?
      Mesti pegi tu.....best...
      Selamat bercuti :)

      Delete

Krabi Hari Ketiga

Sewa dan naik motor? Macam berani ajelah. Walhal dalam seumur hidup, baru sekali aku naik motor. Itupun tak sampai 1 kilometer :D Ok pengala...